Othman Nawang (kanan) memeriksa pelbagai barangan seperti susu tin, coklat dan ubat gigi tamat tempoh yang dikitar semula untuk dijual di Gombak, dekat Kuala Lumpur, kelmarin.
KUALA LUMPUR 11 Mei - Kegiatan sebuah premis yang mengaut keuntungan segera dengan membeli barangan runcit tamat tempoh sebelum menjualnya semula kepada orang ramai tumpas apabila diserbu pihak berkuasa di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak, dekat sini malam semalam.
Serbuan di rumah banglo tersebut dilakukan 10 anggota dan pegawai penguat kuasa dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor, pukul 10.15 malam.
Modus operandi digunakan adalah membeli secara pukal atau mengutip barangan runcit tamat tempoh dari tong dan tempat pelupusan sampah, kedai dan kilang-kilang sebelum membersih dan melabel semula tarikh luput.
Dalam serbuan hasil maklumat awam dan risikan, sebanyak 3,500 pelbagai jenis produk makanan bernilai kira-kira RM30,000 yang dipercayai untuk dijual di pasaran sekitar Gombak dirampas.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, ketika serbuan, terdapat dua pekerja wanita warga tempatan dan Indonesia, masing-masing berusia 50-an dan 34 tahun leka membersihkan botol susu.
"Bahan yang dibersihkan itu kemudian diletakkan di sesuatu tempat sebelum proses melupuskan cop tarikh luput dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian dekat sini malam semalam.
Tambahnya, barangan runcit pelbagai jenama termasuk terkenal yang telah dibersihkan akan dihantar kepada beberapa pengusaha restoran, kedai runcit dan gerai-gerai kecil.
"Barangan runcit itu dihantar ke tempat yang membuat tempahan sama ada menggunakan bungkusan baru atau tanpa sebarang pelekat," jelasnya.
Othman memberitahu, selain produk makanan seperti susu tin, susu segar, teh, serbuk koko, bahan kegunaan harian yang telah rosak turut dijual semula antaranya sabun, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi dan losen.
"Malah lebih mengejutkan apabila pembekal itu turut menjual aiskrim yang dihasilkan daripada bahan yang telah rosak kepada pelajar-pelajar melalui penjaja di luar sekolah," jelasnya.
Katanya, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti suspek terlibat menjalankan kegiatan itu mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.
kegiatan ini pun sudah cukup memperlihatkan peniaga yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira soal kesihatan pembeli.
BalasPadamkegiatan premis ini wajar dikenakan tindakan kerana melabel semula tarikh luput barangan runcit tamat tempoh dari tong dan tempat pelupusan sampah. ini kelihatan sangat menjijikkan. pasti semua dapat membayangkan jika makanan yang kita makan berasal dari tong sampah.
BalasPadaminilah sikap peniaga yang tamak sehingga sanggup melakukan perbuatan seteruk begitu semata-mata untuk mengaut keuntungan.
BalasPadamhukuman yang tegas wajar dikenakan terhadap mereka sebagai pengajaran.
BalasPadamMemang tidak beretika kerana sanggup menjual barangan yang mungkin sudah rosak kepada pengguna demi keuntungan. Ini mungkin akan membahayakan kesihatan pengguna.
BalasPadamPihak kilang patut memastikan barangan yang sudah tidak boleh dijual itu diurus dengan baik supaya tidak akan dikutip semula. Memberilah amaran kepada pengusaha restoran dan kedai supaya tidak membeli barangan yang tiada label daripada penjual seperti ini.
BalasPadamHarap pihak berkuasa akan terus memastikan perkara ini dapat ditangani sebaiknya.
BalasPadamAduii kenapalah telampau tamak sampai tak fikir pasal orang lain.huhu
BalasPadamHarap ini akan dipantau dan tindakan tegas harus diambil bagi menanggani hal ini.
BalasPadamjika ada apa2 yang buruk berlaku kepada pengguna, yang menerima kesannya adalah penggeluar produk tersebut. jadi penggeluar juga perlu memastikan label mereka tidak mudah ditiru dan dihapuskan..
BalasPadamapa2 pun yang penting semua pihak yang terlibat sudah ditangkap.. tahniah! pihak berkuasa juga perlu memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menjual barangan tamat tempoh kepada mana2 pihak dan melupuskan serta merta barangan tersebut bagai mengelakkan barangan itu dikutip semula oleh sindiket seperti ini.
BalasPadamTeruknya pemborong yang tidak beretika ini. Harap mereka akan mendapat hukuman yang setimpal.
BalasPadam