Ahad, Julai 18, 2010

KERAJAAN PUSAT AKAN AMBIL KIRA PANDANGAN MENGENAI CADANGAN LOJI JANAKUASA ARANG BATU DAN DASAR KABOTAJ DI SABAH - NAJIB

Kerajaan Ambil Kira Pandangan Umum Cadangan Loji Janakuasa Arang Batu Lahad Datu

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Kerajaan mengambil kira pandangan dan kebimbangan penduduk termasuk badan bukan kerajaan (NGO) berhubung cadangan pembinaan loji janakuasa arang batu di Lahad Datu.

Pembinaan loji itu bertujuan untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah.

"Kita akan ambil kira pandangan mereka tetapi apa juga yang kita lakukan, ia akan berdasarkan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA), dan kita akan pastikan kita mematuhi laporan EIA," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dengan pemimpin masyarakat Cina Sabah, di sini pada Ahad.

Beliau berkata pada ketika ini, keutamaan kerajaan ialah membekalkan tenaga di Sabah kerana kejadian gangguan bekalan elektrik masih kerap berlaku.

"Bagi Sabah untuk menjadi negeri maju, Sabah perlu mempunyai bekalan elektrik berterusan tanpa gangguan pada harga yang berpatutan. Pastinya ada alternatif lain tetapi kos bagi alternatif itu lebih tinggi berbanding sistem konvensional.

"Rakyat Sabah tidak bersedia untuk membayar pada kadar lebih tinggi..., bagaimana kita nak bangunkan tenaga alternatif? Dan, untuk jangka masa pendek, tidak terdapat banyak alternatif," katanya.

Najib berkata demikian semasa ditanya mengenai pembangunan teknologi hijau di negara ini, termasuk cadangan pembinaan loji janakuasa arang batu di Lahad Datu di pantai timur Sabah.

-------

Kerajaan Persekutuan Sedia Kaji Semula Dasar Kabotaj Di Sabah

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan persekutuan bersedia mengkaji semula masalah yang dihadapi oleh masyarakat perniagaan di Sabah khasnya Dasar Kabotaj.

Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan akan mengkaji dasar ini bagi membolehkan para peniaga mengeksport terus barangan mereka dari Sabah ke luar negara.

"Kita akan lihat sama ada kita boleh kaji semula ini (Dasar Kabotaj) agar anda mengeksport terus dari Sabah ke luar negara...ia lebih masuk akal, tetapi biarlah saya lihat dulu sama ada, ada implikasi lain," katanya dalam ucapan pada majlis makan tengah hari dengan pemimpin masyarakat Cina Sabah di sini pada Ahad.

Sebelum ini, ada beberapa pihak di Sabah, termasuk Persekutuan Pekilang Sabah menyeru kerajaan untuk meliberalisasikan dasar tersebut atau memansuhkannya kerana syarikat perkapalan tempatan tidak mendapat manfaat daripada polisi tersebut.

Di bawah Dasar Kabotaj yang dilaksanakan pada 1 Jan, 1980, perdagangan dalam domestik antara dua pelabuhan tempatan hanya boleh menggunakan perkhidmatan syarikat perkapalan tempatan untuk mengurangkan harga barangan pengguna.

Jumaat lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri berkata kenaikan harga barangan pengguna disebabkan beberapa faktor termasuk mengaut keuntungan oleh sesetengah pihak dan masalah perkhidmatan pemunggahan dan memuatkan yang tidak cekap di pelabuhan-pelabuhan.

Bayaran insurans marin yang terlalu tinggi, kos pengangkutan darat dan faktor ekonomi merupakan sebab lain, kata Abdul Rahim.

16 ulasan:

  1. berkenaan dengan tenaga arang batu, rakyat perlu melihat keutamaannya dalam membekalkan tenaga di Sabah yang sering mengalami gangguan. bagi dasar kabotaj, ianya wajar dikaji semula atau dihapuskan bagi memberi ruang kepada industri2 tempatan untuk lebih berdaya saing..

    BalasPadam
  2. memang terlalu sukar membuat keputusan terutamanya berkenaan dengan pembinaan logi janakuasa arang batu kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai tentangan. namun diharapkan, kerajaan dan rakyat akan mencapai satu kata putus yang dapat memuaskan kedua2 pihak.

    BalasPadam
  3. Na bagus lah tu. Pandangan umum mmg patut diutamakan.

    BalasPadam
  4. Betul villager. Sama-samalah kita harap agar semua pihak akan amalkan win2 situation demi kebaikan bersama.

    BalasPadam
  5. Apapun kaji lah hal ni sedalam mungkin dan pastikan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik utk semua pihak :)

    BalasPadam
  6. saya setuju dengan tindakan kerajaan yang mengambil kira pandangan umum mengenai loji janakuasa arang batu dan sedia mengkaji semula dasar kabotaj. ini membolehkan kata putus dibuat atas persetujuan ramai.

    BalasPadam
  7. pandangan umum mmg perlu diambil. dgn ini ia dpt menghasilkan sesuatu keputusan yang terbaik.

    BalasPadam
  8. keputusan bukan 100% dari kerajaan, tapi pandangan dari umum juga diambil kira. alangkah bagus kerajaan kita dengan rakyatnya.

    BalasPadam
  9. Don't drag too long. It cause more harm than good in Sabah.

    BalasPadam
  10. Good. Can't wait to hear about the outcome and the decision.

    BalasPadam
  11. Pandangan memang wajar diambil.Kesan daripada ini harus diteliti.

    BalasPadam
  12. kerajaan memberi peluang kepada umum untuk bersuara. ini menandakan kerajaan mengambilkira pendapat umum. apa pun kerajaan haruslah mengkaji telebih dahulu keburukkan yang akan dihadapi sekiranya perkara ini terlaksana.

    BalasPadam
  13. Sabah is belong to Sabahans. So, it must be done with our consents.

    BalasPadam
  14. Pandangan terhadap loji jana kuasa yang akan dibina harus diambil kira.

    BalasPadam
  15. I hope further consideration will be made regarding this proposal.

    BalasPadam