Sikap pembangkang salahkan Kerajaan Pusat dikesali
Kerajaan kesal dengan sikap parti pembangkang yang sering menyalahkan Kerajaan Pusat berikutan kegagalan mereka membawa kemajuan di negeri yang dikuasai mereka.
"Tugas memajukan negeri terutama di luar bandar bukan hanya perlu dipikul Kerajaan Pusat tetapi kerajaan negeri juga memainkan peranan besar.
"Mereka (pembangkang) tidak perlu hanya tahu menyalahkan Kerajaan Pusat jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab membawa pembangunan itu kepada negeri sendiri,"
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal
--------------------------
Lebih 3,000 Penan kebuluran
Lebih 3,000 penduduk Penan dari enam penempatan di Hulu Rejang, Belaga, mengalami kebuluran sejak tiga bulan lalu selepas tanaman padi, satu-satunya sumber makanan mereka musnah dirosakkan monyet.
''Keadaan di Lusong Laku agak baik kerana mereka masih mempunyai tanaman padi untuk dimakan, namun ia tidak mencukupi memandangkan kesemua penduduk dari kelima-lima penempatan kini bertumpu ke sana untuk mendapatkan makanan.
''Sejak tiga bulan lalu, penduduk Penan di situ terpaksa memakan ubi kayu dan linut iaitu sejenis makanan daripada tepung sago. Selain itu mereka terpaksa memakan tumbuhan liar,''
kebuluran ini dijangka berlarutan sehingga musim menanam padi baru tiba pada Februari tahun hadapan.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan