Khamis, September 08, 2011

PERTAMBAHAN PENGEMIS…. BUKTI SABAH NEGERI TERMISKIN?

ISU PENGEMIS KANAK-KANAK PERLU DITANGANI DENGAN BERKESAN

TIDAK TERURUS… Kanak-kanak perempuan dan lelaki ini melarikan diri setelah dihampiri dan ditanya soalan oleh Chua.

TAWAU September 7, 2011: Daerah ini dikhuatiri akan menyaksikan pertambahan bilangan pengemis kanak-kanak dan pengemis jalanan yang berterusan akibat ketidak-keberkesanan langkah penguatkuasaan yang diambil oleh pihak berwajib.

Bimbang dengan perkembangan semasa itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui berhasrat mengetengahkan isu peningkatan bilangan golongan berkenaan ke Parlimen bagi mencari jalan untuk menangani isu terbabit.

“Berkemungkinan langkah penguatkuasaan yang tidak berkesan oleh pihak berkuasa akan memberikan isyarat salah kepada mereka yang mendalangi aktiviti sebegini di daerah ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata beliau mengesan kegiatan itu pada awal tahun ini yang dilakukan oleh kanak-kanak berumur di lingkungan 10 tahun yang kebanyakannya kanak-kanak perempuan di sekitar Sabindo.

EKSPLOITASI KANAK-KANAK? Chua mahu membawa isu pengemis di daerah ini ke Parlimen.

Beliau juga ada melihat seorang kanak-kanak perempuan yang mengendong seorang bayi berusia lebih kurang enam bulan dalam keadaan yang tidak terurus, dan berasa tersentuh apabila melihat bayi itu sekadar berbaring di kaki lima untuk menagih simpati orang ramai.

“Saya berasa terkejut setelah mendapati kanak-kanak itu menarik bayi yang diletakkannya di atas lantai dan berlari menuju ke sebuah kereta besar untuk mendapatkan duit lebih. Apabila saya bertanya alamat mereka untuk menghantar makanan dan pakaian, mereka terus lari.

“Saya sudah melaporkan hal ini kepada beberapa pihak berkuasa secara lisan, namun nampaknya semakin ramai kanak-kanak yang terlibat di dalam aktiviti ini di Sabindo,” katanya sambil berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih tegas.

Tambahnya, pihak berkuasa juga perlu mengenal-pasti dengan jelas status kanak-kanak ini di Tawau dan mengenal-pasti sindiket ataupun pihak yang mendalangi kegiatan itu kerana seolah-olah golongan terbabit tidak gentar dengan pihak berkuasa di daerah ini.

Beliau turut mempersoalkan impak senario itu kepada tanggapan yang akan diberikan oleh pelawat dan pelancong yang datang ke Tawau dan berharap pihak berkuasa di daerah ini dapat berbuat sesuatu untuk menanganinya.

“Sebenarnya senario kanak-kanak menjual kacang di Sabindo malam-malam sudah begitu buruk, dan sekarang kanak-kanak yang berpeleseran di sekitar bandar bersama bayi yang hampir bertelanjang bulat pula.

“Sekiranya isu ini ditolak ke tepi secara berterusan, hal kanak-kanak dan bayi ini tentunya berisiko, malah undang-undang negara tidak akan dipedulikan. Pihak yang mendalanginya pula mungkin saja akan bertindak lebih drastik untuk mengaut keuntungan,” luahnya.

-----

Sambung mengemis lepas puasa

“… masalahnya adalah berbeza. Cara pentadbiran yang lemah, menyebabkan rakyat menghadapi kesulitan apabila sesuatu subsidi ditarik balik,” kata seorang pengalisis yang enggan mendedahkan namanya.

35 ulasan:

  1. Check to make sure that these kids are not stateless kids or illegal immigrant kids that are unregistered.

    BalasPadam
  2. Hope that the police will investigate this, could it be possible that these kids are exploited for money?

    BalasPadam
  3. mgkin mereka adalah kanak2 PATI, apapun, kita tak boleh biarkan hal ini berlanjutan, ia akan memburukkan nama Sabah.

    BalasPadam
  4. setuju dengan kili..mereka ini mungkin anak-anak pati..

    BalasPadam
  5. harap masalah ini akan dapat diatasi agar ianya tidak berterusan..

    BalasPadam
  6. masalah ini harus di ambil perhatian agar tidak berterusan.. mungkin jg kanak2 Pati... atau ungkin jg tempatan..apa2 pun harus di ambik perhatian

    BalasPadam
  7. di negara maju pun ada pengemis.. kehadiran pengemis ini tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melabelkan negeri ini sebagai negeri termiskin. ada kes dimana pengemis ini digunakan oleh sindiket dan ada juga yang bergerak sendiri sebagai jalan mudah untuk mendapatkan wang. malah ada pengemis ini yang hidupnya lebih mewah dari orang yang menderma..

    BalasPadam
  8. jika semua PATI berjaya dihantar ke negara asal, saya yakin akan ada penurunan mendadak terhadap statistik jumlah kemiskinan di negeri ini..

