Memaparkan catatan dengan label macam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label macam. Papar semua catatan

Isnin, April 23, 2012

BATANG POKOK BETIK BERWAJAH ANGRY BIRDS?

Batang pokok betik berwajah manusia

angry betik-horz

PONTIAN 23 April 2012 - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.

Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.

Ahad, Mei 17, 2009

PRESIDEN DISAMAN TRAFIK

image ASUNCION 16 Mei - Presiden Paraguay, Fernando Lugo tidak terkecuali daripada peraturan jalan raya apabila disaman AS$104 (RM370.54) kerana memotong secara berbahaya selain memiliki lesen yang sudah tamat tempoh.

Ketua Pengangkutan Lebuh Raya, Eduardo Petta memberitahu radio Nanduti, beliau menahan kereta Ford Explorer tanpa plat pendaftaran itu selepas ia memotong secara berbahaya di lebuh raya selatan ibu kota.

"Saya dapati ia dipandu oleh Presiden Lugo lalu minta dia tunjukkan lesen memandu yang saya dapati telah tamat tempoh. Saya pun menyamannya atas dua kesalahan dan dia mempunyai tempoh lima hari untuk membayarnya," kata Petta. - AP

Sabtu, Mei 16, 2009

TEMBIKAI BERHARGA RM5,126 SEKILO !

imageTOKYO - Mangsa terbaru kegawatan ekonomi di Jepun kini ialah buah tembikai Yubari yang rasanya manis tetapi dijual pada harga mahal.

Dua buah tembikai Yubari dilelong di bandar raya Sapporo, utara Jepun pada harga AS$5,200 (RM18,455).

Walaupun mahal, ia lebih murah daripada harga lelongan yang dicatatkan sebelum ini pada tahun lalu.

Harga lelongan buah itu pada tahun lalu ialah $26,000 (RM92,285) dan pada 2007 buah tersebut dilelong pada harga $21,000 (RM74,530).

Harga itu menjadikan ia sebagai tembikai paling mahal ketika kegawatan ekonomi dunia melanda dunia.

Buah tembikai itu seberat 3.6 kilogram dan pada setiap tahun pembeli akan datang ke pasar itu untuk cuba membida pada harga yang terbaik.

Buah tembikai yang berwarna oren itu hanya ditanam di bandar Yubari di utara Hokkaido. - AP

Satu kali gigit RM100 !

PELURU 42 TAHUN DIKELUARKAN DARI KEPALA

image

BEIJING 15 Mei - Doktor di barat daya China berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari dalam kepala seorang wanita bagi menamatkan penderitaan yang dialaminya sejak ditembak 42 tahun lalu.

Pasukan perubatan di sebuah hospital di kawasan perbandaran Chongqing mengeluarkan peluru sepanjang 2.5 sentimeter itu dari pelipis kanan He Wenying semalam, lapor Chongqing News hari ini.

Wenying, 65, terkena peluru yang melantun itu semasa pertempuran bersenjata antara puak-puak bersengketa semasa bermulanya Revolusi Kebudayaan yang berlarutan antara 1966 hingga 1976.

Doktor pada mulanya memberitahu wanita itu lukanya tidak dalam, tetapi dia mengadu mengalami sakit kepala yang berterusan dan kesukaran untuk makan.

Akhirnya gambar x-ray yang diambil pada 1978 menunjukkan peluru berkenaan terbenam dekat rahang dan telinga kanannya.

Namun begitu, ibu beranak tiga yang bekerja sebagai akauntan itu tetap enggan menjalani pembedahan disebabkan kemudahan perubatan yang kurang baik di Chongqing dan sebaliknya terus menahan sakit kepala yang semakin teruk.

Awal tahun ini, kesakitannya mula merebak ke seluruh badan sehingga memaksa pembedahan dijalankan semalam, menurut laporan itu. - AFP

Jumaat, Mei 15, 2009

DUIT MELAYANG

Macam-Macam: 'Duit terbang' penuhi lebuh raya

image

BERLIN: Seorang lelaki kehilangan 23,000 euro (RM109,913) apabila sampul surat berisi wang tunai yang diletakkan di tempat duduk penumpang keretanya ditiup angin ketika melakukan pandu uji di utara Jerman.

Polis berkata, wang tunai berkenaan terbang dan melayang ke tengah lebuh raya, dipenuhi kenderaan yang bergerak laju di bandar raya Hanover.

Lelaki berusia 23 tahun itu menghubungi polis yang kemudian menyekat laluan di kedua-dua hala selama kira-kira setengah jam. – Reuters

Sabtu, Mei 09, 2009

BUDAK KAIL KELI GERGASI

image

BANGKOK: Seorang kanak-kanak perempuan menggemparkan kaki pancing apabila memecahkan dua rekod serentak, termasuk menangkap ikan keli yang hampir sama berat dengan dirinya ketika memancing di Tasik Ratchaburi, Thailand.

