Jumaat, September 30, 2011

“BAGI KAMI DI SABAH, SUKAR BAGI KAMI MENERIMA BAHAWA PERTAMBAHAN PENDUDUK YANG BEGITU KETARA DALAM MASA YANG SINGKAT.” - MASIDI

Siasatan Isu Projek IC Di Sabah Wajar Diteruskan - Masidi

KOTA KINABALU, 30 Sept (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata siasatan berhubung isu 'Projek IC' di Sabah wajar diteruskan bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan Persekutuan benar-benar prihatin terhadap setiap aduan dikemukakan.

Beliau berkata walaupun Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong semalam menafikan dakwaan tentang wujudnya apa yang dipanggil Projek IC di negeri ini, pertambahan penduduk Sabah terutama antara tahun 1990 dan 2000 mewajarkan siasatan berterusan yang lebih menyeluruh.

"Apapun jawapannya (Timbalan Menteri Dalam Negeri), pelbagai pihak mahu kementerian terus menyiasatnya. Bagi kami di Sabah, sukar bagi kami menerima bahawa pertambahan penduduk yang begitu ketara dalam masa yang singkat.

"Inilah asas utama bagi Kementerian Dalam Negeri untuk membuat siasatan dan tidak ada apa yang kementerian perlu khuatir atau takut untuk membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri penyampaian tajaan Celcom untuk perlumbaan Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu di sini Jumaat.

Semalam, Lee dipetik sebagai berkata di sini bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa bukti tentang kewujudan apa yang dikatakan Projek IC di negeri ini.

Masidi berkata siasatan perlu dilakukan sebelum menentukan kaedah yang sesuai untuk menanganinya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

47 ulasan:

  1. siasatan memang patut diteruskan..tiada sebab mengapa KDN tidak perlu memberi perhatian serius ke atas isu ini..

    BalasPadam
  2. adalah tugas KDN untuk mencari bukti dan menyiasat isu ini..dan bukannya meminta bukti dari pihak lain seolah-olah KDN tidak tahu apa fungsi dan tanggungjawabnya..

    BalasPadam
  3. tidak ada apa yang perlu KDN khuatir atau takutkan untuk membuat siasatan..sekiranya dakwaan sesetengah pihak itu adalah tidak benar..

    BalasPadam
  4. Ini kebenarannya, kita mesti kena mengmabil tindakan untuk menanganinya.

    BalasPadam
  5. Betul, Ianya menjadi tanda tanya. Kenapa pertambahan itu berlaku tersangat2 banyak dalam jangka masa yang singkat?

    BalasPadam
  6. Kes ini harus dikaji dengan teliti. Jika tidak segala pertanyaan yang timbul tidak akan terjawab.

    BalasPadam
  7. RCi harus ditubuhkan untuk menyiasat isu ini..pertumbuhan penduduk sabah yang luar biasa adalah perkara serius..

    BalasPadam
  8. "Inilah asas utama bagi Kementerian Dalam Negeri untuk membuat siasatan dan tidak ada apa yang kementerian perlu khuatir atau takut untuk membuat siasatan," - betul, sokong!

    BalasPadam
  9. Memang sukar diterima dalam masa yang singkat tapi bilangan penduduk bertambah. Dari mana datang semua orang tu.

    BalasPadam
  10. Semalam, Lee dipetik sebagai berkata di sini bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa bukti tentang kewujudan apa yang dikatakan Projek IC di negeri ini.

    mungkin pihak Lee makan gaji buta tanpa membuat siasatan langsung ke atas aduan yang dikemukakan

    BalasPadam
  11. tubuhkan sahaja Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan tengok keputusannya, kalau masih tidak dapat menangani masalah ini, carikan lagi cara lain sampai masalah ini selesai

    BalasPadam
  12. Kalau sudah ramai yang berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja kenapa harus memberi banyak alasan.

    BalasPadam
  13. sudah semestinya rakyat Sabah mahu masalah PATI ini ditangani dengan jayanya oleh kerajaan Sabah

    BalasPadam
  14. jelas sekali ada sesetengah pihak yang cuba menyembunyian sesuatu dari diketahui umum

    BalasPadam
  15. All we need a RCI. stop makes any excuses.

    BalasPadam
  16. pertambahan penduduk yang begitu mendadak mmg menimbulkan persoalan. oleh itu ia perlu disiasat.

    BalasPadam
  17. RCI perlu ditubuhkan untuk selesaikan hal ini.

    BalasPadam
  18. tiada siapa yang lebih bimbang dengan pertambahan ini selain rakyat Sabah sendiri. mereka yang tinggal di SM tidak akan merasai apa yang dirasai oleh rakyat Sabah. mungkin sebab itulah mereka dilihat tidak begitu ikhlas untuk selesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  19. kerajaan Persekutuan perlu berikan kuasa kepada Sabah sendiri agar dapat melakukan apa2 tindakan untuk menangani masalah PATI tanpa perlu merujuk pada mereka.

