Khamis, April 16, 2009

MACAM-MACAM - AKIBAT NAK JADI YB

Calon wanita kalah Pemilu, bunuh diri

 JAKARTA 15 April - Seorang calon wanita yang gagal dalam pilihan raya umum Indonesia (Pemilu) telah bertindak membunuh diri, manakala sekurang-kurangnya dua lagi yang juga perempuan, maut akibat serangan jantung.

Ini merupakan sebahagian daripada gara-gara sedih dan lucu yang berlaku selepas berakhirnya Pemilu.

imageSelain membunuh diri, ada calon yang tiba-tiba mengalami sakit jiwa, mati terkejut dan bertindak mengambil balik sumbangan yang telah diberi kepada pengundi.

Media massa tempatan melaporkan calon wakil rakyat Sri Hayati, yang kalah untuk merebut kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Kota Banjar ditemui mati dipercayai akibat menggantung diri di sebuah bangsal di Ciamis, Jawa Barat pada pagi Selasa.

Sri Mahyuni, 23, adalah calon Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) bertindak nekad dipercayai kerana tidak tahan menanggung malu mendapat jumlah undi yang kecil.

Laporan polis dan akhbar tempatan turut melaporkan ada calon-calon bergolok-bergadai, malah memajakkan rumah mereka untuk menyertai Pemilu kali ketiga, selepas bekas Presiden Suharto digulingkan sedekad lalu.

Kerusi peringkat kebangsaan, negeri dan kerajaan tempatan yang dipertandingkan menjadi rebutan kerana ia memperuntukkan gaji mewah mengikut taraf Indonesia dengan gaji 13,119,622 rupiah (RM4,329) berbanding purata pendapatan rakyat pada aras kurang dari 2,186,792 rupiah (RM722).

Ia juga dilihat sebagai peluang untuk berkuasa dan meluaskan pengaruh.

Sekurang-kurangnya dua calon wanita lagi di bandar Buleleng dan Solo diserang sakit jantung dan mati serta-merta apabila mengetahui hakikat mereka mustahil mencapai kemenangan.

Hospital sakit mental juga menambah bilangan kakitangan khidmat kaunseling bagi mereka yang tertekan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan