Siasatan Isu Projek IC Di Sabah Wajar Diteruskan - Masidi
KOTA KINABALU, 30 Sept (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata siasatan berhubung isu 'Projek IC' di Sabah wajar diteruskan bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan Persekutuan benar-benar prihatin terhadap setiap aduan dikemukakan.
Beliau berkata walaupun Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong semalam menafikan dakwaan tentang wujudnya apa yang dipanggil Projek IC di negeri ini, pertambahan penduduk Sabah terutama antara tahun 1990 dan 2000 mewajarkan siasatan berterusan yang lebih menyeluruh.
"Apapun jawapannya (Timbalan Menteri Dalam Negeri), pelbagai pihak mahu kementerian terus menyiasatnya. Bagi kami di Sabah, sukar bagi kami menerima bahawa pertambahan penduduk yang begitu ketara dalam masa yang singkat.
"Inilah asas utama bagi Kementerian Dalam Negeri untuk membuat siasatan dan tidak ada apa yang kementerian perlu khuatir atau takut untuk membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri penyampaian tajaan Celcom untuk perlumbaan Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu di sini Jumaat.
Semalam, Lee dipetik sebagai berkata di sini bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa bukti tentang kewujudan apa yang dikatakan Projek IC di negeri ini.
Masidi berkata siasatan perlu dilakukan sebelum menentukan kaedah yang sesuai untuk menanganinya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
siasatan memang patut diteruskan..tiada sebab mengapa KDN tidak perlu memberi perhatian serius ke atas isu ini..
BalasPadamadalah tugas KDN untuk mencari bukti dan menyiasat isu ini..dan bukannya meminta bukti dari pihak lain seolah-olah KDN tidak tahu apa fungsi dan tanggungjawabnya..
BalasPadamtidak ada apa yang perlu KDN khuatir atau takutkan untuk membuat siasatan..sekiranya dakwaan sesetengah pihak itu adalah tidak benar..
BalasPadamIni kebenarannya, kita mesti kena mengmabil tindakan untuk menanganinya.
BalasPadamBetul, Ianya menjadi tanda tanya. Kenapa pertambahan itu berlaku tersangat2 banyak dalam jangka masa yang singkat?
BalasPadamKes ini harus dikaji dengan teliti. Jika tidak segala pertanyaan yang timbul tidak akan terjawab.
BalasPadamRCi harus ditubuhkan untuk menyiasat isu ini..pertumbuhan penduduk sabah yang luar biasa adalah perkara serius..
BalasPadam"Inilah asas utama bagi Kementerian Dalam Negeri untuk membuat siasatan dan tidak ada apa yang kementerian perlu khuatir atau takut untuk membuat siasatan," - betul, sokong!
BalasPadamMemang sukar diterima dalam masa yang singkat tapi bilangan penduduk bertambah. Dari mana datang semua orang tu.
BalasPadamSemalam, Lee dipetik sebagai berkata di sini bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa bukti tentang kewujudan apa yang dikatakan Projek IC di negeri ini.
BalasPadammungkin pihak Lee makan gaji buta tanpa membuat siasatan langsung ke atas aduan yang dikemukakan
tubuhkan sahaja Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan tengok keputusannya, kalau masih tidak dapat menangani masalah ini, carikan lagi cara lain sampai masalah ini selesai
BalasPadamKalau sudah ramai yang berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja kenapa harus memberi banyak alasan.
BalasPadamsudah semestinya rakyat Sabah mahu masalah PATI ini ditangani dengan jayanya oleh kerajaan Sabah
BalasPadamjelas sekali ada sesetengah pihak yang cuba menyembunyian sesuatu dari diketahui umum
BalasPadamAll we need a RCI. stop makes any excuses.
BalasPadampertambahan penduduk yang begitu mendadak mmg menimbulkan persoalan. oleh itu ia perlu disiasat.
BalasPadamRCI perlu ditubuhkan untuk selesaikan hal ini.
BalasPadamtiada siapa yang lebih bimbang dengan pertambahan ini selain rakyat Sabah sendiri. mereka yang tinggal di SM tidak akan merasai apa yang dirasai oleh rakyat Sabah. mungkin sebab itulah mereka dilihat tidak begitu ikhlas untuk selesaikan masalah ini.
BalasPadamkerajaan Persekutuan perlu berikan kuasa kepada Sabah sendiri agar dapat melakukan apa2 tindakan untuk menangani masalah PATI tanpa perlu merujuk pada mereka.
BalasPadamthis is how it works in m'sia, you get money, they get IC.
