Sindiket jual bayi dapat bantuan orang dalam JPN
2011/01/19 ANGGOTA polis menyelamatkan seorang bayi dalam proses untuk dijual dalam serbuan di klinik swasta di Selayang, kelmarin.
Habuan lumayan dengan menyediakan sijil lahir, cop rasmi
KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan bayi yang ditumpaskan di sekitar Lembah Klang, Sabtu lalu dipercayai turut dibantu kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menguruskan sijil kelahiran bagi 22 bayi yang berjaya diselamatkan polis dalam operasi khas itu.
Difahamkan, pegawai JPN menerima upah separuh daripada harga jualan setiap bayi iaitu RM15,000 hingga RM20,000 oleh sindiket yang didalangi dua wanita tempatan sejak akhir tahun lalu.
Sumber memberitahu Berita Harian, ‘orang dalam’ JPN memperoleh pendapatan lumayan melalui kegiatan haram itu dengan hanya menyediakan sijil lahir berserta cop rasmi agensi berkenaan.
“Pembabitan `orang dalam’ dikesan ekoran penemuan dokumen sijil kelahiran bersama semua bayi yang terbabit dalam urus niaga haram itu. Pemeriksaan mendapati semua sijil lahir itu mempunyai cop rasmi JPN yang hanya dikeluarkan JPN,” katanya.
Dalam operasi itu, Unit Anti-Pemerdagangan Orang (ATIP) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan lapan anggota sindiket itu, termasuk empat wanita warga asing berusia 20 hingga 50 tahun dalam serbuan di sebuah klinik swasta di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya.
Turut diselamatkan dalam operasi itu tiga bayi berusia lima hingga tujuh hari yang dalam proses untuk dijual.
Di samping itu, polis turut menemui beberapa dokumen berkaitan pengeluaran sijil kelahiran, buku rekod dan wang tunai RM3,000.
“JPN terkejut dengan tindakan pegawainya yang sanggup bersekongkol dengan sindiket itu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan sampingan,” katanya.
Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Abdul Rahman, berkata siasatan dalaman sedang dilakukan ke atas semua pegawai dan kakitangannya berikutan pendedahan itu.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam kegiatan haram ini. JPN akan turut memperincikan semula prosedur pendaftaran kelahiran, termasuk mencatatkan jumlah sijil dikeluarkan bagi mengelak ia disalah guna untuk tujuan jenayah.
“Kita juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti klinik disyaki bersubahat,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan sijil kelahiran ‘LN01’ dan `LN05’ juga boleh diperoleh di hospital kerajaan dan klinik swasta.
“Beberapa klinik swasta sekitar ibu negara juga disenaraihitamkan sebelum ini selepas dikenal pasti terbabit dalam kegiatan meragukan. Kita sedang siasat klinik terbabit bagi mengesan kepada siapa, ke mana dan untuk apa sijil kelahiran dikeluarkan,” katanya.
Alwi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyelewengan sijil kelahiran menghubunginya terus di talian 03-88807001.
Saya berharap sesiapa yang terlibat dalam kes perdagangan bayi ini akan mendapat hukuman yang setimpal.
BalasPadampegawai JPN yang bersubahat dgn sindiket ini perlu dikesan dan diberi hukuman yang setimpal.
BalasPadamSuch a disgrace to have JPN involve in this syndicate. They do it all because of money.
BalasPadamI hope these JPN officers and those who are involved in selling babies will be punished.
BalasPadamLihat la, ini orang2 kita yang rakus dengan kekayaan. siapa yang bersalah? Bukan kerajaan, bukan undang2, tetapi orang kita sendiri!!
BalasPadamTindakan tegas harus diambil. Jangan lepaskan pengkhianat bangsa ini. Kerajaan sudah bagi gaji untuk berkhidmat dan melakukan segala perkara dengan lunas undang2 tetapi telah dipersiakan.!! Segeralah hukuman dijatuhkan!
BalasPadamoperasi besar2an perlu dilakukan bagi menamatkan terus aktiviti menjual bayi ini. pegawai2 atau jabatan kerajaan yang bersekongkol dengan aktiviti ini wajar dikenakan tindakan tegas bukan setakat tindakan disiplin malah tindakan undang2.
BalasPadamTidk mustahil ada orang dalam berhubung sijil lahir yang diberikan. Adakah ini rasuah yang terjadi kepada JPN??
BalasPadamWho knows how many babies have been sold over the years. These people must be stopped for doing this kind of things.
BalasPadamI hope those involved will be arrested and slapped with a heavy penalty and jail time.
BalasPadamSindiket penjualan bayi adalah tidak berperi-kemanusiaan.
BalasPadamJPN juga terlibat dalam sindiket jual bayi ini? Mereka harus dipecat kerana menyalah guna kuasa untuk mengeluarkan sijik beranak kepada sindiket haram ini.
BalasPadamBukan, mereka patut dihukum bersama-sama pengendali sindiket kerana menjadi rakan kongsi kepada mereka. Kes ini tidak boleh dipandang remeh.
BalasPadamsiapa yang bersalah harus dikenakan hukuman bagi mengelakkan pekara seperti ini daripada berlaku lagi pada masa akan datang.
BalasPadamHarap perkara seperti ini tidak akan terus berlaku. Mereka yang diberkas perlu dijatuhkan hukuman yang berat.
BalasPadam