UPKO Mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja Ditubuhkan Untuk Siasat Masalah Imigresen Di Sabah
PENAMPANG, 12 Feb (Bernama) -- Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat masalah imigresen di Sabah.
Katanya langkah itu perlu berikutan laporan bahawa seorang ahli perniagaan yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dari Sabah diisytiharkan sebagai pemerintah di wilayah Sulu di selatan Filipina.
Beliau berkata perisytiharan itu menyebabkan status kewarganegaraan ahli perniagaan yang berpusat di Kota Kinabalu itu, Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, menjadi persoalan.
"Saya berasa jelak (apabila mengetahui perkata ini). Anda tidak boleh membiarkan orang bebas ke sana ke mari di negara ini dan membentuk 'negara' mereka sendiri... ini tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan klinik bergerak di sini.
Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas pengumuman baru-baru ini mengenai kerajaan sementara yang diisytiharkan sendiri oleh apa yang dipanggil Kesultanan Sulu, bahawa Mohd Akjan adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir memerintah, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.
Mohd Akjan dikatakan telah diisytiharkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dalam satu upacara tertutup yang dihadiri oleh sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu, di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 2 Feb.
Dompok berkata isu dua warganegara memerlukan siasatan menyeluruh dan beliau menggesa pihak berkuasa di Malaysia supaya memberi perhatian serius terhadap perkara itu.
Suruhanjaya diraja tidak semestinya boleh menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin. Cara lain yang lebih berkesan diperlukan.
BalasPadamlangkah yang berkesan bagi menyelesaikan masalah ini perlu dicari.
BalasPadammasalah pendatang asing tanpa izin sudah banyak di Sabah. harap masalah ini akan dapat diatasi dengan segera.
BalasPadamSampai sekarang masalah pendatang asing tanpa izin belum lagi diselesaikan.
BalasPadamSemoga kerajaan dapat mencari penyelesaian yang benar2x berkesan untuk menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamAkjan wajar dibuang negara. beliau patut dihantar ke negara yang boleh mengiktiraf kesultanan sulu yang diwarisi oleh beliau.
BalasPadamkementerian dalam negeri dan pesuruhjaya polis Sabah telah memberikan jaminan akan menyiasat perkara ini dan akan mengambil tindakan terhadap Akjan. jadi buat masa ini biarlah pihak bertanggungjawab melakukan tugas mereka tanpa terikat dengan arahan mana2 pemimpin politik.
BalasPadamSemoga kejujuran oleh pihak immigresen perlu bagi memastikan tidka ada PATI masuk sesuka hati.
BalasPadamDari dulu hingga sekarang PATI tidak dapat diselesaikan. Kerajaan telah melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah ini. tapi ada segelintir yang memburukkan kerajaan hanya kerana duit rasuah..
BalasPadamBetul, hal sebegitu adalah sangat2 salah. Seharusnya orang tersebut dihajuhkan hukuman.
BalasPadamLucu sangat, boleh pula buat pertabalan macam tu saja. Kalau pun sultan Sulu, balik Sulu lah baru buat pertabalan.
BalasPadamapa yang dikatakan oleh Dompok adalah benar..
BalasPadamnegara kita adalah negara yang berdaulat..dan kita harus pertahankan kedaulatan tersebut.
BalasPadamisu dua kewarganegaraan harus diberikan perhatian serius..pihak berkuasa khasnya KDN tidak harus mengambil perkara ini dengan remeh kerana ianya adalah isu keselamatan negara.
BalasPadamagak menghairankan dan mencurigakan bagaimana Akjan boleh memiliki 2 kewarganegaraan? dan apakah JPN tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sehinggakan ada individu yang memiliki dua kewarganegaraan?
BalasPadamhal ini begitu serius maka suruhanjaya siasatan diraja adalah perlu untuk menyelesaikan isu ini dan juga masalah imigresen di sabah.
BalasPadamdiharap isu ini akan diberi perhatian serius dari pihak berkuasa.
BalasPadamPopular betul si Akjan ni.
BalasPadamMemang patut pun hal ni diberi perhatian serius. K/kala saya hairan juga mcm mana si Akjan dpt kewarganegaraannya.
BalasPadamDua kewarganegaraan tu bukan bendah remeh.. Ini isu yang mampu menimbulkan masalah besar malah paling teruk lagi hal ini memungkinkan keselamatan negara terancam.
BalasPadamEntah apa sudah perkembangan cerita si Akjan sekarang. Harap2 hal ni dapat ditanggani dgn baik.
BalasPadamApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. hehehe
BalasPadamIni memang tidak masuk akal. Mana boleh suka hati datang ke tempat orang untuk dijadikan negara mereka sendiri.
BalasPadamAkjan is simply a ' bogus ' man.
BalasPadamSaya tidak akan percaya bahawa dia itu sebenarnya Sultan Sulu.
BalasPadamAkjan yang megaku sebagai sultan suku wajar diambil tindakan undang2 kerana dia bukanah Sultan Sulu. tindakannya menghina kedaulatan negara kita.
BalasPadamPolice is recording Akjan's statement.
BalasPadamJangan risau, Akjan akan disabit kesalahan.
BalasPadamIt's true. We are Sabahans and yet being in the so called Sulu teritory,hows that?
BalasPadam