Natalie Carter, 10, yang memiliki berat 31.75 kilogram bertarung kira-kira 45 minit di bawah sinaran terik matahari sebelum berjaya menjinakkan ikan geli gergasi seberat 22.27 kilogram.

Ikan itu yang hampir sama panjang dengan tubuhnya menobatkan Natalie sebagai pemegang rekod dunia pemancing ikan terbesar bagi kategori bawah 10 tahun dan jika layak, beliau turut memegang rekod bagi kategori bawah 16 tahun.

Beliau menutup hari bertuahnya itu dengan mencipta satu lagi rekod dunia bagi kategori usianya dengan menaikkan ikan haruan seberat 3.31 kilogram.

Untuk gambar yang lebih jelas klik disini.

Rabu, Mei 06, 2009

2-HEADED SALAMANDER DRAWS CROWD

image LANGKAWI 2009/05/06: Langkawi has a new "attraction". Since last Thursday people have been crowding a Tenaga Nasional Bhd employee's house in Kampung Perana, Mukim Melaka, to have a look at a two-headed salamander.

Dahalan Ahmad said: "I was reading the newspapers when I saw something crawling on the floor. I picked it up and was surprised to find a 6-centimetre long salamander with two heads."
As far as he can tell, both heads are functioning. He plans to keep it as a pet.

Sabtu, Mei 02, 2009

WANITA CIPTA REKOD BARU BERTINDIK

image

EDINBURGH - Seorang wanita yang memegang gelaran wanita paling banyak bertindik kini mempunyai sebanyak 6,005 tindik pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita kelahiran Brazil itu, Elaine Davidson, 42, (gambar) sebelum ini diiktiraf Guinness World Records pada 2000 kerana mempunyai 462 tindik pada tubuhnya.

Dia yang kini tinggal di Edinburg mendakwa tidak suka bertindik namun berbuat demikian kerana mahu memecah rekod.

"Saya tidak bergembira ketika ditindik tetapi untuk memastikan akan terus memegang rekod, saya perlu melakukannya.

"Keluarga saya tidak suka tatu atau ditindik tetapi saya gembira melakukannya," kata Elaine yang bekerja sebagai jururawat.

Rabu, April 29, 2009

ROSYAM NOR PILIH KASIH ‘MENAMPAR BETUL-BETUL’

image image

Rosyam khabarnya terbeliak biji mata apabila ada sebahagian peserta yang menampar betul-betul rakan lakonannya sewaktu uji bakat. Apabila sudah ditempeleng betul-betul, maka merah padam jugalah wajah si peserta yang satu lagi.

Wah! ‘gitu’!

Kata Rosyam, dia sendiri pun tidak mampu berbuat demikian bercerita mengenai gelagat peserta uji bakat rancangan realiti Pilih Kasih, terbitan Suhan Movies.

Khamis, April 16, 2009

MACAM-MACAM - AKIBAT NAK JADI YB

Calon wanita kalah Pemilu, bunuh diri

 JAKARTA 15 April - Seorang calon wanita yang gagal dalam pilihan raya umum Indonesia (Pemilu) telah bertindak membunuh diri, manakala sekurang-kurangnya dua lagi yang juga perempuan, maut akibat serangan jantung.

Ini merupakan sebahagian daripada gara-gara sedih dan lucu yang berlaku selepas berakhirnya Pemilu.

imageSelain membunuh diri, ada calon yang tiba-tiba mengalami sakit jiwa, mati terkejut dan bertindak mengambil balik sumbangan yang telah diberi kepada pengundi.

Media massa tempatan melaporkan calon wakil rakyat Sri Hayati, yang kalah untuk merebut kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Kota Banjar ditemui mati dipercayai akibat menggantung diri di sebuah bangsal di Ciamis, Jawa Barat pada pagi Selasa.

Sri Mahyuni, 23, adalah calon Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) bertindak nekad dipercayai kerana tidak tahan menanggung malu mendapat jumlah undi yang kecil.

Laporan polis dan akhbar tempatan turut melaporkan ada calon-calon bergolok-bergadai, malah memajakkan rumah mereka untuk menyertai Pemilu kali ketiga, selepas bekas Presiden Suharto digulingkan sedekad lalu.

Kerusi peringkat kebangsaan, negeri dan kerajaan tempatan yang dipertandingkan menjadi rebutan kerana ia memperuntukkan gaji mewah mengikut taraf Indonesia dengan gaji 13,119,622 rupiah (RM4,329) berbanding purata pendapatan rakyat pada aras kurang dari 2,186,792 rupiah (RM722).

Ia juga dilihat sebagai peluang untuk berkuasa dan meluaskan pengaruh.

Sekurang-kurangnya dua calon wanita lagi di bandar Buleleng dan Solo diserang sakit jantung dan mati serta-merta apabila mengetahui hakikat mereka mustahil mencapai kemenangan.

Hospital sakit mental juga menambah bilangan kakitangan khidmat kaunseling bagi mereka yang tertekan.