Tiada Arahan Ibu Bapa Dan Pelajar Mesti Sahkan Dokumen Di JPN - Dr Muhiddin
TAWAU, 12 Feb (Bernama) -- Jabatan Pelajaran Sabah tidak pernah mengeluarkan arahan bahawa ibu bapa dan pelajar mesti mendapatkan pengesahan dokumen seperti kad pengenalan dan surat lahir dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum berurusan dengan jabatan itu.
Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yusin berkata ibu bapa dan pelajar sebaliknya boleh mendapatkan pengesahan itu daripada pegawai kumpulan A atau mana-mana pegawai kerajaan yang dibenar mengesahkan dokumen.
Oleh itu, ibu bapa dan pelajar tidak perlu bersesak-sesak di pejabat JPN untuk mengesahkan dokumen mereka seperti yang berlaku kebelakangan ini, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Hari Bertemu Pelanggan jabatan berkenaan di Dewan Masyarakat di sini Sabtu.
Bernama difahamkan sekurang-sekurangnya tiga Pejabat Pelajaran di Sabah termasuk Tawau, Sandakan dan Lahad Datu yang mensyaratkan dokumen ibu bapa/penjaga dan pelajar perlu disahkan JPN sebelum berurusan dengan Pejabat Pelajaran.
Bernama juga difahamkan bahawa bukan sahaja murid Tahun Satu dikenakan syarat berkenaan malah meliputi pelajar yang ingin mendaftar memasuki Tingkatan Satu.
Muhiddin berkata apa yang diperlukan ketika berurusan dengan Pejabat Pelajaran ialah ibu bapa atau penjaga atau pelajar membawa salinan yang telah disahkan beserta dokumen asal untuk diteliti.
Mengulas mengenai masalah keselamatan bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, SK Pasir Putih dan SK Kukusan, Muhiddin berkata Jabatan Pelajaran Sabah telah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan lanjut.
"Kami menyedari sebahagian daripada bangunan ketiga-tiga sekolah berkenaan tidak selamat digunakan. Namun demi pendidikan pelajar di situ, kami terpaksa gunakan," katanya.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak risau mengenai keselamatan anak-anak mereka kerana bangunan sekolah berkenaan sentiasa dipantau demi keselamatan lebih 1,000 murid sekolah terbabit.
----
1,000 PUPILS AT RISK IN UNSAFE BUILDINGS
Meanwhile, Datuk Masidi Manjun when contacted, urged Education Ministry officers in Putrajaya to immediately visit these schools and take appropriate action.
“By continuing to conduct classes in these buildings, you are putting the pupils in danger,” Masidi who is Tourism, Culture and Environment Minister and the minister in charge of education in Sabah, pointed out.
He added that the ministry was able to decide whether new buildings should be constructed to replace the existing ones.
Masidi also suggested that the Education Department relocate the students of these three schools to nearby schools as a temporary measure.
“The safety of the pupils comes first,” he said.
Perkara ini haruslah dipandang serius. Diharapkan menteri pendidikan akan meluluskan peruntukan untuk membina bagunan sekolah yang baru untuk mengantikan bagunan yang tidak selamat digunakan.
BalasPadampekara ini perlulah diberikan perhatian yang bagi mengelakkan masalah yang lain pula yang berlaku.
BalasPadamharap masalah ini akan dapat diatasi dengan segera bagi menjamin keselamatan pelajar.
BalasPadamIni adalah perkara yang serius kerana ia melibatkan keselamatan para pelajar dan guru2x.
BalasPadamPara pelajar dan guru2x harus dipindah ke tempat lain untuk sementara waktu bagi menjamin kan keselamatan mereka.
BalasPadamsampai bila pelajar2 itu terpaksa menggunakan bangunan yang tidak selamat? hanya dengan memantau bangunan itu tidak akan menjamin keselamatan 1000 pelajar yang menggunakan sekolah tersebut. saya harap ada tindakan segera dipihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamjika benar bangunan itu tidak selamat, maka tidak perlulah digunakan. Keselamatan pelajar lebih penting. Maka kerajaan perlu menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamsementara waktu, carilah tempat selamat untuk meneruskan pembelajaran atau mencari jalan lain. Kita tidak mahu kemalangan yang tidak diingini akan berlaku.
BalasPadamMasidi sudah bersuara. Harap peruntukan untuk membina bangunan baru, segera dibina.
BalasPadamKeselamatan lebih penting draipada pendidikan. Setuju atau tidak sendiri fikir.
BalasPadamkeselamatan para pelajar patut menjadi keutamaan..jika berlaku apa2 adakah pihak kementerian akan bertanggungjawab sepenuhnya?
BalasPadamadalah lebih baik jika pelajar ditempatkan di tempat lain sementara waktu ini..
BalasPadamtindakan segera harus diambil...seharusnya kelulusan segera diberikan agar sekolah tersebut dapat diperbaiki dan lebih selamat untuk digunakan..
BalasPadamibu bapa mana yang tidak risau jika anak2 mereka berada di sekolah yang tidak selamat digunakan? walaupun pemantauan dilakukan namun kesilapan manusia tidak akan dapat dielakkan..patut elakkan sebelum bala menimpa.
BalasPadamdiharap isu bangunan sekolah yang tidak selamat digunakan diberi perhatian khusus dan diutamakan..karenah birokrasi harus dikurangkan kerana nyawa2 para pelajar dan guru terancam.
BalasPadamKalau tak silap adik saya yang lain semuanya pergi ke JPN untuk minta pengesahan ic & surat lahir. Saya gara2 malas b'urusan dgn JPN saya sanggup buang duit minta t/tgn pesuruhjaya sumpah. hahahhaha
BalasPadamTapi kenapa pula sekarang kononnya arahan tu tak pernah dikeluarkan???? OMG, maksudnya pihak sekolah yang telebih kuah dari sudu ni. huhu
BalasPadamMenghairankan.. Apa2 pun yang penting selepas ni takda lagi isu yang keluar pasal mesti minta pengesahan dari JPN utk sahkan IC & sijil lahir.
BalasPadamSoal sekolah yang tak selamat tu, harap2 dapat perhatian sewajaranya daripada pihak2 yang bertanggungjawab.
BalasPadamMemanglah pendidikan tu penting tapi keselamatan pun penting juga. hehhee
BalasPadamDiharapkan bagunan sekolah yang tidak selamat akan dikosongkan dan kerajaan segera membina bagunan sekolah baru untuk kegunaan murid-murid.
BalasPadamI personally think that only schools in Sabah have this kind of problem.
BalasPadamjika bangunan tersebut tidak selamat digunakan, lebih baik ia dikosongkan dan diperbaiki, keselamatan murid2 lebih penting.
BalasPadamI don't understand why such schools are still being operated despite bad condition.
BalasPadamSepatutnya sekolah berkenaan ditutup segera bagi mengelakkan nyawa melayang.
BalasPadamThe schools are meant to be closed.
BalasPadamMasidi menegaskan bahawa Jabatan Pendidikan harus melantik pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.
BalasPadam