Selasa, Februari 28, 2012

"….TINDAKAN CUBA MENYERANG NURUL IZZAH JUGA ADALAH PERBUATAN YANG MEMALUKAN,"

Nurul Izzah Fail Laporan Polis Dakwa Cuba Diserang Penyokong Umno

PETALING JAYA Feb 28, 201: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Isnin memfailkan laporan polis berhubung dakwaan cuba diserang oleh seorang individu yang dipercayai penyokong Umno padasatu ceramah di Pahang lewat malam Ahad.

Menerusi laporan polis yang dibuat di Balai Polis Damansara, NurulIzzah menyatakan bahawa beliau diterkam seorang lelaki berbadan besarketika sedang menyampaikan ceramah di sebuah gerai makan di FeldaLepar Hilir, Paya Besar.

Bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya dihalang oleh penyokongpembangkang yang berada berdekatan dengan kedudukan Nurul Izzah sedangberceramah.

"Secara tiba-tiba seorang lelaki berbadan agak besar memakai kemeja-tmerah meluru ke arah saya seakan hendak memukul saya.

"Saya bernasib baik kerana pelaku tersebut ditepis oleh salah seorang penyokong yang berdekatan dengan saya," katanya menerusi laporan polisberkenaan.

Selain Nurul Izzah, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad turutmemfailkan laporan polis di balai yang sama berhubung insidenkekacauan oleh sekumpulan penyokong Umno pada ceramah di lokasi yangsama.

Selain itu menurut Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai,menerusi maklumat oleh pegawai polis ditempat kejadian, lelaki yangcuba menyerangnya merupakan individu yang dikenali sebagai seorangpenyokong kuat Umno.

Asrullah Affendi Abdullah "Polis mengenal pasti pelaku terbabit dan memberitahu kepada sayabahawa lelaki berkenaan bernama Asrullah Affendi Abdullah," katanyapada sidang media selepas itu.

Menceritakan kembali mengenai insiden tersebut, Nurul Izzah berkata kehadiran beliau dan Nik Nazmi disambut dengan provokasi sekumpulan penyokong Umno yang memegang bendera parti itu dan Barisan Nasional(BN) berdekatan dengan gerai tempat ceramah pembangkang itu diadakan.

Malah menurut Nurul Izzah, kumpulan tersebut turut memasang lagu Umno menggunakan pembesar suara bertujuan mengganggu ceramah pembangkang.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia menggesa Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin bertanggungjawab terhadap insiden kekecohan tersebut.

Menurut beliau, Khairy perlu menyatakan pendirian mengenai sikap sebenar Pemuda Umno terutama dalam menimbulkan kekecohan terhadap beberapa aktiviti ceramah pembangkang.

"Khairy perlu nyatakan pendiriannya. Beliau tidak boleh berdiam diribegitu sahaja.

"Ini bukan kali pertama golongan muda diperalatkan bertindak sebagaipekakas untuk menjadi samseng menyerang Pakatan Rakyat.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ia menunjukkan sikap yang tidak matang. Malah tindakan cuba menyerang Nurul Izzah juga adalah perbuatan yang memalukan," katanya.

10 ulasan:

  1. Harap perbuatan seperti ini akan dihentikan, bertandinglah dengan adil dan saksama antara BN dan PR.

    BalasPadam
  2. Lelaki yang bertindak menyerang Nurul Izzah perlulah disiasat untuk mengetahui motifnya.

    BalasPadam
  3. This group of radicals behaves as same as the NAZI SA in Germany before Hitler came to power.

    BalasPadam
  4. They need to behave in a civilized manner.

    BalasPadam
  5. This will give their party a bad reputation

    BalasPadam
  6. polis sudah dapat kenalpasti individu tersebut jadi bawa saja lelaki tersebut untuk buat sisatan lanjut.

    BalasPadam
  7. mungkin juga individu tu diupah. tapi kalau dia bertindak sendiri, tidak adil untuk melibatkan nama parti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kemungkinan juga. Untuk menarik perhatian boleh juga buat macam tu.

      Padam
  8. siapa la yang sanggup menerkam Nurul ketika Nurul dikelilingi oleh penyokong2 beliau?? banyak bancana boleh berlaku terhadap individu tersebut sekiranya benar beliau mempunyai niat untuk menyerang Nurul..

    BalasPadam
  9. pembangkang ni, macam2 cerita dia boleh buat.. orang tergelincir ketika bersesak2 pun dia boleh cakap konon menyerang atau menerkam beliau sedangkan perkara itu tidak disengajakan..

    BalasPadam