Khir Toyo Hadapi Tuduhan Berhubung Pemilikan Tanah Dan Banglo
Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7.
Mohamad Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh pada pukul 12 tengah hari.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya C.Vignesh Kumar.
Mohamad Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.
---
Kes Khir Toyo: Terserah Pejabat Peguam Negara – Najib
PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara berhubung tindakan selanjutnya terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan memiliki dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor dua tahun lepas.
"Saya tidak boleh nak komen. Ini proses biasa, maknanya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan buat siasatan dan hantar (laporan) kepada (pejabat) Peguam Negara.
"Kalau (pejabat) Peguam Negara kata ada kes, terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan," kata Perdana Menteri ketika melancarkan Talent Corporation di pejabatnya di sini Isnin.
---
Khir Toyo Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Selangor Serta Merta
SHAH ALAM, 6 Dis (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana dituduh berhubung kesalahan dalam pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo, akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta, demikian menurut laman web www.drkhir.com hari ini.
Mohamad Khir, 45, anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.
"Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform manapun sehingga mahkamah membuat keputusan," katanya laman webnya itu pada pukul 5.18 petang ini.
Mohd Khir, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, berkata apa yang diharapkan ialah perbicaraan itu didapat dijalankan secepat mungkin.
Harap penjelasan lanjut akan diberikan.
BalasPadamkes ini perlu disiasat dgn teliti.
BalasPadamuntuk mengetahui kebenarannya, tunggu sajalah sehingga kes ini selesai nanti.
BalasPadamdiharapkan tidak timbul sebarang spekulasi negatif berhubung pekara ini kerana pekara ini masih belum selesai lagi.
BalasPadamSiasat perkara ini sebaik mungkin dan lakukanlah apa yang patut.
BalasPadamApapun, bagi saya ada baiknya kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.
BalasPadamDr. Khir serta peguamnya tidak langsung khuatir dengan pertuduhan ini kerana jelas bahawa semua dokumen menunjukkan beliau tidak bersalah dan pendakwaan terhadap beliau hanya akan mendedahkan "kebodohan" pembangkang yang menimbulkan isu tersebut..
BalasPadampenjual membeli rumah itu dengan harga RM 6.5 juta, kemudian dijual kepada DSKT dengan harga RM 3.5 juta. Kenapa dia jual dengan harga RM 3.5 juta?
BalasPadamkerana itu nilai yang dinilai oleh ejen hartanah terkemuka iaitu Rahim & Co dan surat tersebut ditandatangani oleh pengarahnya bernama Choy Yue Kwong. DSKT membeli tanah dan rumah tersebut mengikut nilai yang ditetapkan jurunilai bertauliah.
Sekiranya itu menjadi satu kesalahan sepatutnya jurunilai tersebutlah yang perlu dipersalahkan kerana menilai harga tersebut lebih rendah dari yang dibeli penjual.
Orang mana yang sanggup membeli hartanah dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dinilai oleh jurunilai bertauliah? cuba beritahu saya orang gila mana yang sanggup lakukan begitu ?
Kita tunggukan saja keputusan dari Mahkamah nanti.
BalasPadamKhir Toyo must be investigated.
BalasPadamSerahkan perkara ini kepada SPRM bagi menjalankan siasatan terperinci.
BalasPadamJangan letak jawatan sebelum kes selesai.
BalasPadamMana2 yang bersalah tidak terkecuali untuk dikenakan hukuman. Oleh itu kena fikir sebelum melakukan sesuatu jangan ingat kita mempunyai pangkat maka kita akan terlepas dari hukuman. Dan jika pun terlepas ianya hanya berlaku di dunia di akhirat siapa yang tahu.
BalasPadam