Tiada Kenaikan Harga Gandum, Beras Dan Minyak Masak Sekarang
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kerajaan juga masih mengekalkan subdisi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.
"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.
"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi memandangkan gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini hari Isnin.
Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.
"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagi menangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna," katanya.
Semoga harga barang keperluan harian ini tidak akan dinaikkan harga.
BalasPadamharap tiada lagi harga barangan yang akan dinaikan kerana kenaikan harga barangan akan membebankan rakyat.
BalasPadamdiharapkan selepas ini tiada lagi harga barang lain yang akan dinaikkan lagi.
BalasPadambarang seperti gandum, beras dan minyak masak adalah barang keperluan. memang wajar jika harga barangan ini tidak dinaikkan.
BalasPadamyang pasti akan berlaku kenaikan harga barangan berikutan kenaikan harga minyak baru2 ini..
BalasPadamdiharap pihak berwajib akan melakukan perkara yang sepatutnya untuk memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak baru2 ini..walaupun ianya bertujuan baik, tetapi tetap membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah..
BalasPadamdiharapkan kadar gaji minimum juga dilaksanakan secepat mungkin berikutan kos hidup yang makin meningkat..
BalasPadamsokong mike. Kalau gaji minimum ditetapkan rasanya hal ni takkan jadi isu sangat.
BalasPadamSWalaupun saya cukup berkeyakinan harga barang akan naik, namun ada baikknya juga kenaikan tu tak dilakukan secara mendadak.
BalasPadamjadi sebagai rakyat kita kenalah bersiap sedia utk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku nanti.
BalasPadamTapi kalau boleh janganlah ada lagi kenaikan. Boring lah, balik2 dengan pasal kenaikan harga barang. huhuhu
BalasPadamApapun saya harap, kalaupun kenaikan harga barang tak dapat dielakkan pastikan rakyat tak terbeban sangat.
BalasPadamisu pendapatan rakyat yang masih diparas yang rendah juga perlu dibawa kemeja perbincangan. barang sudah tentu akan naik walupun bukan sekarang, oleh itu sebelum kenaikan itu mengambil tempat, pendapatan rakyat perlu dinaikkan terlebih dahulu.
BalasPadamJangan membebankan rakyat lagi hanya untuk mengejar cita-cita.
BalasPadamKita mengharapkan harga barang lain tidak akan naik lagi seperti 4 dalam 1 kenaikan sekarang ini.
BalasPadamisu kenaikkan harga barang bukanlah fenomena luar biasa kerana rakyat di negara lain juga turut mengalami nasib yang sama. cuma apa yang penting sekarang kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi meningkatkan kuasa beli rakyat sesuai dengan kenaikan harga barangan.
BalasPadamIt's good to know that the prices of these daily goods will not be increased for the time being. Hopefully it stays that way.
BalasPadamHarap tiada lagi kenaikan harga barangan keperluan harian dalam tempoh terdekat ini.
BalasPadamInflasi tinggi penyebab kenaikan harga barangan. Tiada kenaikan gaji dengan kadar harga barangan yang meningkat akan membebankan sebilangan rakyat terutamanya mereka yang miskin dan berpendapatan rendah.
BalasPadamKebergantungan barangan import punca kenaikan kadar harga barangan.
BalasPadamDiharapkan juga, sesi perbincangan yang akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan. Setakat ini tiada kenaikan harga yang melampau cuma ia perlu dikaji semula bagi memastikan ianya tidak membebankan pengguna.
BalasPadamDiharapkan juga sesi perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan. Setakat ini tiada kenaikan harga barangan yang melampau cuma ianya perlu dikaji semula bagi memastikan ianya tidak membebenkan pengguna.
BalasPadamMemang tidak dapat dielakkan, rakyat terpaksa berdepan dengan perubahan kadar harga barangan mengikut keadaan semasa. Ini kerana melibatkan kos barangan tersebut agak tinggi samada dalam malaysia ataupun yang melibatkan pelbagai barangan import.
BalasPadamNasib baiklah.Kalau tidak, merana badan betul.
BalasPadamGood news for now. I hope there will be no more increasing price in the near future.
BalasPadamJangan leka menaikkan harga barang, banyak masalah kelak.
BalasPadamMore goods will be increased price in the next future.
BalasPadamTidak akan dinaikkan buat masa ini. kita kena bersedia kerana pada bila2 masa ianya akan naik juga.....
BalasPadam