Lelaki Ditahan Cuba Seludup Masuk Lima Ekor Cicak Gecko
JOHOR BAHARU, 21 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk lima ekor cicak Gecko selepas menahan seorang lelaki rakyat Indonesia di Jeti Stulang Laut, di sini, Ahad.
Penolong Pengarahnya Siti Nur Ahmad berkata lelaki berusia 40 tahun yang tiba dengan feri dari Batam, Indonesia, itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang oleh pegawai MAQIS bersama anggota Kastam Diraja Malaysia yang menjalankan pemeriksaan di jeti berkenaan.
"Pemeriksaan mendapati setiap Gecko yang masih hidup itu diletakkan di dalam botol plastik dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Gecko itu disedari dibawa masuk ketika diperiksa di mesin pengimbas," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.
Siti Nur berkata siasatan mendapati lelaki itu masuk secara sah ke negara ini dan dia dilepaskan selepas direkodkan keterangan.
Beliau berkata Gecko itu dianggarkan seberat 300 gram setiap seekor dan dipercayai mampu mencecah harga RM35,000 seekor di pasaran tempatan.
"Gecko atau dikenali sebagai Tokek oleh masyarakat tempatan dipercayai diseludup masuk ke negara ini selepas mendapat permintaan tinggi bagi tujuan perubatan," katanya.
Kes itu, katanya disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Cicak macam ini berharga RM35,000?
BalasPadamharga cicak tokek kini mmg agak mahal kerana ia dikabarkan boleh mengubati penyakit AIDS. namun belum ada kajian saintifik yang membuktikannya. inilah yang menyumbang kepada orang ramai untuk memburu cicak ini.
BalasPadamIt's not scientific proven yet that the tokek lizard could actually heal AIDS.
BalasPadamEven if the man is able to smuggle the lizard,he still need to figure out who should he call to sell the lizard.
BalasPadammungkin disebabkan harga yang mahal, lelaki tersebut sanggup menyeludup cicak gecko berkenaan.
BalasPadamharga tokek mmg mahal dan ia sering dijual dalam pasaran gelap.
BalasPadamsemakin pupus la spesis tokek di dunia ni. apa2pun yang salah tetap salah.
BalasPadamMungkin bukan rezeki orang itu unuk menyeudup tokek ke negara kita.
BalasPadampasal harganya tinggi, maka cicak ini mendapat sambutan baik dalam atau luar negara..
BalasPadampenyeludupan tetap salah...pemantauan berterusan harus dilakukan..
BalasPadamTu la akibatnya jika terlalu obses dengan CICAK TOKEK! hehe
BalasPadamApapun alasannya, kegiatan penyuludupan patut dibanteras dan pelakunya harus dikenakan tindakan.
BalasPadamKalau mahu berubat pun carilah pakar yang profesional dan bukan sendiri yang menggunakan cara yang tidak terjamin.
BalasPadamPenyeludupan haiwan eksotik adalah melanggar undang-undang.
BalasPadam