Jumaat, Julai 30, 2010

WANITA 54 TAHUN DITEMUI MATI

Wanita 54 tahun ditemui mati

TAWAU: Seorang wanita tempatan berusia 54 tahun ditemui mati dipercayai akibat sesak nafas setelah diikat dua penyamun adik-beradik warga Indonesia, yang juga merupakan pekerja suaminya.

Mayat wanita itu ditemui di rumahnya di Kg. Rancangan Kalabakan dalam keadaan tertiarap dengan tangan dan kakinya diikat ke belakang manakala mulut dan hidungnya diikat menggunakan kain.

Dalam kejadian pada Selasa itu, sur irumah malang yang dikenali penduduk sebagai Makcik Yu itu dipercayai berada seorang diri sebelum kejadian kerana suami dan anaknya pergi bekerja.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Imran Abdul Rahman, berkata dua suspek lelaki terlibat yang masing-masing berusia 16 dan 24 tahun kini sudah pun ditahan pihaknya.

Menurutnya, kedua-dua berbangsa Lombok dan tidak mempunyai keterangan diri itu, ditangkap dengan bantuan orang kampung di Jeti Felda Umas ketika cuba melarikan diri dan melawan polis.

Hasil penahanan itu, pihak polis katanya berjaya menemui sejumlah barang kemas, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM1,500 dipercayai milik mangsa.

Siasatan awal menunjukkan kedua-dua suspek datang ke Kalabakan kira-kira 3-4 hari lepas, sebelum bekerja di gerai suami mangsa.

“Kini kita menunggu laporan pakar patologi tentang punca sebenar kematian mangsa,” katanya.

Kes itu jelasnya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

12 ulasan:

  1. ini la punca utama kenapa PATI wajib diusir.. datang2 ja buat jenayah. macam mana dorang ni dengan mudah masuk, berkerja dan buat jenayah pastu keluar dari Sabah?? nasib sempat kena tangkap. pihak berkuasa kena siasat ni, apa punca PATI boleh keluar masuk Sabah sesuka hati ja.

    BalasPadam
  2. Diharapkan hukuman tegas akan dijatuhkan kepada kedua-dua penyamun tersebut.

    BalasPadam
  3. kesian wanita tersebut, kedua penjenayah warga asing ini perlu diberi hukuman seberatnya.

    BalasPadam
  4. penjenayah tersebut perlu menerima hukuman yang tegas atas jenayah yang mereka lakukan.

    BalasPadam
  5. itulah masalah pendatang ini. merbahay kalau datang negaraorang. apa pun siasatan haruslah dijalan dengan lebih terperinci dan juga hukuman haruslah setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan.

    BalasPadam
  6. Kesian. Sungguh kejam dan sadis pembunuh wanita ini. Memang patut diberi hukuman mandatori, gantung sampai mati.

    BalasPadam
  7. Inilah kesan buruknya akibat pendatang asing di negara kita. Diharapkan kerajaan akan menyelesaikan masalah PATI ini.

    BalasPadam
  8. jika sabit kesalahan, wajar dijatuhkan hukuman sewajarnya

    BalasPadam
  9. Jangan lepaskan kedua-dua jenayah tersebut jika dibukti salah. Mereka patut dihukum mati!

    BalasPadam
  10. My condolence to her family. What a horrible way to day. I hope the murderers will repent before the gallows.

    BalasPadam
  11. This is why we shouldn't encourage local employers to hire these foreign labor. Fortunately the CM is completely against the idea.

    BalasPadam
  12. These robbers deserves a heavy punishment. Don't be too nice to them or it will only worsen the situation.

    BalasPadam