Isytihar Harta Kepada SPRM, Tidak Timbul Isu Keselamatan
PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad berkata tidak timbul isu keselamatan jika suruhanjaya itu diberi kebenaran untuk mengakses dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran Persekutuan termasuk anggota Kabinet.
Katanya yang menjadi perhatian SPRM bukan jumlah aset yang ada sebelum mereka menjadi menteri atau timbalan menteri, paling penting ialah ada atau tidak perkembangan pertambahan yang mendadak.
"Kita (SPRM) akur dengan apa yang dilaporkan tetapi yang menjadi perhatian SPRM iaitu sama ada semasa mereka memegang jawatan dalam kerajaan terdapat pertambahan yang besar atau tidak,"
katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Abu Kassim berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan mengenai pandangan sesetengah pihak sekiranya dokumen pengisytiharan harta itu diberikan kepada SPRM, ia boleh mengancam keselamatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju dengan cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran.
-------------
PM sudah setuju jadi cuma tunggu pelaksanaan saja la.
BalasPadamtransparency amat penting dalm pentadbiran. diharap rakyat juga dapat memberi kepercayaan kepada kerajaan yang ada sekarang ni.
BalasPadamBetul juga, transparency memang penting untuk megelakkan diri dari kes rasuah.
Padamdiharap anggota pentadbiran kerajaan dapat memberi kerjasama dalam hal ini. mereka perlu isytiharkan harta mereka.
PadamBeri kerjasama agar tiada masalah yang berlaku.
PadamSekiranya Najib benar2 melaksanakan pasti pembangkang tidak boleh bising lagi
BalasPadamlepas ini pasti ada lagi isu yang pembangkang akan timbulkan, pembangkang kan suka buat isu.
Padamjika benar ia dilaksanakan, harap tiada antara mereka dari kerajaan mahupun pembangkang yang kan mengelak dari mengisytiharkan hart mereka.
PadamJika ini di laksanakan, harap dapat bekerjasama.
PadamThis is indeed a good measure to ensure that transparency governance is being practice.
BalasPadamAgree but how many among them will really agree to these?
PadamWith the security matter has been resolved, hopefully this matter can proceed.
BalasPadamThis will give a sense of assurance to the public that there are no corruption within the government body.
BalasPadamHopefully all will comply.
BalasPadamHopefully SPRM will perform their duty pertaining to this matter.
BalasPadamHopefully SPRM will perform their duty pertaining to this matter.
BalasPadamSPRM harus menjalankan tugas dengan lebih amanah agar rakyuat juga berkeyakinan dengan pihak SPRM dan kerja siasatannya.
BalasPadamakhirnya semua terpulang pada SPRM. Harap mereka jalankan tugas dengan telus dan adil.
PadamIa untuk kebaikan pemimpin negara juga supaya rakyat lebih berkeyakinan dengan kerajaan.
BalasPadam"Kita (SPRM) akur dengan apa yang dilaporkan tetapi yang menjadi perhatian SPRM iaitu sama ada semasa mereka memegang jawatan dalam kerajaan terdapat pertambahan yang besar atau tidak,"
BalasPadamKes rasuah harus diambil perhatian yang wajar. Tindakan keras harus dikenakan kepada mereka yang terlibat.
Harap SPRM akan mengambil tindakan yang betul untuk memantau pemilikan aset dan pendapatan menteri dan keluarga mereka.
PadamIsu keselamatan amat penting. Ekonomi kurang baik, tambahan dengan kes rompak dll. Cadangan pengistiharaan harta harus dijalankan dengan berhati-hati.
BalasPadamGood to make themself clean from curruption.
BalasPadamSPRM harus membanteras rasuah. Rasuah harus diambil tindakan keras juga.
BalasPadamIni juga memperyakinkan rakyat terhadap kerajaan juga. Semoga ini dilaksanakan supaya kerajaan negara lebih bersih dan amanah.
BalasPadamjika isytiharkan kepada umum memang kemungkinan akan melibatkan isu keselamatan. harap anggota pentadbiran kerajaan tidak mengambil alasan lagi kerana harta hanya diisytiharkan kepada SPRM.
BalasPadamSPRM perlulah memastikan setiap menteri mengisytiharkan harta mereka dengan jujur.
BalasPadamApa pun mengenai pengisytiharan harta ini mungkin satu langkah yang baik. Namun kita tunggu saja apa perkembangan seterusnya.
BalasPadamPengistiharan harta tidak perlu oleh pemimpin namun jika ada pertambahan yang mendadak harus mendapat perhatian dari SPRM.
BalasPadamKepada pemimpin negara, jalankan tanggungjawab dengan amanah dan jangan terlibat dengan sebarang jenayah yang boleh menyebabkan anda kehilangan segalanya.
BalasPadamPasti isu ini tidak timbul jika semua bekerjasama dan tidak melakukan sebarang tindkan yang salah disisi undang2.
BalasPadam