"Saya boleh buka akaun FB sokong PM" - Adnan
RAUB 14 Julai - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.
"Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan...," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Bersama Penduduk Daerah Raub, di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul beratus ribu suara rakyat yang mendesak Perdana Menteri berundur di laman sosial berkenaan pada Sabtu lepas iaitu pada hari perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur.
Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur.
Cubalah membuka satu akaun FB untuk mengumpul penyokong. Selepas itu, kita bandingkan bilangan penyokong yang ada.
BalasPadamhanya 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur. tapi ada berjuta lagi yang menyokong PM untuk terus memerintah
BalasPadamyang penting jutaan rakyat menyokong kepimpinan PM.
BalasPadamsemua pihak haruslah sentiasa berusaha memenuhi keperluan rakyat dan pasti rakyat akan sentiasa menyokong..
BalasPadamBuatlah dan lakukan perbandingan yang menyokong dan yang menentang kerajaan walaupun ia bukanlah keputusan rasmi.
BalasPadamYang mengundi 21 tahun ke atas dan telah berdaftar. Pengguna FB ni yang umur 7 tahun pun ada.
BalasPadamtak usahlah bertanding2 untuk akaun FB ni. kita akan tahu juga majoriti yang sokong lepas PRU-13 nanti.
BalasPadamharap PM menerima segala kritikan dari rakyat secara terbuka dan positif untuk memperbaiki lagi pemerintahan di negara ini.
BalasPadamalam maya macam2 boleh buat.. kononya mereka dapat sokongan begitu begini tapi bila pilihanraya kalah juga. lagipun jumlah itu masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah rakyat malaysia..
BalasPadamtak payahlah berperangai kebudak-budakan nak bertanding dlm FB konon..tunggu dan lihat je nanti dlm keputusan PRU ke-13 tu.
BalasPadamkuasa rakyat dalam pilihanraya sahajalah yang boleh menentukan siapa pemenangnya!
BalasPadamHarap FB bukan digunakan untuk kepentingan Politik. Inilah kerja PR.
BalasPadam