Isnin, Julai 16, 2012

KIRA-KIRA 900 PENDUDUK KG SALONG KESAL TINDAKAN SEPULUT FOREST DEPARTMENT

Kira-kira 900 penduduk Kg Salong kesal tindakan Sepulut Forest Department

PEGALUNGAN 13th July, 2012: Kira-kira 900 penduduk Kg. Salong dan beberapa kampung di sekitarnya merasa kesal dengan tindakan Sepulut Forest Development Sdn. Bhd di bawah Unit Pengurusan Hutan (FMU) yang membuat persempadanan terlalu berhampiran dengan kawasan kampung.

Ketua Kampung Balantos KK Tingkalur Anturi, 55, berkatam tindakan syarikat itu menimbulkan kemarahan kepada penduduk kampung kerana kawasan mereka semakin terhimpit.

“Kami tahu tujuan FMU adalah baik kerana selain menjalankan aktiviti pembalakan ia juga menjalankan penanaman semula kayu,” katanya dalam satu dialog antara penduduk kampung dengan syarikat Sepulut Forest Development Sdn. Bhd pada majlis Taklimat Pengurusan Hutan Secara Lestari bersama komuniti tempatan FMU 14 anjuran Jabatan Perhutanan Tibow di Balai Budaya Kg. Kuala Salong pada Rabu.

Tetapi katanya, jika ia menjejaskan pemilikan tanah penduduk ia perlu dipertimbangkan oleh kerajaan agar penduduk tidak terpinggir dari pemilikan tanah yang mereka warisi dari nenek moyang.

“Kami adalah penduduk asal di tanah peninggalan nenek moyang dan selama ini tidak pernah membantah dengan program FMUkerana kami tahu sempadan yang sedia ada tindak menjejas kawasan kampung,” katanya.

Tetapi katanya, apabila baru-baru ini pihak syarikat berkenaan memindahkan sempadan yang terlalu berhampiran dengan kawasan kampung ia telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung.

Dalam majlis sesi dialog anjuran Jabatan Perhutanan Tibow dengan kerjasama Sapulut Forest Development Sdn. Bhd itu, beberapa orang penduduk meluahkan pandangan dan bantahan ke atas pencerobohan Syarikat tersebut kerana telah melintasi kawasan sempadan yang sepatutnya.

Tingkalur memberitahu, tiga kampung yang terlibat dalam persempadanan baru itu terdiri dari Kg. Balantos, Kg. Kuala Salung dan Kg.Sinakaluan dimana letak sempadan hanya beberpa meter dari ladang penduduk.

Semasa menyampaikan hujah dalam dialog itu Tingkalur turut meminta Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengurus FMUsupaya mengeluarkan kawasan tanah seluas 3,000 ekar untuk penduduk di kawasan berkenaan demi menjamin masa depan generasi akan datang.

“Kami minta Kerajaan Negeri agar mengeluarkan 3,000 ekar tanah untuk keperluan penduduk di tiga kampung tersebut untuk tujuan kegiatan pertanian anak-anak pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu Pengurus Syarikat Sapulut Forest Development Sdn.Bhd Richard Taumas menjawab bahawa segala perjanjian dengan pihak kerajaan menjadi garis panduan mereka kerana kerajaan Sabah telah meluluskan keluasan tanah tersebut untukFMU.

“Kami berpandukan dengan apa yang telah tercatat dalam dokumen perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak,” jelasnya.

Pegawai Perhutanan Tibow Hairy F Ikok pula menjawab segala perkara yang telah dikemukakan oleh penduduk akan dikemukakan kepada pihak atasan termasuklah wakil rakyat dan agensi-agensi yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihak Jabatan Perhutanan tidak dapat membuat keputusan kerana segala perkara yang berkaitan dengan FMUhanya dapat dibuat melalui Persidangan Dewan Undangan Negeri dan Kabinet Negeri Sabah.

“Kami tidak dapat berbuat sesuatu keputusan kerana ini tanggungjawab kerajaan negeri dan Syarikat serta FMU kerana mereka mempunyai perjanjian yang telah ditandatangani,” katanya.

Meskipun majlis itu agak hangat kerana saling meluahkan pandangan dan masing-masing mempertahankan pendapat namun akhirnya ia berjaya mencapai kesepakatan.

Hadir sama di majlis itu Pegawai Perhutanan Nabawan Abdul Rahman Basis, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Keningau Benedict Blasius, Ketua Daerah Pagalungan Tinus Lindas, Pegawai Pertanian Keningau Ramari Inggit dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan itu.

8 ulasan:

  1. Baguslah jika sudah mencapai kesepakatan. Guna saluran yang betul untuk selesaikan masalah.

    BalasPadam
  2. pihak Sapulut Forest kena berbincang dgn penduduk kampung bagi selesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  3. Sepatutnya Sepulut Forest Development berbincang terlebih dahulu dengan penduduk kampung sebelum membuat persempadanan.

    BalasPadam
  4. Ini memang tidak patut berlaku. Masalah ini perlu dibincangkan.

    BalasPadam
  5. inilah FMU yang diperkenalkan oleh Yong Teck Lee..

    BalasPadam
  6. ba mana suhakam, star, sapp dll?? bantulah penduduk kampung yang tertindas.. jangan asyik buat statement pasal Lajim dan Borneonisasi, tapi hal2 rakyat diabaikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suhakam perlu bantu rakyat dengan mencadangkan sesuatu kepada kerajaan.

      Padam
  7. Orang Sabah sendiri harus menjaga Sabah dan orang2 Sabah. kalau tidak siapa lagi.

    BalasPadam