Khamis, Mei 10, 2012

KANAK-KANAK 10 TAHUN DIROGOL WARGA ASING

Kanak-kanak 10 tahun dirogol

BERUAS 9 Mei - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah kawasan ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya di Taman Cantik Dua, Pasir Panjang dekat sini Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa dalam perjalanan pulang seorang diri ke rumah sebelum dihampiri suspek yang mempelawa kanak-kanak tersebut membonceng motosikalnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Supritendan Ahmad Mat Isa berkata, suspek dipercayai memberikan kanak-kanak itu makanan sebagai umpan supaya mengikutnya membonceng motosikal.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit berhampiran sebelum dirogol dan dihantar pulang semula berhampiran rumahnya pada pukul 10 malam.

-------------

2 buruh Bangladesh mati ditikam

KUALA LUMPUR 9 Mei - Dua buruh binaan warga Bangladesh maut selepas diserang dua lelaki warga Indonesia dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan berhampiran Jalan Imbi di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di atas jalan raya dengan kesan cedera di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kedua-dua mangsa diserang suspek selepas selesai bekerja di sebuah tapak pembinaan berhampiran lokasi kejadian.

"Berlaku pertengkaran dan kekecohan antara mereka sebelum itu dan kedua-dua suspek bertindak menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

"Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Oleh ROZIANAH RISMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan