SOGT: Pemimpin politik, industri anggap kepentingan Sabah diketepikan
KOTA KINABALU, 25 Ogos — Petronas Carigali bertindak tidak adil kepada Sabah jika betul ia memenganugerahkan projek mega bernilai RM1 bilion untuk membina Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis kepada sebuah syarikat Sarawak.
Ahli politik dan industri berkata tindakan itu seolah-olah membelakangkan kepentingan kontraktor tempatan dan penduduk Sabah secara keseluruhannya yang berharap untuk turut meraih manfaat daripada projek yang dibuat di atas tanah mereka sendiri.
Bendahari Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuh komponen Barisan Nasional, Datuk Marcus Mojigoh berkata, beliau tahu ada beberapa syarikat yang cuba melobi untuk mendapatkan kontrak yang lumayan itu.
“Saya tidak tahu butiran mereka tetapi malanglah jika mereka tidak berjaya mendapat kontrak itu.
“Dan terus terang saya katakan, ramai pihak tidak akan senang dengan keadaan ini,” kata Ahli Parlimen ini dan menambah yang beliau tidak terkejut dengan keputusan itu.
Ini katanya, selagi syarikat yang diberi kontrak itu dapat melakukan kerja mereka dengan baik dan adil membahagikan projek kecil-kecilan kepada syarikat tempatan Sabah, ia lebih baik daripada terus diketepikan.
“Saya mesti akui bahawa Sabah masih belum ada kepakaran yang cukup luas dalam industri minyak dan gas jika dibandingkan dengan Sarawak yang sudah lama dan berpengalaman dalam bidang ini,” katanya.
Kata beliau yang tidak senang pasti akan mempersoalkan makna integrasi, perpaduan dan konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan pemimpin di peringkat persekutuan tetapi apabila tiba kepada soal kemewahan, Sabah terus dipinggirkan.
Namun sebagai pemimpin dalam BN, beliau akur dengan keputusan kerajaan itu.
“Jika kerajaan nampak tiada kontraktor dari Sabah yang layak untuk menerajuinya, maka itu adalah haknya.
“Namun, saya minta Petronas agar berlaku adil dengan dengan memberi keutamaan kepada kontraktor Sabah ketika mengagih projek kecil-kecilan,” katanya.
Bagi Presiden Pekilang-pekilang Sabah (FSM) Datuk Wong Khen Thau, kerajaan berlaku tidak tidak adil sekali lagi kepada Sabah kerana banyak-banyak pakar yang ada kenapa kontrak itu tidak diberi kepada usahawan berkebolehan Sabah?
Keputusan itu katanya, adalah preregotif Petronas sebagai pemaju projek mega itu, tetapi mempersoalkan kenapa pilih orang Sarawak dan meminta kerajaan telus ketika memberikan kontrak serta memberi sebab kenapa kontraktor Sabah tidak diberi keutamaan.
Katanya, bagaimana mahu melahirkan rakyat yang mempunyai pendapatan tinggi jika anak Sabah selalu diketepikan setiap kali ada projek mega ini.
Majoriti penduduk Sabah miskin dan hidup di bawah paras kemiskinan, katanya.
“Projek ini sudah terlepas ke tangan orang luar dan harapan untuk penduduknya menambahkan sedikit pendapatan berkecai,” katanya menambah FSM ada lebih 200 ahli di mana ada yang terbabit dalam industri minyak dan gas.
“Ahli saya ada yang terbabit dalam industri ini dan belum tentu mereka ada harapan untuk mendapatkan secubit kek yang besar ini,” katanya.
Apabila beroperasi pada 2013, SOGT di Kimanis akan muncul sebagai bandar petroleum tertunggul seperti Miri dan Bintulu di Sarawak serta Kerteh, Terengganu.
Melalui dua terminal di Kimanis dan Sipitang dengan keluasan kira-kira 800 hektar, industri minyak dan gas di Sabah akan berkembang dengan pesat.
