Polis Cari Perancang Utama Kes Tipu Libatkan Lebih RM1 Juta Di Sabah
KOTA KINABALU, 12 Mei (Bernama) -- Polis sedang mencari seorang lelaki yang disyaki perancang utama, yang menyamar sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan lebih RM1 juta bulan lepas.
Lelaki yang dikenali sebagai Rasul Ibnu itu merupakan antara tiga lelaki berusia antara 44 dan 58 tahun, yang disyaki memperdaya seorang pelabur Korea dan rakyat tempatan untuk menjadi rakan kongsi dalam dua projek kerajaan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dua rakan lelaki terbabit, seorang rakyat Filipina dan seorang lagi menggunakan gelaran 'Datuk' ditahan di sekitar bandar ini dalam tempoh 24 jam selepas polis menerima aduan daripada lelaki Korea itu 10 Mei lepas.
"Tiga lelaki ini kononnya mendakwa syarikat mereka memperoleh projek pembangunan kerajaan iaitu projek membina 1,036 unit rumah kos rendah bernilai RM250 juta di Kampung Mandahan, Papar.
"Mangsa kemudian menyerahkan wang sebanyak RM1 juta secara tunai dan melalui transaksi bank kepada suspek. Bagaimanapun pada akhir bulan lepas, mangsa menyedari ditipu setelah dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa segala dokumen yang ditandatanganinya adalah palsu," katanya pada sidang akhbar mengenai kes itu di sini hari Khamis.
Hamza berkata tiga lelaki itu membuat tawaran menarik iaitu mangsa akan memperoleh 95 peratus daripada nilai keseluruhan projek, selain memperkenalkan diri mereka sebagai seorang yang kononnya bergelar Datuk dan Pengerusi SPNB bagi menambah keyakinan mangsa untuk melabur.
Beliau berkata tiga lelaki terbabit juga dipercayai memperdaya seorang lelaki tempatan untuk membayar RM450,000 pada Mac lepas untuk menjadi rakan kongsi dalam projek pembinaan jalan raya bernilai RM141 juta di Lahad Datu.
Hamza berkata dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit dan kes itu supaya menguhubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
kes penipuan seperti ini tidak hairan berlaku kerana orang zaman sekarang terlalu pentingkan wang dan ingin menjadi kaya dalam cara yang mudah.
BalasPadamdinasihatkan supaya individu tidak mudah terpedaya dengan tawaran menarik yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
BalasPadamharap individu tersebut akan dapat diberkas oleh pihak polis dan hukuman yang berat akan dikenakan terhadapnya.
BalasPadamorang ramai janganlah mudah terpedaya dengan penipuan seperti ini. sentiasalah berhati-hati.
BalasPadammakin banyak kes penipuan pada masa kini, dan kita seharusnya lebih berwaspada bagi mengelakkan diri daripada ditipu.
BalasPadampenipu2 tersebut harus diberi hukuman yang paling berat.
BalasPadamHarap penipu ini berjaya diberkas supaya tidak lagi berpeluang menipu mangsa yang lain.
BalasPadamKaya ohh penipu itu. Harap polis akan dapat menangani masalah sebegini pada akan datang.
BalasPadamkes penipuan sering berlaku..seharusnya identiti seseorang itu diselidiki terlebih dahulu sebelum mempercayainya.
BalasPadampunca mangsa tertipu adalah sikap tamak..
BalasPadamingat, orang tamak selalu rugi..
diharap kes ini akan selesai dengan menangkap individu yang terlibat..
BalasPadamOrang tamak memang selalu rugi. Tapi yang saya hairan penipu pula banyak untung. hhmmm, dunia2 :(
BalasPadamApa hukuman paling berat utk kes tipu? Penjara seumur hidup ka? Kalau tak, mungkin hukuman sebegini ataupun hukuman yg lagi berat patut digubal utk kes tipu yg melibatkan amaun yg banyak.
BalasPadamMana tau penipu akan berfikir dua kali untuk buat kesalahan. hehee
BalasPadamHairan, macam makin banyak pula kes tipu yang berlaku di negara kita. Kalau bukan kes tipu kes bunuh. doii dogo bikin takut.
BalasPadamPihak berkuasa harus lebih berusaha menyelesaikan hal ini.
BalasPadampatut hukumannya lebih berat.. nilai denda juga patut tidak kurang dari jumlah wang yang mereka perolehi secara haram.
BalasPadammungkin selepas ini rakyat Malaysia perlu mengubah budaya dari murah hati kepada kedekut.. terlampau murah hati pun susah juga,, senang jadi mangsa tipu..
BalasPadamHarap penipu itu dapat ditangkap.
BalasPadamMasyarakat juga perlulah berhati-hati dengan skim cepat kaya seperti ini.
BalasPadam