4 anggota Geng Dol ditembak mati
Mayat seorang penjenayah Indonesia yang mati ditembak di Batu Gajah malam kelmarin.
IPOH 2011/09/21: Empat anggota Geng Dol yang mengganas di Perak dengan melakukan 18 samun, pecah rumah dan rompak sejak awal tahun ini, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan sepasukan polis di Jalan Kampung Changkat Larang, Batu Gajah, dekat sini, malam kelmarin.
TEMBAK...satu daripada empat mayat penjenayah diperiksa dalam kejadian berbalas tembak, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, empat lelaki dipercayai warga asing yang bersenjatakan sepucuk pistol buatan sendiri dan tiga parang ditembak apabila cuba menyerang polis selepas kereta yang dinaiki tersekat di jalan mati.
POLIS mengangkat mayat salah seorang daripada empat penjenayah yang ditembak mati di Jalan Kampung Changkat Larang, Batu Gajah, malam kelmarin.
Sebelum itu, mereka menaiki kereta Proton Waja berwarna perak memecut laju dan melanggar bahu jalan apabila cuba diperiksa sepasukan polis di tepi jejantas Jalan Kampung Changkat Larang.
Selepas dikejar polis kira-kira 15 minit sehingga ke jalan mati, suspek bertindak memberhentikan kenderaannya sebelum mengundur sehingga melanggar bahagian depan kereta polis sambil melepaskan tembakan ke arah kereta polis.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, berkata polis yang bertindak balas bagi mempertahankan diri kemudian berjaya menembak mati keempat-empat penjenayah terbabit yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an.
Mohd. Shukri Dahlan menunjukkan pistol dan parang dalam kejadian samun yang melibatkan warga asing di IPD Ipoh, Perak, semalam.
Katanya, polis turut menemui dua komputer riba, tiga telefon bimbit, tiga jam tangan serta beberapa barangan kemas dalam kereta dan pada tubuh suspek, dipercayai hasil rompakan bernilai kira-kira RM13,000 yang dilakukan di sebuah rumah di Menglembu kira-kira jam 2.30 pagi semalam (kelmarin).
Beliau berkata, turut ditemui pelbagai jenis barangan kemas lain, dipercayai hasil rompakan di Sungai Siput dua hari lalu selain wang tunai RM1,870.
“Polis masih menyiasat identiti penjenayah terbabit berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Siasatan awal mendapati kereta Proton Waja digunakan kumpulan terbabit adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Ipoh pada 30 Mac lalu,” katanya, semalam.
Shukri berkata, berdasarkan kepada modus operandi dan barang kes ditemui serta dicam mangsa samun dan rompakan sebelum ini, polis percaya 18 kes samun, pecah rumah dan rompakan dilaporkan di Daerah Ipoh, Batu Gajah, Sungai Siput, Manjung dan Perak Tengah berjaya diselesaikan.
Katanya, dalam kebanyakan kes anggota Geng Dol itu hanya menutup mulut mereka menggunakan kain ketika melakukan jenayah dengan kadang kala menggunakan topeng dan polis masih menyiasat sama ada terdapat anggota lain kumpulan itu yang masih bebas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan, katanya.
Geng Dol memang sepatutnya menerima ganjaran terhadap setiap perbuatan jenayah yang telah mereka lakukan.
BalasPadamDiharap semua anggota geng dol telah ditangkap.
BalasPadamgeng Dol ini amat berbahaya, diharap semoga geng ini dpt ditumpaskan sepenuhnya.
BalasPadamsemoga geng dol ni dapat dihapuskan. warga asing ni memang tidak serik melakukan jenayah.
BalasPadamKekerapan kes jenayah seperti ini amat membimbangkan.
BalasPadamHarap rakyat sendiri akan berhati-hati bila di luar.
BalasPadampenjenayah ini memang berbahaya..baguslah, polis berjaya menumpaskan geng dol.
BalasPadamHarap pihak polis akan sentiasa menumpaskan para penjenayah yang terdapat di Negara kita ini.
BalasPadamTanhiah kepada pihak polis kerana berjaya menumpaskan beberapa orang Geng Dol. Harap geng mereka ini akan dapat ditumpaskan sepenuhnya.
BalasPadamkenapa mereka terlalu berani melakukan jenayah di negara ini? sebabnya jumlah mereka terlalu ramai dan mungkin juga mereka beranggapan bahawa pihak berkuasa kita lemah hinggakan jumlah kedatangan mereka ke negara ini tidak mampu dikawal..
BalasPadam