Hasil minyak dan gas menyumbang 8.2 peratus terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah pada tahun lalu.
Bagi eksport petroleum mentah pula, ia menyumbang sebanyak 37.4 peratus atau RM13.9 bilion tahun lalu pendapatan negeri ini.
Diharapkan pembahagian projek ini akan dibuat secara adil dan saksama. Dan diharapkan syarikat tempatan Sabah juga boleh melibatkan diri dalam projek kecil. Walaupun pengalaman kita dalam industri ini bukan lama, tapi diharapkan kita diberi peluang.
BalasPadamprojek ini dijalankan di Sabah, sebaiknya biarlah kontraktor dari Sabah diutamakan, walaupun Sabah belum lagi berpengalaman dalam bidang ini namun mereka harus diberi peluang kerana tanpa peluang. oleh itu biarlah pembahagian projek ini dilakukan secara adil agar semua pihak dpt merasanya.
BalasPadamsyarikat tempatan sabah harus diberikan peluang untuk terlibat dalam projek ini..ini akan dapat memberikan pengalaman kepada syarikat tempatan dalam projek seperti ini.
BalasPadamkalau benarpun Sabah masih belum ada kepakaran, tapi sampai bila Sabah terus terpinggir. ada baiknya jika projek2 yang kecil dibahagikan kepada syarikat2 tempatan Sabah, bukannya dikuasai sepenuhnya oleh syarikat luar.
BalasPadamI got to agree on this statement. Sabah has been sidelined all the way, though being the biggest contributor. How bad is Sabah?
BalasPadamSaya turut harap bahawa belia Sabah akan diberikan peluang dalam projek besar ini.
BalasPadamMaybe it is true that Sabah is less experienced in the Oil and Gas industry, but I do hope we will be given chance to take part in the minor projects involved with the SOGT.
BalasPadamjgn jadikan sabah tak ada pengalaman sebagai alasan projek ini tk diserahkan kepada kontraktor sabah. jika tak beri peluang, bagaimana anak2 sabah nak membangunkan dan mencari pengalaman, mereka juga berkebolehan dan harus diberi peluang.
BalasPadamPengagihan minyak harus dilakukan secara adil dan saksama.
BalasPadamsyarikat tempatan Sabah harus diberi peluang untuk sama-sama terlibat dalam projek ini. ini akan memberikan pengalaman kepada syarikat-syarikat dari Sabah.
BalasPadamNo more excuses. Give us what we deserve. That's it.
BalasPadamJika ada yang prihatin, saya pasti keadaan akan berubah dan tidak lagi anak2 sabahan diperlakukan sedemikian disamping, perlu ada usaha untuk memajukan diri kita.
BalasPadamTo curb this matter from being manipulated by certain quarters, let us do something.
BalasPadamBagi saya, yang paling penting adalah mereka memberi peluang kepada rakyat Sabah untuk membuktikan kami boleh.
BalasPadam“Jika kerajaan nampak tiada kontraktor dari Sabah yang layak untuk menerajuinya, maka itu adalah haknya.
BalasPadamWe deserve to be in the position, where we deserved it. The time has come to an end, but we are still flashing flags in the sky, hoping someone noticed us. How pathetic.
Kan best kalau Sabah yang dapat.hhhmmm
BalasPadamSabah harus diberi peluang. Jadi kalau boleh lakukan pembahagian projek seadil mungkin bagi mengelakkan salah faham timbul.
BalasPadamSetuju rdy. Sabah boleh bah, so bagilah peluang :)
BalasPadamKalau takda peluang macam mana mahu buktikan yang Sabahan ni mampu kan. hehhee
gur, Sabah taklah seteruk mana pun.. Cuma belum ada nasib kot untuk dapat peluang. Mungkin belum sampai lagi giliran kita (kununlah mempositifkan diri)
BalasPadamApapun, saya harap suara2 sabahan yang meminta peluang tu dapat didegar :)
BalasPadam