BalasPadamPATI lebih banyak drpd penduduk sah kita...
BalasPadamSemua kenalah ditangguh kita bagi orang haram itu...benci betulll...
BalasPadamKenalah cari penyelesaian masalah ini dengan lebih cepat dan sesuai.
BalasPadamPertubuhan RCI memang perlu ditubuhkan.
BalasPadamsaya sokong saranan datuk masidi...theres no harm trying to investigate this matter...
BalasPadampertambahan penduduk yang luar biasa memang menjadi tanda tanya..
BalasPadamharap siasatan akan diteruskan seperti yang diinginkan oleh banyak pihak.
BalasPadam"siasatan berhubung isu 'Projek IC' di Sabah wajar diteruskan bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan Persekutuan benar-benar prihatin terhadap setiap aduan dikemukakan."
BalasPadamRCI amat diperlukan untuk siasatan lanjut berhubung dengan projek IC di Sabah. Kerajaan seharus pihak pertama yang memberi sokongan terhadap masalah ini tetapi reaksi adalah amat dikecewakan.
KDN should be competent to answer about such huge PATI turnover scenario in Sabah?
BalasPadamKDN should support RCI but why reject it? We people of Sabah may have the impression that KDN also part of the projek IC. Please be co-operative so that PATI issues could resolve promptly.
BalasPadamJust wonder who is the major player in such project IC? RCI could play his role to find out the answer.
BalasPadamSekarang, cuma pertubuhan RCI yang berkeupayaan menjawab persoalan "tambahan penduduk yang berganda-ganda dalam masa yang singkat". Kami rakyat sokong sepenuhnya pertubuhan RCI segera.
BalasPadamya..perkara ini harus di siasat..untuk kepentingan rakyat jg...
BalasPadamThis is so true.
BalasPadam"siasatan berhubung isu 'Projek IC' di Sabah wajar diteruskan bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan Persekutuan benar-benar prihatin terhadap setiap aduan dikemukakan."
BalasPadamKerajaan seharaus membuat sesuatu untuk membuktikan bahawa kerajaan sayang dan mengambil berat rakyat di Sabah ini. Memorandum yang ditolak balik menunjukkan kerajaan tidak faham keadaan dan membiarkan masalah PATI menjadi semakin teruk dan di luar kawalan.
Kehadilan jumlah PATI yang mendadak ini sering mengancam ketenteraman dan ketenangan penduduk. Jika masalah tidak diambil tindakan cepat dan berkesan, maka, harta dan nyawa penduduk sering dirisikokan.
BalasPadamHairan juga pihak KDN tidak dapat menjawab pertambahan penduduk yang luar biasa ini. Seharus KDN lebih memahami punca dan sebab senario ini tetapi KDN masih tidak menjelaskan perkara yang sebenar. Tidak hairan masyarakat memprasangka terhadap KDN dan projek IC.
BalasPadamKalau nak tahu jawapan pertambahan penduduk luar biasa ini, cuma RCI yang boleh memberi jawapan. Melainkan, ada pihak yang tidak ingin tahu jawapannya.
BalasPadamAdakah kerajaan sedang merancang sesuatu yang lebih berkesan berbanding dengan RCI? Jika ya, kami menantikan berita baik, jika tidak, kenapa pula memorandum pertubuhan RCI tidak dikaji dan dilaksanakan?
BalasPadammungkin Datuk Lee Chee Leong adalah dalang utama kewujudan PATI dan projek IC di Sabah. sebab itu dia dengan confiden menafikan kewujudan masalah ini di Sabah.. kenapa Datuk Lee tidak siasat dulu sebelum buat penafian? atau sekurang2nya sertakan bukti yang menunjukkan tidak wujud Projek IC di Sabah..
BalasPadamIndeed.
BalasPadamMemang suatu yang amat sukar.
BalasPadamIt tells us that this thing gonna kill us inside.
BalasPadamMana ada orang mahu penduduk terlalu ramai tapi pembangunan yang kurang. Semakin ramai penduduk maka semakin sukar dan tinggilah taraf hidup.
BalasPadamKalau benar tidak ada projek IC palsu kenapa KDN mahu takut. Teruskan saja cadangan wakil Sabah yang mahukan SSD ditubuhkan.
BalasPadamBukan lagi sukar untuk menerima malahan tidak boleh menerima sama sekali pertambahan yang mendadak dalam masa yang singkat ini. Sungguh mustahil berlaku kepada Sabah.
BalasPadamKalau anda di tempat kami, sudah tentu akan jadi begitu.
BalasPadam