PM Kecewa Serangan Ke Atas Kedutaan Besar Malaysia Di Jakarta
PUTRAJAYA, 26 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut melahirkan rasa kecewa atas tindakan penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melempar najis manusia ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Perdana Menteri menzahirkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet semalam, setelah beliau memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku.
"Sudah tentu beliau amat kecewa. Perdana Menteri berpendapat adalah salah bagi mereka bertindak sedemikian. Namun beliau mempunyai keyakinan dengan pihak berkuasa Indonesia, beliau yakin terhadap Presiden (Susilo Bambang Yudhoyono) bahawa perkara ini akan diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Duta Belia 2010 Indonesia di Wisma Putra di sini Khamis.
Anifah berkata mesyuarat Kabinet semalam sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan meminta rakyat Malaysia supaya bersabar dan bersikap rasional dengan mengelakkan kejadian yang sama di negara ini.
Anifah berkata Kementerian Dalam Negeri juga diminta untuk memastikan keselamatan warga Indonesia di negara ini tidak terjejas berhubung insiden itu.
Katanya Malaysia berharap Indonesia dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan "perlakuan keji" tersebut memandangkan tanah Kedutaan Besar Malaysia itu mempunyai keistimewaan dan kekebalannya sendiri sepertimana yang tertakluk mengikut Artikel 22 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961.
Beliau berkata lebih-lebih lagi apabila Ketua Bendera itu sendiri mengakui melakukan perbuatan berkenaan dalam blognya, yang boleh dijadikan bahan bukti.
"Jika ia salah di sisi undang-undang Indonesia, saya harap tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat. Tetapi saya bukannya mahu mengajar Indonesia mengenai apa yang mereka harus lakukan mengikut undang-undang mereka. Kita menghormati," katanya.
Dalam kejadian berkenaan, penunjuk perasaan daripada kumpulan Bendera dipercayai bertindak sedemikian bagi menandakan kemarahan terhadap Malaysia terutama berhubung penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia yang didakwa menceroboh ke kawasan perairan Malaysia baru-baru ini.
Anifah berkata Malaysia bagaimanapun tidak mengharapkan Indonesia memohon maaf terhadap kejadian yang berlaku itu, memandangkan ia hanya perbuatan segelintir pihak dan bukannya mewakili seluruh rakyat dan kerajaan Indonesia.
Pada masa sama, beliau berkata Malaysia juga tidak akan meminta maaf atas insiden penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia itu, walaupun benar mereka telah digari dan dipakaikan baju banduan.
"Kalau betul mereka digari dan sebagainya kita tidak meminta maaf kepada sesiapapun sebab itu adalah undang-undang negara kita, dan sesiapapun yang masuk ke negara Malaysia haruslah menghormati undang-undang Malaysia," katanya ketika diminta mengulas permintaan Parlimen Indonesia agar Malaysia meminta maaf kerana menggari dan memakaikan baju banduan kepada tiga petugas KKP itu.
Bagaimanapun, Anifah berkata beliau sedia berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menyemak semula prosedur berkenaan sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak, memandangkan pencerobohan kawasan itu bukanlah jenayah yang berbahaya.
Dalam perkembangan lain Anifah berkata pihak media, dari kedua-dua Malaysia dan Indonesia juga harus bertanggungjawab dengan laporan masing-masing, dengan memberi laporan yang tepat berdasarkan fakta dan menjaga sensitiviti antara negara.
"Saya menyokong kebebasan media, tapi janganlah kebebasan media itu sehingga mengundang masalah yang lain. Janganlah kebebasan media itu digunakan oleh orang yang punya agenda yang lain," katanya.
Saya rasa susah hati kerana negara jiran melakukan perkara yang tidak menghormati kedutaan dan lambang negara kita. Diharapkan kemarahan mereka akan hapus dan perselisihan faham akan diselesaikan.
BalasPadammmg mengecewakan mengetahui negera kita dihina dgn sedemikian rupa, padahal ia hnylah berpunca daripada perkara kecil sahaja. harap perkara ini dpt diselesaikan dgn cara baik.
BalasPadamdalam apa-apa isu pun penyelesaian perlulah dibuat secara profesional dan bukannya menggunakan emosi semata-mata.
BalasPadamWhy can't they be civilize.. So far, we Malaysians never burn the Indonesia flag. I find it inappropriate the way they protest. Its way too emotional.
BalasPadamKalau mo protest, janganlah sampai begitu. Nanti ada pergaduhan pula antara Malaysia dan Indonesia.
BalasPadamIndonesian must be forgotten that most of its citizens are maids in Malaysia.
BalasPadamKebanyakan penentang mereka ini adalah kumpulan minoriti.Mentaliti mereka yang terlalu sempit dan terbatas membangkitkan lagi kemarahan mereka sendiri. Walhal mereka sendiri tahu bahawa perairan undang2 itu ada. Kalau sudah terlajak, takkan tak mengaku? Hairan.
