Sabtu, Julai 31, 2010

PEROGOL KANAK-KANAK PATUT DIGANTUNG SAMPAI MATI !!!!

Karpal Cadang Perogol Kanak-Kanak Dihukum Mati

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh pada Sabtu meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukumn mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

image"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Kata beliau mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

"Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali. Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan.

----

Kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun, Mangsa Terbaru Kes Cabul Pemandu Van

Kecurigaan seorang ibu dengan sikap anaknya yang enggan menaiki van yang menghantarnya ke taska terjawab apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu mengadu kemaluannya sakit, dipercayai akibat dicabul.

11 ulasan:

  1. emm.. bagaimana kalau penjara seumur hidup dan sebatan??

    BalasPadam
  2. merogol kanak-kanak adalah satu jenayah yang kejam. harap hukuman yang setimpal dan sewajarnya dikenakan ke atas penjenayah terbabit.

    BalasPadam
  3. merogol kanak-kanak adalah satu perbuatan yang amat keji. hukuman berat perlu diberikan kepada progol2

    BalasPadam
  4. kenapalah semakin ramai yang berani melakukan jenayah paling memalukan ini... selain penguatkuasaan undang2, lebih elok kalau pihak berkuasa mengkaji bagaimana seseorang itu mudah terdedah kepada jenayah ini dan ambil tindakan2 yang boleh mencegah aktiviti2 mereka.

    BalasPadam
  5. Sentence all rapist a life time of jail and "sebat" them 70 times per day. Make those dirty bastard suffer and regret for what they did.

    BalasPadam
  6. Hanging those rapist till dead is not good enough. They need to suffer. Once they are dead, how are they suppose to learn from their mistake. I would really want those rapist in pain for the rest of their life.

    BalasPadam
  7. Biar Tuhan yg balas kejahatan dorang!

    BalasPadam
  8. Dunia ini makin banyak masalah yg timbul. huhuhu
    Idea ni OK juga tapi rasanya lebih baik cara cara mencegah hal ni daripada berlaku.

    BalasPadam
  9. Pedophile should be..hurm..castrated? Or throw them in jail together with the inmates who hated man who hurt children.

    BalasPadam
  10. Saya memang setuju, bukan hanya perogol kanak-kanak, tapi perogol juga perlulah digantung sampai mati.

    BalasPadam
  11. Pedophile and rapist should be at least shut up in jail for life if not hanged. Lest they go out and hurt more people and children.

    BalasPadam