Jumaat, Mac 13, 2009

SPEAKER YANG PENYABAR ?

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Anggota Parlimen dari pihak kerajaan Datuk Siringan Gubat meninggalkan persidangan Dewan sebagai keputusan yang perlu dihormati semua anggota Parlimen.

 insidepix1 (1) "Dewan sudah bersidang (hampir) setahun, anggota Parlimen patut sudah faham peraturan Dewan...sudah biasa dengan Dewan...kalau saya (jadi Speaker) dalam tempoh enam bulan saya sudah halau ahli Parlimen yang sengaja buat kesalahan, tapi Pandikar Amin seorang yang penyabar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

"Kesabaran Pandikar Amin tinggi dalam menjalankan tugasnya sebagaimana apa yang Speaker perlu buat secara serius, sebelum ini pun banyak kali sangat Speaker tegur ahli Parlimen," kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

bung Datuk Bung Moktar Radin berkata "Ini merupakan insiden baru (penyokong kerajaan yang pertama diarah keluar Dewan)...mesti dihormati setiap ahli Parlimen...dari semasa ke semasa Speaker sudah memberi penerangan kepada ahli Parlimen agar berhati-hati dalam ungkapan, Speaker ada kuasa untuk menentukan keputusan yang wajar pada ketika itu,".

Ketua Penerangan BNBBC Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata tindakan Pandikar Amin itu dibuat untuk mententeramkan suasana menjadi lebih sensitif selain perlu menjadi ingatan kepada setiap anggota Parlimen yang lain.

siringan_gubat "Ranau (Siringan) adalah seorang ahli Parlimen yang cukup berdisplin, tiba-tiba beliau (Siringan) dalam keadaan berseloroh (mengeluarkan perkataan 'ngam') yang tidak sesuai dalam suasana yang agak tegang tadi," katanya.

Siringan (BN-Ranau) menjadi anggota Parlimen penyokong kerajaan yang pertama diarah meninggalkan persidangan kali ini yang mula bersidang April tahun lepas hanya kerana beliau menyebut perkataan 'ngam' (betul/setuju).

Pandikar Amin terus mengarahkan Siringan keluar Dewan selama tiga jam dan diizinkan masuk semula selepas rehat makan tengah hari pukul 2.30 petang.

Insiden bermula ketika Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) bertanyakan tindakan kerajaan bagi menghukum mana-mana parti politik yang mengucapkan perkataan yang berbaur perkauman dalam soalan tambahannya untuk dijawab Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Teng Boon Soon, telah menimbulkan sedikit kekecohan di dalam Dewan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan