Guru Berasal Dari Sabah, Sawarak Akan Ditempatkan Di Negeri Sendiri - Muhyiddin
KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelajaran sedang mengusahakan supaya guru atau bakal guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak ditempatkan di negeri asal masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad.
Beliau berkata proses itu sudahpun dimulakan berdasarkan permintaan dari kedua-dua negeri itu sendiri, namun proses tersebut akan memakan masa dan dijalankan secara berperingkat.
"Sebagaimana disuarakan Sabah dan Sarawak, mereka (kerajaan negeri) minta guru (dari negeri tersebut) dihantar balik supaya budak lebih faham.
"Tapi ini akan mengambil masa, kerana kita tidak boleh terus tukar guru dari Semenanjung balik ke Semenanjung, dan hantar (kembali) guru Sabah (dan Sarawak), kadang-kadang bilangan (guru) pun tak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sepanggar, di sini.
Beliau memberi contoh senario sekiranya Sabah memerlukan 500 guru namun hanya ada 200 guru berasal dari negeri itu, maka tidak sesuai untuk menunggu sehingga ada guru berasal dari Sabah untuk mengisi kekosongan itu yang akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ketika diminta mengulas isu projek makmal komputer di sekolah di Sabah yang majoritinya belum dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Muhyiddin berkata kementerian mengambil berat perkara tersebut dan tindakan akan diambil untuk menanganinya secepat mungkin.
Exco pelajaran negeri Datuk Masidi Manjun baru-baru ini berkata Sabah telah memohon 300 makmal komputer, yang mana 250 buah telah diluluskan untuk dibina di sekolah-sekolah di seluruh negeri. Namun hanya tiga dari jumlah tersebut yang telah disiapkan setakat ini disebabkan kelewatan kontraktor.
diharapkan kenyataan Muhyiddin ini akan memberi kelegaan dan jaminan bahawa masalah ini tidak akan berlarutan dengan lebih lama..
BalasPadambgslah jika sumua guru dar isabah dan sarawak akan ditempatkan di negeri masing2. ini akan memudahkan proses pembelajaran. hanya anak tempatan yang memahami budaya masyarakatnya.
BalasPadamharap penempatan guru Sabah dan Sarawak ke negeri masing-masing dapat membantu meningkatkan pretasi dan pencapaian akademik pelajar.
BalasPadamini satu khabar yang sangat mengembirakan. Para guru-guru dan bakal guru akan ditempatkan dinegeri mereka sendiri. ini mungkin lebih mudah untuk memdidik murid sendiri dan juga guru lebih faham tempat mereka sendiri.
BalasPadamBagus.Buatpa nak import guru Sabah ke Semenanjung dan elaun jadi kicik?
BalasPadamThis is cool and fair. I like it.I mean, I'm not a teacher but I support this move. It meant a lot to Sabahans teachers.
BalasPadamFinally, Sabahan and Sarawakian teachers are coming back to their respective States. High time.
BalasPadamkami akan sokong apa pun keputusan yang terbaik untuk murid-murid mahupun para guru. ini satu tindakkan yang baik untuk semua pihak pendidik.
BalasPadamNgam la ba tu. Memang itu lah yang ditunggu-tunggu pun :)
BalasPadamBetul ferlo. Lagi senang berkomunikasi kan. hehehe
BalasPadamSaya pun harap macam tu mai. semoga cara ni dapat tingkatkan prestasi pengajaran & pembelajaran kan :)
BalasPadamberita baik ni. Ba kalau hal yang mendatangkan manfaat sudah semestinya saya bagi sokongan :) hehehe
BalasPadamWah bestnya.. tak payah lah my fren risau dengan soal penempatakan. Asalkan dapat berkhidmat di negeri sendiri sudah cukup puas hati ba tu. hehehe
BalasPadamAt least something has been done to ease this problem. Finally , Muhyiddin.
BalasPadamGuru2 dari Sabah harus diberi peluang untuk berkhidmat di tanah air sendiri.
BalasPadamI agree with the proposal.Sabahan teachers shouldn't be left in Peninsula.
BalasPadamI hope so too, Sabahans should serve in Sabah. There is no need to send them to WM and have WM teachers sent here.
BalasPadam