Keluarga Petani Disamun Perompak Ganas Di Pokok Sena
POKOK SENA, 31 Julai (Bernama) -- Tiga beranak yang sedang nyenak tidur disamun oleh sekumpulan empat perompak yang dipercayai warga Indonesia di rumah mereka di Kampung Lanjut dekat sini awal pagi Sabtu.
Keluarga petani ini dirompak wang tunai kira-kira RM2,000, barang kemas, kad pengenalan dan pasport antarabangsa sementara selaras senapang patah mereka turut dilarikan dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu.
Perompak dipercayai memasuki rumah itu menerusi tingkap.
Mislimah Yusof, 37, dan suaminya Che Mee Abu, 58, turut dipukul dengan pemotong besi pada badan, kepala serta muka manakala anak bongsu mereka Shafinah, 6, tidak diapa-apakan.
"Ketika kejadian kami sedang tidur di tingkat atas dan terjaga apabila terdengar bunyi pintu bilik kami ditendang dengan kuat.
"Suami saya cuba mengambil senapang patah yang diletakkan di tepi dinding bilik, tetapi perompak sempat merampas senapang itu dan memukul kepala suaminya dengan pemotong besi.
"Saya menjerit meminta tolong, tetapi kepala saya juga dihentak dengan pemotong besi sehingga berdarah," kata Mislimah.
Beliau berkata kumpulan perompak itu kemudiannya mendesak mereka supaya menunjukkan tempat mereka menyimpan barang-barang berharga.
Tetapi apabila diberitahu mereka tidak memiliki barang berharga, perompak memukul mereka beberapa kali.
"Kami diarah turun ke tingkat bawah dan semasa menuruni tangga, saya ditendang dari belakang menyebabkan saya terjatuh dan tangan kanan saya turut dipukul dengan besi menyebabkan tulang tangan saya retak dan bengkak.
"Semasa di tingkat bawah, tangan dan kaki saya dan suami saya diikat pula dengan dawai," kata Mislimah.
Katanya seorang daripada empat perompak itu dilihat berada di luar rumah seolah-olah sedang mengawal keadaan.
"Berdasarkan percakapan mereka, saya syak mereka orang Indonesia. Mereka memakai topeng muka dengan salah seorangnya mempunyai pisau pemotong sayur selain masing-masing memegang pemotong besi," katanya.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pokok yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab.
-----
Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing Mati Dibunuh
"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.
"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu,"
Mayat Lim ditemui dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas dalam perigi yang mempunyai kedalaman lima meter itu, dan polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam perigi itu.
Beliau berkata dua pekerja ladang ternakan ayam itu yang merupakan rakyat Myanmar tidak dapat dikesan dan siasatan awal polis juga mendapati kereta pacuan empat roda milik Lim juga hilang.
---
Guna PR untuk samun
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad berkata, dalam operasi khas jam 4 petang itu, polis turut merampas tiga bilah parang, barangan kemas seperti rantai, cincin dan anting-anting, lima telefon bimbit serta wang tunai RM2,000 di dalam kenderaan dinaiki suspek.
“Semua yang ditahan berumur antara 30 hingga 45 tahun dan pemeriksaan mendapati Avanza berkenaan didaftarkan atas nama pemegang PR terbabit.
“Kumpulan itu dipercayai terbabit dengan beberapa kes samun sekitar daerah ini dan sering beroperasi antara jam 2 hingga 4.30 pagi untuk memecah masuk kediaman mangsa,”
----
sebab itu kerajaan perlu bertungkus lumus membebaskan Malaysia dari PATI. jangan sampai mereka pula yang menjajah kita..
BalasPadamKerajaan dan juga rakyat, kes kedua: kenapa perlu upah orang myanmar? orang tempatan pun ramai yang tidak bekerja... tolong la orang kita sebelum menolong rakyat asing. Jangan bagi mereka pekerjaan dan juga tempat untuk berlindung...
BalasPadampendatang asing ni selalu ja buat jenayah kat Malaysia ni. mereka ni patut ditangkap.
BalasPadampendatang asing yng selalu wat jenayah ni patut diberi hukuman berat.
BalasPadamrasanya kalau kerajaan mampu kurangkan jumlah pendatang asing ni, mungkin secara tidak langsung jenayah juga dapat dikurangkan.
BalasPadamNAH! Inilah akibatnya kalau masalah pendatang asing tidak diselesaikan. Saya rasa tidak aman sudah berada di Malaysia.
BalasPadamKalau masalah pendatang asing ini tidak diselesaikan secepat mungkin, saya rasa tidak lama lagi Malaysia akan menjadi kepunyaan pendatang asing dan kita akan menjadi orang asing di negara sendiri. Ngai sat! I'm so angry!
BalasPadamkes-kes seperti ini perlu disesesaikan dengan segera. penjenayah terbabait hendaklah dikenakan tidakan tegas. masalah yang berkaitan pendatang asing juga perlu diambil berat.
BalasPadamNaaa balik2 orang yang sama saja kena blame.. bagaimana pula dengan orang kita sendiri yang memberi keistimewaan kepada orang2 asing?
BalasPadamSekarang macam2 boleh terjadi. Kes2 seperti ini perlu dibendung sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
BalasPadamMmg kin panas.. mcm mo saja tempeleng dorang oo.
BalasPadamTadi on d way balik rumah, saya kena tahan budak 9entah budak dari mana) minta 20 sen. Siap pegang barang2 shoping ku lagi.. syukur juga dia tak mengganas. huhuhu
Mengapa pula kerajaan masih memberikan mereka hak untuk menetap di sini?
BalasPadamEntah la POP. Kalau lah aku ada jawapannya, aku jawab ba soalan ko tu. hehehe
BalasPadam