Kes jenayah komersial di Sabah menurun
KOTA KINABALU 7 Sept. - Kadar jenayah komersial di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 28 kes bagi tempoh lapan bulan tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri, Supritendan Jauteh Dikun(gambar) berkata, jumlah kes yang dicatat sehingga Ogos lalu adalah sebanyak 868 kes, berbanding 896 kes pada 2010.
"Ia meningkat 77.8 peratus iaitu peningkatan sebanyak RM34.27 juta berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
"Bagi tempoh lapan bulan tahun lalu, nilai kes jenayah komersial sebanyak RM44.07 juta dan bagi tempoh sama tahun ini sebanyak RM78.34 juta,"
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, bagi tempoh tahun ini, jenayah komersial melibatkan Internet, kasanova atau bungkusan adalah sebanyak 45 kes dan melibatkan kerugian RM1.89 juta.
Menurutnya, kes terbaru di Sabah adalah kes penipuan menggunakan sindiket khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membabitkan sebuah pasar raya terkenal di sini.
Katanya, pihak sindiket menggunakan nama syarikat pasar raya tersebut dengan menyatakan kad telefon bimbit mereka memenangi hadiah dan untuk menuntutnya perlu menambah nilai kepada pihak sindiket.
Jauteh berkata, ada antara mangsa yang terpedaya sanggup menambah nilai kepada pihak sindiket sehingga RM500 dan RM1,000.
Rakyat sendiri perlulah pandai membawa diri. Yang penting jangan tamak.
BalasPadamMereka ini memainkan ketamakan manusia sebagai perangkap.
BalasPadamberhati hati dan jgn mudah terpedaya dgn sindiket penipuan.
BalasPadamjangan mudah terpedaya dengan sindiket penipuan..usaha untuk membanteras jenayah juga perlu sentiasa ditingkatkan..
BalasPadamteknologi semakin maju, kegiatan penipuan pun semakin maju. harap rakyat sentiasa berwaspada dengan taktik2 penjenayah komersial ni.
BalasPadampenurunan ini masih belum mencapai suatu tahap yang membanggakan. mungkin juga akan berlaku kenaikan semula.
BalasPadamnampaknya pihak berkuasa atau yg berkaitan mesti buat lebih banyak kempen kesedaran untuk makluman orang ramai berkenaan dengan kes2 ini..supaya orang ramai sedar akan wujudnya kes2 sebegini bah...
BalasPadamBaguslah kalau ada penurunan. harap2 tahun2 akan datang akan lebih menurun.
BalasPadamJangan mudah terpedaya dengan SMS yang mengatakan anda telah memenangi apa2 peraduan. sekiranya dapat, ignore saja.
BalasPadamkerajaan perlu perbanyakkan lagi kempen kesedaran samada melalui akhbar mahupun media massa yang lain.. untuk menangani jenayah ini secara berkesan, bukan melalui penguatkuasaan undang2 mahupun penangkapan, tetapi melalui kesedaran dikalangan orang awam..
BalasPadamJadi janganlah mudah terpadaya dengan kemewahan yang ditawarkan oleh mereka ini.
BalasPadam