Masidi Mahu Sistem Pengambilan Guru Di Sabah Dirombak
KOTA KINABALU, 21 Feb (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun meminta Kementerian Pelajaran merombak sistem pengambilan guru di negeri ini yang dilakukan secara berpusat di Kuala Lumpur bagi membolehkan lebih ramai guru tempatan diambil.
Masidi, yang juga menteri bertanggungjawab berkaitan pendidikan di Sabah berkata, ini kerana jabatan pelajaran tempatan lebih mengetahui keperluan dan jumlah sebenar guru di negeri berkenaan.
"Saya harap Kementerian Pelajaran boleh memproses pengambilan guru tempatan di Sabah. Ia mungkin mengambil masa kerana berbeza daripada kebiasaan amalan sebelum ini.
"Namun, saya percaya ini merupakan satu pilihan terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan guru di Sabah, terutama bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, Matematik dan Sains," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Proboscis Monkeys di Wisma Tun Fuad di sini Isnin.
Beliau diminta mengulas kenyataan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semalam yang meminta Kementerian Pelajaran menyambung kontrak 578 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri itu yang tamat tahun lepas.
Pairin turut meminta guru berkenaan diberi latihan bagi membolehkan mereka kekal dalam profesion perguruan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi Sabtu lepas, iaitu kementerian akan terus menghantar guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak bagi mengatasi masalah kekurangan guru di negeri berkenaan.
Masidi yang berkongsi pendapat dengan Pairin berkata, beliau dan Pengarah Pelajaran negeri Datuk Dr Muhiddin Yusin telah bertemu serta memberi taklimat kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Oktober lepas berhubung perkara itu.
Selain membincangkan beberapa opsyen bagi menangani masalah tersebut, ia termasuk memberi peluang kepada guru sandaran yang layak mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
"Kami juga memaklumkan Muhyiddin bahawa kami (di Sabah) kehilangan kira-kira 500 guru kanan dari Semenanjung Malaysia yang kembali ke sana sebaik menamatkan tempoh perkhidmatan selama tiga tahun di sini.
"Jadi, masanya telah tiba untuk kita mencari penyelesaian kekal berhubung perkara ini," katanya.
Masidi berkata kerajaan negeri dan rakyat Sabah mengambil maklum dan menghargai sumbangan guru dari Semenanjung kerana ada sebahagian daripada mereka yang sanggup berkorban dan memilih untuk terus berkhidmat di negeri itu selepas tiga tahun.
Beliau berkata Muhiddin juga akan diminta menjelaskan perkara ini kepada anggota kabinet negeri pada mesyuarat akan datang.
Guru tempatan patut diberikan keutamaan.
BalasPadamya. sebaiknya biarlah guru tempatab diutamakan kerana mereka lebih memahami keperluan dan persekitaran tempatan.
BalasPadamya...calon tempatan Sabah wajar diberikan keutamaan. ini dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan guru di Sabah.
BalasPadamguru tempatan lebih sesuai kerana ia lebih memahami budaya dan ini memudahkan proses pembelajaran.
BalasPadamkementerian pelajaran atau kerajaan pusat sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menerima saranan yang dikemukakan oleh pemimpin2 sabah. mereka lebih tahu apa yang menjadi keperluan di negeri ini dan apa penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah2 itu.
BalasPadamkenyataan Timbalan Menteri Pelajaran untuk terus menghantar guru dari Semenanjung ke Sabah bukan penyelesaian terbaik malah akan menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan pemimpin dan rakyat di negeri ini.
BalasPadamKekurangan guru di Sabah adalah disebabkan tidak ramai yang di terima masuk untuk mengikuti kursus KPLI dan DPLI. Setahu saya kemasukkan itu mempunyai kuota. Mungkin ini penyebab kenapa tidak ramai guru2 dari Sabah dan Sarawak untuk berkhidmat di negeri sendiri.
BalasPadamBagi saya kerajaan hanya akan menambah perbelanjaan jika menghantar guru2 semenanjung ke Sabah. Hal ini kerana mereka harus memikirkan tentang pelbagai elaun yang harus diberikan.
BalasPadamPerbincangan perlu bagi mendapat kata putus dalam hal ini. Peluang itu pasti ada jika mereka benar-benar berkelayakkan.
BalasPadamSebaiknya berilah peluang kepada penduduk negeri itu sendiri. Mereka lebih memahami keadaan dinegeri mereka.
BalasPadamSekiranya guru dari semenanjung datang mengajar di Sabah mereka tidak tetap. Kemungkinan akan meyukarkan keadaan pada akan datang. Ditarik semula balik dan sebagainya. Jika guru tempatan maka ini sungguh berguna untuk jangka masa yang panjang. Mudah untuk di tempatkan dan dipindah, berbeza dengan guru dari semenanjung.
BalasPadamtiada yang lebih memahami selain dari penduduk tempatan negeri sendiri.
BalasPadampengambilan guru rakyat tempatan untuk berkhidmat di sabah adalah pilihan terbaik bagi penyelesaian masalah ini.
BalasPadamramai anak tempatan sabah yang mempunyai kelayakan yang sepatutnya untuk menjadi seorang guru namun tidak berpeluang kerana terpaksa bersaing dengan mereka yang bukan dari sabah..peluang haruslah diberikan kepada mereka untuk berkhidmat di negeri sendiri di mana pasti mereka akan kekal..
BalasPadamdiharap pihak kementerian pelajaran akan mempertimbangkan saranan yang dicadangkan oleh pemimpin sabah.
BalasPadamKalau boleh, pribumi Sabah patut diberi keutamaan utk berkhidamta di tempat sendiri. Barulah best:)
BalasPadamBagi saya cadangan ini patut diberi pertimbangan sewajarnya dalam usaha mengatasi kekurangan guru di Sabah.
BalasPadamSemakin ramai sokong cadangan ini, maka makin tinggi keberangkalian utk cadangan ini dilaksanakan.
BalasPadamApapun terpulanglah pada pihak yang mempunya autoriti untuk membuat keputusan.
BalasPadamApapun kita tunggu dan lihat saja perkembangan hal ni nanti.
BalasPadamHarap kementerian pendidikan akan adil kepada guru tempatan.
BalasPadamBetul tu, saya setuju dengan Datuk Masidi. Sistem harus dibubarkan supaya lebih sistematik dan adil. Saya lihat Datuk Masidi banyak memberi idea bernas.
BalasPadamThumbs up for Masidi.
BalasPadamCadangan ini harus dititikberatkan.
BalasPadamI think he's right. We need to keep our teachers here.
BalasPadamAdalah penting jika jabatan pendidikan memantau hal ini secara terperinci.
BalasPadam