    BalasPadam
  9. setuju dengan pendapat villager. memang ada pengemis yang bergerak sendiri dan hidupnya lebih mewah daripada orang yang menderma. pernah ada cerita dari seorang kawan. dia telah memberi sedekah kepada seorang pengemis jalanan sebab perasaan belas kasihan. namun, pada suatu ketika bila dia pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang ternampak pula orang yang meminta sedekah tadi dengan wang yang tebal dibawanya untuk disimpan di bank. punyalah dia marah sebab tertipu dengan pengemis/peminta sedekah tu.

    BalasPadam
  10. pihak berkuasa perlu bertindak dengan lebih berkesan menangani masalah pengemis2 kanak2 yang semakin ramai dan mengesan dalang2 di sebalik kegiatan ini.

    BalasPadam
  11. Perlu mengenal pasti status kanak2 tersebut. Kan ada ramai PATI di Sabah. Kemungkinan ada sindikit.

    BalasPadam
  12. Ni pilak la ba yang bikin kasi nampak miskin ni Sabah.

    BalasPadam
  13. sya dengar2 diorang ni ada sindiket yg control...lepas tu ada satu kawan cerita, mereka ni datang dari Nunukan...stay di Tawau dalam satu bulan, minta sedekah...lepas kumpul2 duit, pulang semula ke negara asal mereka...tapi cerita2 kedai kopi la tak tahu betul ka tidak :)

    BalasPadam
  14. Pengemis ini kita sendiri tidak tahu dari mana asal usul mereka. Tapi jika dilihat mereka ini bukannya orang tempatan tapi PATI yang datang ke NEgeri Sabah ini. Jadi ini menandakan bahawa bukan Sabah miskin tapi PATI yang miskin.

    BalasPadam
  15. Ini menunjukkan sabah miskin? Salah bukan sabah yang miskin tapi pendatang yang miskin. Cuba siasat betul-betul siapa pegemis itu sebelum membuat andaian dan memberikan pedapat. Saya pernah bertanya kepada kanak-kanak pegemis itu, tapi dia langsung tidak pandai bercakap melayu. bayangkan?!!

    BalasPadam
  16. diharap kementerian berkenaan akan segera mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

    BalasPadam
  17. pertambahan pengemis tidak seharusnya dijadikan sebagai bukti sabah sebagai negeri termiskin..pengemis kanak2 dalam gambar itu, sekali tengok saja sudah tahu dia bukanlah kanak2 tempatan...ada isu lain yang harus diberi perhatian dan bukannya isu negeri termiskin atau tidak..

    BalasPadam
  18. perleseran pengemis semakin menjadi-jadi...masalah ini harus segera diatasi kerana mencemar imej negeri sabah di mata pelancong.

    BalasPadam
  19. kesiannya kanak2 tu, harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

    BalasPadam
  20. Bagi pelancong nampak tak baguslahh...memalukan negara saja. janganlah membiarkan mereka terus begini, tak guna juga.

    BalasPadam
  21. Tak semestinya bukti yg sabah adalah negeri yg termiskin, banyak lagi masalah lain yang menjadikan kita miskin.

    BalasPadam
  22. Kerajaan harus menyelesaikan perkara ini sebelum menjadi lagi serius.

    BalasPadam
  23. JANGANLAH MELAHIRKAN ANAK JIKA TIDAK MAHU MENJADIKANNYA SALAH SATU TANGGUNGJAWAB ANDA. SEKARANG KESIAN MEREKA.

    BalasPadam
  24. Masalah ini telah menjadi masalah yang terteruk di negeri kita.

    BalasPadam
  25. “Saya sudah melaporkan hal ini kepada beberapa pihak berkuasa secara lisan, namun nampaknya semakin ramai kanak-kanak yang terlibat di dalam aktiviti ini di Sabindo,”

    Laporan telah dibuat, harap pihak berkuasa mengambil tindakan yang cepat untuk selesai masalah.

    BalasPadam
  26. Perlu menyiasat punca-punca mengemis tersebut dan tindakan perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

    BalasPadam
  27. Siapa yang perlu bertanggung terhadap masalah begini? Ibu bapa? Kerajaan? Pihak berkuasa? Harap masalah dapat diselesaikan jika diketahui sebab dan puncanya.

    BalasPadam
  28. Ada juga sebilangan yang digelar "pengemis" tetapi lebih banyak pendapatan berbanding dengan orang yang membuat derma.

    BalasPadam
  29. Masalah jika dipinggirkan akan menjejas imej baik negara terutama negeri Sabah makin ramai pelancong dari luar negara.

    BalasPadam
  30. Berdasarkan sekeping gambar, sekerat berita, susah nak menentukan negeri Sabah bertambah miskin. Seharus mengkaji lebih mendalam sebab dan punca aktiviti mengemis tersebut.

    BalasPadam
  31. Banyak pihak harus bertanggung jawab terutama ibu bapa, masyarakat dan kerajaan.

    BalasPadam
  32. Betul kata Pavillion, memang pernah dengar berita ada sebilangan antara mereka ni lebih kaya dari penderma dan golongan tersebut dicontrol oleh sekumpulan orang.

    BalasPadam
  33. Harap pihak berkuasa mengambil tindakan yang cepat untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah tersebut.

    BalasPadam
  34. It's not easy to resolve such issues as it's involve many reasons behind these but need to try to bring down the number of begger activity.

    BalasPadam