KOTA KINABALU October 1, 2011: Pergerakan Komulakan Upko membidas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Lee Chee Leong yang menyatakan tidak ada bukti kewujudan Projek IC di Sabah.
Ketua Exco, Ewon Benedick (kiri) berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum memberikan jawapan yang konkrit dan munasabah mengenai pertambahan luar biasa jumlah penduduk Sabah dari tahun 1970 hingga 2000.
“Kadar pertambahan penduduk ini hampir 500 peratus. Siapakah mereka yang dikategorikan sebagai ‘lain-lain Bumiputera’ sebanyak 889,779 dalam banci penduduk Sabah tahun 2000?
“Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membatalkan keputusan pilihanraya DUN Likas pada tahun 1999 merupakan bukti jelas kewujudan projek IC.
“Kenapa KDN tidak mencabar keputusan mahkamah kalau betul projek IC ini tidak wujud? Menteri Dalam Negeri telah mencabar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, untuk menyerahkan bukti-bukti kewujudan Projek IC ini dan apabila beliau menyerahkan memorandum mengenainya, KDN gagal memberikan sebarang jawapan sehingga hari ini,” katanya.
Ewon yang juga ahli Majlis Tertinggi Upko berkata dalam pertemuan Biro Kewarganegaraan Upko dengan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini, pengarah JPN memberitahu bahawa banyak permohonan kad pengenalan yang lepas dibuat terus di Ibu Pejabat JPN di Kuala Lumpur.
Katanya, jawapan yang diberikan itu seolah-olah membuktikan kewujudan Projek IC yang didalangi oleh sesetengah pihak yang berpengkalan di Kuala Lumpur.
Ewon turut mempersoalkan mengapa JPN gagal memberikan kerjasama kepada jawatankuasa khas parlimen mengenai integriti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Bernard Dompok sebelum ini untuk menjawab isu-isu integriti jabatan itu.
Beliau juga mencadangkan cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
“Sudah banyak jawatankuasa ditubuhkan seperti jawatankuasa antara Parti Barisan Nasional di Sabah, Pasukan Tindakan Khas Persekutuan dan Makmal Khas mengenai pendatang tanpa izin (PTI) tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah ini.
“Kalau benar Projek IC ini tidak wujud, kenapa pula KDN berdolak-dalih setiap jali ditanya mengenai perkara ini, tubuh RCI barulah kita mengetahui perkara sebenar,” tambahnya.
Walaupun RCI ini penting, tapi janganlah hanya mahu bergantung pada RCI, masih ada cara lain untuk menyelesaikan masalah PATI.
BalasPadamKeadaan masih boleh diselamatkan lagi. Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk barulah bersusah payah untuk memperbetulkan keadaan itu.
BalasPadamPerlu mencari puncanya mengapa pertambahan penduduk Sabah mendadak dalam masa yang singkat. Mungkin ada yang salah guna kuasa.
BalasPadamtubuhkan saja RCI..tidak perlu takut jika KDn tidak menyembunyikan apa2..
BalasPadamperilaku KDN yang berdolak-dalik setiap kali isu ini dibangkitkan menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat sabah akan ketelusan KDN dalam tanggungjawabnya..banyak sangat alasan tidak munasabah diberikan oleh menteri KDN seolah-olah cuba menutup isu ini daripada umum..apabila bukti yang diminta telah diserahkan kepada KDN oleh datuk wilfred, sehingga kini KDN masih terus menolak adanya projek ic di sabah..KDN harus lebih terbuka dengan isu ini..kemungkinan rakyat sabah tulin juga akan berdolak-dalik untuk menyokong BN pada PRu akan datang.
BalasPadamRCI dilihat sebagai satu cara yang berkesan untuk menyiasat isu ini..mengapa pula KDN takut untuk menubuhkan RCI sepertimana yang dipinta oleh UPKO dan rakyat sabah? apakah isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak penting?
BalasPadammemorandum sudah diserahkan berserta dengan bukti-bukti konkrit dan kukuh...jadi adalah wajar RCI ditubuhkan.
BalasPadamBerani kerana benar. Jika RCI adalah salah 1 cara menangani kes PATI ni, apa salahnya dibuat saja. Rakyat Sabah pun berpuas hati.
BalasPadam“Kenapa KDN tidak mencabar keputusan mahkamah kalau betul projek IC ini tidak wujud? Menteri Dalam Negeri telah mencabar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, untuk menyerahkan bukti-bukti kewujudan Projek IC ini dan apabila beliau menyerahkan memorandum mengenainya, KDN gagal memberikan sebarang jawapan sehingga hari ini,” katanya.
BalasPadamso, apa kata KDN sekarang? adakah akan terus berdiam diri atau memberi alasan yang tidak masuk akal?
bukankah beliau juga di pihak kerajaan? jadi tidak ada sebab mengapa kerajaan Sabah tidak mahu mempertimbangkan permintaan beliau ini
BalasPadamjelas sekali ada sesetengah pihak yang cuba menyembunyian sesuatu dari diketahui umum
BalasPadamsudah semestinya rakyat Sabah mahu masalah PATI ini ditangani dengan jayanya oleh kerajaan Sabah
BalasPadamtubuhkan sahaja Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan tengok keputusannya, kalau masih tidak dapat menangani masalah ini, carikan lagi cara lain sampai masalah ini selesai
BalasPadamJangan sudah kronik kes PATI ini baru mahu wujudkan RCI.
