Ahad, Mei 13, 2012

MURID TAHUN SATU LALUI PENGALAMAN NGERI LINTAH MASUK DALAM DUBUR

Murid Tahun Satu lalui pengalaman ngeri lintah masuk dalam dubur

KOTA BHARU May 13, 2012 - Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.

Mohd Farhan Adli Mohd Alpatah, 7, yang berasal daripada Kampung Paya Rambai itu, berkata dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.

"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital (Raja Perempuan Zainab II).

"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menerima kunjungan isteri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah di sini, hari ini.

Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan.

--------------------

Intraperitoneal leech: A rare complication of leech bite

An intraperitoneal leech, which entered through vagina and uterus in a 2-year-old girl is reported. The child presented with intraperitoneal hemorrhage and shock. A leech inside the peritoneal cavity has never been reported in the literature.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan