Batang pokok betik berwajah manusia
PONTIAN 23 April 2012 - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
MD. JUDYAR menunjukkan batang pokok betiknya yang berwajah manusia sedang marah di Pontian, Johor semalam.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.
"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.
---------------
Pokok pun menunjukkan muka Angry Birds, memang femes watak permainan ini sekarang.
BalasPadamDia main angry birds juga tu. Kalah dia sma babi sebab tu dia marah..hehehe
BalasPadamPokok betik ni mengalami kecacatan. secara kebetulan macam angry bird.
BalasPadamPokok yang menarik..haha :) Muka marah lagi itu..
BalasPadamcuba suruh pemilik ladang betik ini buat muka marah macam memek muka pokok tu.. macam ada iras2 kan?? hidung pun sama..
BalasPadam