Anwar Tegas Untuk Berdebat Dengan PM
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang, menurut jurucakap Anwar.
Berikut adalah kenyataan Anwar 'Saya tegaskan di sini saya sedikit pun tidak berganjak daripada kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Yang (Amat) Berhormat Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," menurut jurucakap itu kepada Bernama di sini.
Jurucakap itu mengulas mengenai laporan berita terdahulu yang mengatakan bahawa Anwar tidak pernah mengajak Najib untuk berdebat mengenai pelan tersebut sebaliknya hanya mahu berbincang.
Pada satu majlis di Alor Setar, Kedah Rabu, Anwar berkata kepada pemberita bahawa ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili pakatan pembangkang.
-- BERNAMA
-----
Najib: Saya? Takut kepada Anwar?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu 'menyelesaikan masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.
"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.
"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidak” oleh para hadirin.
Anwar mencabar Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri memperlekehkan rancangan reform 100 hari Pakatan Rakyat yang dijadual dilaksanakan sekiranya mereka menawan Putrajaya.
"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.
----
Laman Web Sosio-Politik Singapura Diisytihar Sebuah Persatuan Politik
Najib will know what to do.
BalasPadamAgree with Najib statement. Anwar should solve his personal problem first before deciding to challenge Najib for a debate.
BalasPadamActually, its up to Najib whether he will accept Anwar's challenge.
BalasPadamIt's up to Najib to decide whether he wants to accept the challenge or not. After all, he is the PM. Not accepting the challenge doesn't make him a pussy. There are things that are far more important to do then to play with Anwar's little game.
BalasPadamDebat ini bukanlah penting sangat, rasanya tak perlulah Najib nk layan Anwar ni.
BalasPadamNajib melihat Anwar sebagaimana Anwar melihat Nazri, KJ dan Ummi yang mengajak beliau berdebat. jadi Anwar tidak perlulah memaksa Najib untuk berdebat memandangkan beliau juga enggan berdebat dengan pihak yang telah membuka tawaran berdebat dengan beliau.
BalasPadamdaripada Anwar sibuk mengajak PM melayan cakapnya, lebih baik Anwar selesaikan manifesto2 beliau di negeri2 Pakatan Rakyat. Najib banyak urusan dalam dan luar negara yang perlu diselesaikan, jadi tidak perlulah Anwar mengganggu kerja beliau lebih2 lagi isu yang cuba dibawa oleh Anwar ini bukan untuk menyelesaikan masalah2 rakyat dan negara.
BalasPadamanwar dah kena gantung dari parlimen, tk dpt buat kecoh kt sana, jadi terpaksalah dia buat kecoh kat luar.
BalasPadamSaya sendiri rasa tidak perlulah debat-mendebat ini. Masalahnya itu cumamahu mencari kesalahan orang lain, untuk kepentingan sendiri. Bukan untuk rakyat pun debat ini. Maka tidak ada guna jika debat berlaku sekali pun dapatkah menyelesaikan maslaah yang telah berlaku??Jawapannya..Tidak..
BalasPadamAnwar menjelaskan bahawa dia hanya inginkan perbincangan antara dia dan Najib, bukan pendebatan.
BalasPadamIni cuma mainan politik bagi Anwar. Debat untuk diri sendiri. Dia tahu bahawa Najib tidak akan berdebat dengan Anwar maka itu sebab dia mencabar berkali-kali dengan Najib untuk berdebat dengan dia.
BalasPadambanyak lagi perkara yang lebih penting untuk diberi perhatian baik pembangkang atau kerajaan.
BalasPadamtumpukan kepada isu2 yang lebih penting untuk kepentingan rakyat.
BalasPadamHarap Najib akan mengambil tindakan yang betul mengenai cabaran pendebatan ini.
BalasPadamTidak perlu la rasanya, lagipun kita sudah jangka siapa yang akan menang jika mereka berdebat.
BalasPadamJika ingin berdebat pun, pasti akan mengambil masa yang lama. Jika isu2 semasa diabaikan disebabkan oleh hanya debat ini, adalah tidak berbaloi.
BalasPadamBiar Najib dan Anwar menyelesaikan isu ini antara mereka sendiri.
BalasPadamMungkin Najib harus dedahkan saja semuanya supaya kedua-dua pihak puas hati dan Anwar akan diam buat selamanya.
BalasPadam