Indian Beef Sebenarnya Daging Kerbau - Noh
ALOR SETAR, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta orang ramai tidak terkeliru dengan daging yang diimport dari India sebagai daging lembu kerana ia sebenarnya adalah daging kerbau.
Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata daging itu yang dilabelkan sebagai "Indian beef" atau lebih dikenali di Malaysia sebagai "daging kotak" lebih murah berbanding daging lembu tempatan menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna.
Katanya daging itu dibenarkan untuk diimport tetapi istilah "Indian beef" menyebabkan ramai orang memikirkannya sebagai daging lembu, sedangkan di India ada undang-undang yang mengharamkan penyembelihan lembu.
"Kita tidak mahu orang ramai terkeliru. Harganya yang murah menyebabkan ia agak popular dan dibeli terutama untuk kenduri-kenduri..."daging kotak" sebenarnya daging kerbau," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini pada Ahad.
Katanya Malaysia mengimport kira-kira 80,000 tan metrik daging dari India setiap tahun.
Sementara itu, Noh berkata mulai sekarang permit import (AP) bagi mengimport daging dan ayam terutama bagi musim perayaan akan dihadkan kepada tiga bulan sahaja dan selepas itu perlu diperbaharui.
Dalam perkembangan lain, Noh berkata kementerian itu sedang dalam perancangan mewujudkan pusat latihan pada tahun depan bagi melatih modal insan di kementerian itu.
"Sekarang ini, kementerian tiada pusat latihan sendiri tetapi agensi-agensi ada pusat latihan masing-masing. Sekarang kita mahukan satu pusat untuk melatih dan menyatukan semua kakitangan di kementerian, tiga jabatan dan sembilan agensi," katanya.
Katanya kementerian sedang mengenal pasti lokasi untuk pusat latihan itu dan mungkin hanya akan menaik taraf pusat latihan yang sedia ada untuk dijadikan pusat latihan khas kementerian.
Noh juga melahirkan rasa hairan bagaimana peruntukan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang berjumlah RM40 juta tahun ini masih banyak yang belum diagih-agihkan ke negeri-negeri.
"Kita akan siasat bagaimana ada jumlah yang tersangkut. Mungkin ada masalah komunikasi atau salah faham tentang arahan Perbendaharaan yang menyebabkan perkara itu berlaku," katanya.
I was curious when I saw these beef packaging with Indian beef on it because I thought Indian worship their cows and therefore their cow are suppose to be sacred. Now I understand.
BalasPadamrupa-rupanya Indian beef adalah daging kerbau..rasanya lepas ni barulah orang akan faham...
BalasPadamharap selepas penerangan oleh pihak berkenaan, orang ramai akan faham.
BalasPadamrupanya daging kerbau, bukan daging lembu, yang penting ia HALAL.
BalasPadamI don't like the label "Indian Beef" >:(
BalasPadamIts just a label, so nothing to worry about Viranjit. :)
BalasPadamBaguslah.. hal ni dah dijelaskan. Jadi lepas ni jangan ada yg keliru lagi :)
BalasPadamlembu atau kerbau..yang penting daging. sama juga untuk dimakan..
BalasPadamKalau tidak pandai masak, daging kerbau tidak sedap dibanding lembu.
BalasPadamDaging kotak ialah daging kerbau?? Tidak hairanlah ia murah dan tidak rasa macam lembu.
BalasPadamHarap daging kotak ini benar-benar halal.
BalasPadam