Polis Yakin Berkas Suspek Belasah Wartawan Dalam Perhimpunan Hijau
GEORGE TOWN, 27 Feb (Bernama) -- Polis yakin dapat memberkas suspek yang dikatakan membelasah dua wartawan ketika membuat liputan Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim berkata hasil risikan dan bukti bergambar yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik, polis percaya dapat memberkas suspek dalam tempoh terdekat.
"Namun kita masih mengumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan untuk membolehkan suspek ditangkap dengan kadar segera,"
katanya ketika dihubungi di sini Isnin.
Ahmad Bakhtiar berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, wartawan dan jurugambar akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di badan dan kepala setelah dipercayai dipukul oleh beberapa orang yang mengikuti perhimpunan itu.
------------------
NUJ Kutuk Penyokong Lynas Menyerang Petugas Media
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mengutuk perbuatan kumpulan liar yang menyerang dua petugas media membuat liputan perhimpunan 'Himpunan Hijau 2.0' di Pulau Pinang semalam.
Presiden NUJ, Chin Sung Chew berkata tidak ada sebab langsung kumpulan berkenaan perlu melakukan kekerasan fizikal ke atas wartawan Andrew Chew, 29, dan jurugambar Lee Hong Chun, 25, yang mewakili akhbar tempatan harian Cina, Kwong Wah Yit Poh.
"Kedua-duanya ditugaskan membuat liputan perhimpunan tersebut dan orang ramai termasuk kumpulan liar berkenaan boleh mengenali wakil-wakil akhbar yang bertugas pada masa itu," kata Chin dalam kenyataannya dikeluarkan di sini Isnin.
Beliau mengulas perhimpunan Himpunan Hijau di Pulau Pinang semalam yang berakhir dengan kekecohan apabila 50 orang anggota daripada pertubuhan bukan kerajaan cuba menghalang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang hadir daripada meninggalkan tempat tersebut.
Perhimpunan di Pulau Pinang itu berlangsung dari pukul 6 petang dengan disertai hampir 1,000 orang sebagai sokongan kepada perhimpunan sama di Kuantan, Pahang, untuk membantah kilang memproses nazir tanah Lynas didirikan di Kuantan.
One of many job hazards of a field journalist.
BalasPadammy affirmation for the police force in their efforts to bring these irresponsible individuals to face justice.
BalasPadamHopefully they (the perpetrators)will receive the punishment that fits the crime.
BalasPadamTu himpunan hijau ka himpunan samseng??
BalasPadamTidak perlu mahu himpun2 hantar saja memorendum. Boleh juga elak kejadian seperti dalam clip video tu.
BalasPadamsetiap kali perhimpunan dibuat pasti ada saja isu yang akan timbul.
BalasPadamIni bukan perhimpunan aman ni kalau sampai ada yang kena belasah.
BalasPadamnama saja himpunan hjau, tapi ada keganasan.
BalasPadamMaklumat yang terbaru menunjukkan bahawa wartawan yang lain tidak dibelasah terutamanya mereka yang memegang kamera.
BalasPadamHarap penyiasatan yang lanjut akan dijalankan terhadap isu kekecohan perhimpunan hijau ini.
BalasPadamTengok?? apa yang ada dengan perhimpunan dilakukan. Sikap sesorang itu tidak akan dapat dikawal bila melakukan perhimpunan.
BalasPadamkalau sudah salah mengaku sajalah. Perbuatan itu hanya memalukan diri sendiri sahaja.
BalasPadamBerkas sahaja mereka yang melakukan perbuatan yang tidak berdedikasi itu.
BalasPadamPastikan orang yang benar2 bersalah dijatuhkan hukuman. Jangan pula tersilap jatuhkan hukuman.
BalasPadam