Samy Vellu Berundur, Palanivel Ambil Alih Jawatan Ketua MIC
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur hari ini dan menyerahkan jawatan yang telah dipegangnya selama 31 tahun, kepada timbalannya Datuk G. Palanivel.
Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74-tahun itu memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan buat kali terakhir mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti bahawa naib-presiden dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam telah dilantik sebagai timbalan presiden.
Beliau berkata keputusan melantik Palanivel presiden kelapan parti dan Dr Subramaniam sebagai timbalannya dibuat oleh CWC.
Samy Vellu mengambil alih pucuk pimpinan parti pada 1979 selepas kematian presiden keenam Tan Sri V. Manickavasagam.
Palanivel, 61, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, adalah bekas setiausaha akhbar Samy Vellu.
Sudah tiba masa untuk Samy Vellu berundur. Bagilah peluang untuk orang baru menduduki MIC.
BalasPadamtelah lama Samy menjadi presiden MIC, kini tiba masanya dia berundur, MIC perlukan pemimpin baru.
BalasPadamnampaknya Datuk Seri S.Samy Vellu menyerahkan jawatan yang telah dipegangnya selama 31 tahun. beliau telah lama berkhidmat sebagai presiden MIC.
BalasPadamdiharapkan pengganti beliau akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.
BalasPadamMungkin sudah tiba masanya samy vellu memberikan jawatan presiden MIC ini kepada orang lain setelah menerajuinya selama 31 tahun.
BalasPadamAkhirnya berundu juga si SV :)
BalasPadamSemoga penggantinya nanti dapat menjalankan t/jawan dengan lebih cemerlang.
BalasPadambeliau sudah tunaikan janjinya lebih awal dari yang pernah beliau umumkan. so, tidak perlu ada spekulasi lagi selepas ini.
BalasPadamTerima kasih kepada Samy Vellu dengan jasa beliau selama ini.
BalasPadamGood for him, he also need a break and spend the time for himself and his family.
BalasPadam