Khamis, Julai 14, 2011

"Saya boleh buka akaun FB sokong PM" - Adnan

"Saya boleh buka akaun FB sokong PM" - Adnan

RAUB 14 Julai - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.

"Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan...," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Bersama Penduduk Daerah Raub, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul beratus ribu suara rakyat yang mendesak Perdana Menteri berundur di laman sosial berkenaan pada Sabtu lepas iaitu pada hari perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur.

12 ulasan:

  1. Cubalah membuka satu akaun FB untuk mengumpul penyokong. Selepas itu, kita bandingkan bilangan penyokong yang ada.

    BalasPadam
  2. hanya 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur. tapi ada berjuta lagi yang menyokong PM untuk terus memerintah

    BalasPadam
  3. yang penting jutaan rakyat menyokong kepimpinan PM.

    BalasPadam
  4. semua pihak haruslah sentiasa berusaha memenuhi keperluan rakyat dan pasti rakyat akan sentiasa menyokong..

    BalasPadam
  5. Buatlah dan lakukan perbandingan yang menyokong dan yang menentang kerajaan walaupun ia bukanlah keputusan rasmi.

    BalasPadam
  6. Yang mengundi 21 tahun ke atas dan telah berdaftar. Pengguna FB ni yang umur 7 tahun pun ada.

    BalasPadam
  7. tak usahlah bertanding2 untuk akaun FB ni. kita akan tahu juga majoriti yang sokong lepas PRU-13 nanti.

    BalasPadam
  8. harap PM menerima segala kritikan dari rakyat secara terbuka dan positif untuk memperbaiki lagi pemerintahan di negara ini.

    BalasPadam
  9. alam maya macam2 boleh buat.. kononya mereka dapat sokongan begitu begini tapi bila pilihanraya kalah juga. lagipun jumlah itu masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah rakyat malaysia..

    BalasPadam
  10. tak payahlah berperangai kebudak-budakan nak bertanding dlm FB konon..tunggu dan lihat je nanti dlm keputusan PRU ke-13 tu.

    BalasPadam
  11. kuasa rakyat dalam pilihanraya sahajalah yang boleh menentukan siapa pemenangnya!

    BalasPadam
  12. Harap FB bukan digunakan untuk kepentingan Politik. Inilah kerja PR.

    BalasPadam