    BalasPadam
  20. this is how it works in m'sia, you get money, they get IC.

    BalasPadam
  21. PATI lebih banyak drpd penduduk sah kita...

    BalasPadam
  22. Semua kenalah ditangguh kita bagi orang haram itu...benci betulll...

    BalasPadam
  23. Kenalah cari penyelesaian masalah ini dengan lebih cepat dan sesuai.

    BalasPadam
  24. Pertubuhan RCI memang perlu ditubuhkan.

    BalasPadam
  25. saya sokong saranan datuk masidi...theres no harm trying to investigate this matter...

    BalasPadam
  26. pertambahan penduduk yang luar biasa memang menjadi tanda tanya..

    BalasPadam
  27. harap siasatan akan diteruskan seperti yang diinginkan oleh banyak pihak.

    BalasPadam
  28. "siasatan berhubung isu 'Projek IC' di Sabah wajar diteruskan bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan Persekutuan benar-benar prihatin terhadap setiap aduan dikemukakan."

    RCI amat diperlukan untuk siasatan lanjut berhubung dengan projek IC di Sabah. Kerajaan seharus pihak pertama yang memberi sokongan terhadap masalah ini tetapi reaksi adalah amat dikecewakan.

    BalasPadam
  29. KDN should be competent to answer about such huge PATI turnover scenario in Sabah?

    BalasPadam
  30. KDN should support RCI but why reject it? We people of Sabah may have the impression that KDN also part of the projek IC. Please be co-operative so that PATI issues could resolve promptly.

    BalasPadam
  31. Just wonder who is the major player in such project IC? RCI could play his role to find out the answer.

    BalasPadam
  32. Sekarang, cuma pertubuhan RCI yang berkeupayaan menjawab persoalan "tambahan penduduk yang berganda-ganda dalam masa yang singkat". Kami rakyat sokong sepenuhnya pertubuhan RCI segera.

    BalasPadam
  33. ya..perkara ini harus di siasat..untuk kepentingan rakyat jg...

    BalasPadam
  34. "siasatan berhubung isu 'Projek IC' di Sabah wajar diteruskan bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan Persekutuan benar-benar prihatin terhadap setiap aduan dikemukakan."

    Kerajaan seharaus membuat sesuatu untuk membuktikan bahawa kerajaan sayang dan mengambil berat rakyat di Sabah ini. Memorandum yang ditolak balik menunjukkan kerajaan tidak faham keadaan dan membiarkan masalah PATI menjadi semakin teruk dan di luar kawalan.

    BalasPadam
  35. Kehadilan jumlah PATI yang mendadak ini sering mengancam ketenteraman dan ketenangan penduduk. Jika masalah tidak diambil tindakan cepat dan berkesan, maka, harta dan nyawa penduduk sering dirisikokan.

    BalasPadam
  36. Hairan juga pihak KDN tidak dapat menjawab pertambahan penduduk yang luar biasa ini. Seharus KDN lebih memahami punca dan sebab senario ini tetapi KDN masih tidak menjelaskan perkara yang sebenar. Tidak hairan masyarakat memprasangka terhadap KDN dan projek IC.

    BalasPadam
  37. Kalau nak tahu jawapan pertambahan penduduk luar biasa ini, cuma RCI yang boleh memberi jawapan. Melainkan, ada pihak yang tidak ingin tahu jawapannya.

    BalasPadam
  38. Adakah kerajaan sedang merancang sesuatu yang lebih berkesan berbanding dengan RCI? Jika ya, kami menantikan berita baik, jika tidak, kenapa pula memorandum pertubuhan RCI tidak dikaji dan dilaksanakan?

    BalasPadam
  39. mungkin Datuk Lee Chee Leong adalah dalang utama kewujudan PATI dan projek IC di Sabah. sebab itu dia dengan confiden menafikan kewujudan masalah ini di Sabah.. kenapa Datuk Lee tidak siasat dulu sebelum buat penafian? atau sekurang2nya sertakan bukti yang menunjukkan tidak wujud Projek IC di Sabah..

    BalasPadam
  40. Memang suatu yang amat sukar.

    BalasPadam
  41. It tells us that this thing gonna kill us inside.

    BalasPadam
  42. Mana ada orang mahu penduduk terlalu ramai tapi pembangunan yang kurang. Semakin ramai penduduk maka semakin sukar dan tinggilah taraf hidup.

    BalasPadam
  43. Kalau benar tidak ada projek IC palsu kenapa KDN mahu takut. Teruskan saja cadangan wakil Sabah yang mahukan SSD ditubuhkan.

    BalasPadam
  44. Bukan lagi sukar untuk menerima malahan tidak boleh menerima sama sekali pertambahan yang mendadak dalam masa yang singkat ini. Sungguh mustahil berlaku kepada Sabah.

    BalasPadam
  45. Kalau anda di tempat kami, sudah tentu akan jadi begitu.

    BalasPadam