ASUNCION 16 Mei - Presiden Paraguay, Fernando Lugo tidak terkecuali daripada peraturan jalan raya apabila disaman AS$104 (RM370.54) kerana memotong secara berbahaya selain memiliki lesen yang sudah tamat tempoh.
Ketua Pengangkutan Lebuh Raya, Eduardo Petta memberitahu radio Nanduti, beliau menahan kereta Ford Explorer tanpa plat pendaftaran itu selepas ia memotong secara berbahaya di lebuh raya selatan ibu kota.
"Saya dapati ia dipandu oleh Presiden Lugo lalu minta dia tunjukkan lesen memandu yang saya dapati telah tamat tempoh. Saya pun menyamannya atas dua kesalahan dan dia mempunyai tempoh lima hari untuk membayarnya," kata Petta. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan