Khamis, Januari 20, 2011

BERSABAR TUNGGU PEMBANGUNAN, PINTA ONGKILI KEPADA PENDUDUK LUAR BANDAR

Bersabar Tunggu Pembangunan, Pinta Ongkili Kepada Penduduk Luar Bandar

KOTA MARUDU, 20 Jan (Bernama) -- Kerajaan tidak melupakan keperluan penduduk di pedalaman, namun sebarang pembangunan infrastruktur mengambil masa memandangkan hampir separuh daripada 222 kawasan Parlimen adalah di luar bandar.

Justeru kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, masyarakat pedalaman perlu bersabar kerana memenuhi keperluan mereka adalah keutamaan kepada kerajaan sekarang.

"Keutamaan ini termasuk jalan raya, bekalan air dan elektrik serta perumahan kepada golongan miskin," katanya ketika aktiviti gotong-royong membaiki sistem bekalan air secara graviti bersama masyarakat di Kampung Timug, Matunggong, dekat sini hari Khamis.

Ongkili yang juga Anggota Parlimen Marudu berkata kerajaan kini berusaha mempercepatkan pelaksanaan projek prasarana luar bandar khususnya di kawasan yang jauh terpencil.

Pada masa yang sama beliau menggesa jabatan berkaitan agar tidak terlalu terikat dengan birokrasi yang boleh memperlahankan usaha kerajaan menyediakan kemudahan asas kepada masyarakat luar bandar.

"Saya menggesa agensi pelaksana agar menjalankan projek yang telah diluluskan tanpa sebarang penangguhan yang tidak perlu," katanya.

----

Sabah has been allocated RM10.723 billion to implement 424 new projects in the first phase (2011-2012) of the Rolling Plan under the Tenth Malaysia Plan (10MP).

"The (Rolling Plan) allocation for Sabah is the second largest after the Federal Territory,"

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman

----

Daripada jumlah itu, RM1 juta adalah untuk projek-projek kecil, RM500,000 masing-masing untuk bantuan am dan atap rumah, RM330,000 untuk membina 10 unit rumah baru dan RM200,000 untuk membaik pulih rumah.

"Peruntukan itu ada peningkatan berbanding tahun lalu yang mana untuk projek kecil hanya RM500,000 saja disediakan manakala bantuan am RM400,000,"

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said

31 ulasan:

  1. Rakyat sudah lama bersabar, harap kerajaan akan mempercepatkan tindakan mereka.

    BalasPadam
  2. Paling kurang pun memastikan kemudahan asas di seluruh Sabah seperti air, elektrik dan jalan raya disiapkan dulu.

    BalasPadam
  3. Penduduk di pedalaman sudah lama sabar menunggu pembangunan. Kerajaan haruslah tingkatkan usaha untuk membantu mereka.

    BalasPadam
  4. jika nak membuat pembangunan di semua tempat sekaligus mmmg amat sukar nak dilakukan. tapi sebaiknya kemudahan asas seperti bekalan air, penghubungan dan elektrik perlu disediakan terlebih dahulu.

    BalasPadam
  5. Diharapkan tiada penangguhan berlaku.

    BalasPadam
  6. yang penting semua projek itu tidak menghadapi masalah terbengkalai atau ditunda atau tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan.

    BalasPadam
  7. dengan keluasan negeri Sabah serta bentuk geografi yang bergunung ganang, sudah tentu negeri ini memerlukan dana serta masa yang banyak untuk menjadi sebuah negeri maju. oleh itu wajarlah saranan Ongkili untuk meminta rakyat supaya bersabar, tapi dalam masa yang sama kerajaan juga perlu salurkan lebih banyak peruntukkan ke negeri ini.

    BalasPadam
  8. Benar juga kata ongkili..Kita mesti bersabar. Pembangunan dijalankan secara berperingkat. Maka kita cuma mengharapkan kerajaan tidak lupa dengan janji tersebut.

    BalasPadam
  9. Semoga kawasan pedalaman tidak dilupakan dengan pembangunan seperti infrastruktur jalan raya, bekalan elektrik dan sebagainya..

    BalasPadam
  10. Aduhai, jgn pula kami terlebih sabar.

    BalasPadam
  11. They are dying for your promise.

    BalasPadam
  12. Kawasan pedalaman haruslah dibantu kerajaan. Tapi jangan harapkan rakyat bersabar saja sebab sudah lama tidak dijanjikan.

    BalasPadam
  13. Setuju dengan sumandak, paling paling pun kemudahan asas seperti elektrik, air dan jalan raya patut giat dijalankan. Tiba2 teringat pula dengan bajet 2 billion untuk projek air dulu.

    BalasPadam
  14. rakyat sudah lama bersabar dan masih lagi bersabar kerana percaya kerajaan BN akan mengotakan janji2 mereka.

    BalasPadam
  15. namun jika kepercayaan ini dikhianati maka rakyat akan berpaling kepada pihak yang boleh memenuhi keperluan dan menepati janji.

    BalasPadam
  16. pembangunan di pedalaman dan luar bandar harus dipercepatkan..kini hanya tinggal 9 tahun menuju ke tahun 2020.

    BalasPadam
  17. rakyat diharap tidak terpengaruh dengan spekulasi, kahbar angin dan godaan pembangkang..kerajaan tetap akan membangunkan kawasan pedalaman dan luar bandar.

    BalasPadam
  18. diharap kerajaan akan menyegerakan proses pembangunan yang telah dirancang..karenah birokrasi harus diatasi..

    BalasPadam
  19. Rasanya rakyat sudah cukup lama bersabar... Jadi sudah sampai masanya kerajaan membuktikan kepada rakyat bahawa kesabaran rakyat adalah berbaloi.

    BalasPadam
  20. Apapun, saya yakin kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk rakyat:)

    BalasPadam
  21. Jangan biar rakyat tunggu lama. Perjanjian perlu dilaksanakan.

    BalasPadam
  22. Diharapkan agensi kerajaan akan melaksanakan tugas yang diberikan supaya projek cepat disiapkan.

    BalasPadam
  23. memang bukan mudah untuk membnagunkan semua kawasan dalam tempoh ynag singkat. oleh itu semua perlu bersabar.

    BalasPadam
  24. semoga usaha pembangunan sentiasa dilakukan agar penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

    BalasPadam
  25. Please hurry up. Some of the rural folks have been waiting patiently.

    BalasPadam
  26. Jangan dibiar tunggu lama2 pula.

    BalasPadam
  27. Well, hopefully the government will really do something on this.

    BalasPadam
  28. Hope that the government manage to speed up the developments.

    BalasPadam
  29. PRU13 is coming.Don't turn them down.

    BalasPadam
  30. Tolong jangan mengecewakan rakyat, perjanjian daripada kerajaan perlu ditunaikan.

    BalasPadam
  31. Kesabaran juga ada limitnya. Jika tidak dilakukan dengan segera, takut kesabaran rakyat sudah sampai ke penghujungnya.

    BalasPadam