BalasPadamtak ada salahnya jika RCI ditubuhkan, ia satu jalan untuk selesaikan masalah PATI.
BalasPadamkita harus mencuba segala usaha untuk selesaikan masalah ini.
BalasPadammereka ini umpama menutup bangkai gajah dengan nyiru.
BalasPadamrakyat jadi sangsi dengan tindakan kerajaan menolak RCI. apapun, pemimpin2 Sabah kena usahakan juga agar RCI ni segera ditubuhkan.
BalasPadamPATI sepatutnya tidak menjadi aset sesetengah pihak untuk mendapatkan kuasa. lihatlah sekarang betapa sukarnya untuk menyingkirkan mereka dari negara ini. diharap kesilapan lampau tidak berulang.
BalasPadamHarap dapat jawapan yang kita mahu tak lama lagi.
BalasPadamPATI bah yang buat kacau..
BalasPadamItulah, kita kenalh membuat siasatan yang tepat, janganlah membiarkan masalah ini meneruskan tanpa jawapan.
BalasPadamKalau benar projek IC ini tidak wujud, salah kerajaanlah...
BalasPadamWe are filled with rubbish.
BalasPadamada banyak sebab kenapa pertambahan penduduk di Sabah ini sangat2 luar biasa....peperangan di Kepulauan Sulu & pergaduhan konflik di Indonesia menyebabkan rakyat dari negara2 tersebut memilih untuk datang ke Sabah...
BalasPadamjika RCI dapat membantu menyelesaikan masalah ini, maka ianya wajar dilaksanakan.
BalasPadamharap masalah pati yang sudah lama berlaku ini akan dapat diselesaikan.
BalasPadamBerkali-kali KDN menolak cadangan pertubuhan RCI memberi rangsangan bahawa kerajaan seakan menyembunyikan sesuatu dari rakyat.
BalasPadam"Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum memberikan jawapan yang konkrit dan munasabah mengenai pertambahan luar biasa jumlah penduduk Sabah dari tahun 1970 hingga 2000."
BalasPadamKDN should be able to explain about such figures. People start misjudge about KDN vs project IC.
Memandangkan keadaan yang semakin di luar kawalan, RCI semakin menjadi satu keperluan untuk mencari punca dan pertambahan PATI yang mendadak.
BalasPadam“Kenapa KDN tidak mencabar keputusan mahkamah kalau betul projek IC ini tidak wujud? Menteri Dalam Negeri telah mencabar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, untuk menyerahkan bukti-bukti kewujudan Projek IC ini dan apabila beliau menyerahkan memorandum mengenainya, KDN gagal memberikan sebarang jawapan sehingga hari ini,”
BalasPadamIt's really truth where "Project IC" happened and KDN not being able to explain. Anyway, no surpise, politics is such a way. Any tactics could apply to ensure them to stay in power. Sigh!
Rakyat seharus diutamakan. Pendatang PATI ini memang mencabar ketenteraman dan ketenangan negeri Sabah. Kenapa ada juga golongan yang sanggup mengorbankan rakyat semata-mata untuk kemenangan yang diidamkannya? Sikap mementingkan diri sendiri amat teruk dan seakan dicicir keluar dari dunia politik.
BalasPadamperkara ini harus di siasat untuk kepentingan semua... jangan biarkan perkara ini berlarutan..
BalasPadambuktikan projek uc tidak wujud...
Federal ministers will never know what's going on in Sabah.
BalasPadamCuma RCI boleh buktikan projek ic tidak wujud.
BalasPadamKDN seharus tiada masalah untuk menjawab soalan pertambahan penduduk yang luar biasa ini. Adakah mana-mana pihak yang tidak bertanggung jawab atau memain dengan peranannya?
BalasPadamAdakah jumlah PATI di Sabah merupakan "tools" untuk memperkukuhkan kuasa di PRU akan datang? Memandangkan jumlah PATI terutama di Kinabatangan, memang terbuktinya kewujudan projek ic. Ini berkemungkinan kerajaan menolak memorandum menubuhkan RCI.
BalasPadamIts proven that someone make use of all these PATI to maintain their power in state. On the other hand, they put the people in high risk especially such tones of PATI could create all sort of problems.
BalasPadamI see no reason why our government refuse to setup the RCI that effectively address PATI issue and be able to find the causes of such increasing number of the population.
BalasPadamsyabas.. tunjukkan bahawa pemimpin2 tempatan tidak tunduk dengan menteri2 di persekutuan.. saya cadangkan Dato’ Lee Chee Leong melepaskan jawatan beliau dan bersara dalam bidang politik kerana sebagai menteri persekutuan, amat luar biasa jika beliau tidak tahu tentang situasi sebenar di Sabah..
BalasPadamRasanya tidak ada salahnya jika RCI ditubuhkan kalau benar KDN menafikan tidak ada projek IC berlaku.
BalasPadamKenapa la diorang ni?
BalasPadamMari kita lihat sampai mana perlaksanaan kerajaan Persekutuan untuk menangani maslah PATI di Sabah ini. Tidakkan kerajaan persekutuan akan membiarkan begitu saja kes ini.
BalasPadamNampak ini seperti mencabar KDN untuk melaksanakan SSD di Sabah mengenai projek IC palsu ini. Jadi apa tindakkan KDN untuk memastikan bahawa kenyataan beliau itu adalah benar.
BalasPadamI just don't understand.
BalasPadamKalau nak tubuh, tunggu siapa lagi?
BalasPadam