BalasPadamItu sudah pasti rakyat malaysia akan berfikiran rasional dan tidak seperti rakyat indonesia yang berlaku diduta Malaysia Indonesia. Orang Indonesia di Malaysia akan sentiasa dalam keadaan yang aman dam terkawal.
BalasPadamSaya ada mendengar juga, pendapat orang Indonesia yang berkerja di Malaysia tentang perkara berlaku di duta tersebut. mereka mengatakan begitu kecewa dan sedih kerana orang mereka sanggup melakukan perkara yang memalukan mereka. Mereka menyokong mereka yang terlibat itu harus diambil tindakkan.
BalasPadamMost of them are made up from the extremists. I'm not surprised.But why become so vigorously sensitive? Back then, the Indonesian accuses us for copying its dance. And now, flaming up our flags and putting shits on the embassy's gate. Shameful!
BalasPadamhal ini hnya hal kecil, tp rkyat indonesia ni merusuh lebih2 pula. mereka ni tak rasional langsung. perbuatan mereka ni akan meregangkan lagi hubungan antara Malaysia- Indonesia.
BalasPadamtindakan penunjuk perasaan yang tidak menghormati bendera Malaysia amat mengecewakan. namun dalam hal seperti ini, penyelesaian perlu dilakukan dengan cara yang baik dan profesional.
BalasPadamberdasarkan Peta Baru 1979, sebenarnya nelayan tempatan tidak menceroboh perairan Indonesia malah para nelayan kita dilengkapi dengan peralatan GPS. sebenarnya yang menceroboh adalah bot Dolphin KKP(Indonesia) kerana masuk ke perairan Malaysia dan menangkap nelayan2 kita. Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja. Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa perasugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan...
BalasPadamsaya harap rakyat malaysia tidak melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh rakyat Indonesia kerana tindakan seperti itu hanya untuk rakyat yang tertutup mindanya dan tidak pernah merasa aman. sekiranya kerajaan Indonesia tidak mengambil tindakan terhadap penunjuk2 perasaan itu, pasti mereka akan menerima tanggapan2 negatif dari negara2 lain. tindakan penunjuk2 perasaan itu juga merupakan risiko kepada negara Indonesia..
BalasPadamNegara kita tidak perlu untuk meminta maaf atas insiden penangkapan 3 pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia itu,dan juga memakaikan mereka baju banduan dan mengari mereka. In kerana, Malaysia mengikut undang-undang mereka sendiri. Jadi tidak salah kerajaan melakukan seperti itu kepada 3 pegawai KPP indonesia. Jika itu menyebabkan mereka marah, mereka tidak ada hak untuk mengubah undang-undang negar kita ini. Sesiapa yang masuk negara kita ini, maka mereka haruslah mematuhi undang-undang.
BalasPadamApa yang penting disini juga ialah Pihak MEDIA. Pihak MEDIA haruslah memainkan peranan menyampaikan berita yang fakta, tepat dan betul dan bukan khabr angin atau buat-buat cerita sendiri. Kerana MEDIA ini boleh mempengaruhi orang dengan mudah sehingg mengundang masalah yang lain. Janganlah kebebasan MEDIA itu digunakan oleh orang yang punya agenda yang lain.
BalasPadamMemang ada pihak yang sengaja melaga-lagakan hal ini. Hal yang demikian menyebabkan wujudnya puak ektremist yang mengecat najis di pejabat kedutaan Malaysia di Indonesia. Tindakan sebegini hanya memalukan mereka sahaja. Bukan kena bagi $ juga.
BalasPadamThis is simply childish. Puh-lease.
BalasPadamYa, saya pun yakin perkara ni pasti dapat diselesaikan. hihihihi
BalasPadamOrang Malaysia jangan buta macam ni ya. Bikin malau sama negara saja. hehhee
BalasPadamBetul tu Jonny. Macam tak selesa pula kan kalau negara jiran buat macam tu. huhuhuhu
BalasPadamYa airel. Ramai juga ba orang Indonesia yang tak setuju sama rusuhan tu; malah dorang sendiri anggap hal tu mencemar imej negara. Ini bermakna hanya sebilangan kecil saja ba tu yang bertindak kurang matang :)
BalasPadamApapun, yang paling penting jangan terlalu besarkan hal ni.. Nanti tambah teruk pula kejadiannya.
BalasPadamAda yang mengatakan bahawa mereka2 yang membuat rusuhan telah dibayar oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda tersendiri yang mana hanya akan menguntungkan diri mereka sahaja. Tapi kebenaran belum dapat disahkan. Apa yang penting keharmonian berjiran harus diketengahkan.
BalasPadamToleransi antara pihak adalah perlu dan saya rasa tidak akan selesai jika kekerasan yang menjadi alat untuk penyelesaian.
BalasPadamIni bukan cara menyelesaikan masalah. Semua masalah ada penyelesaiannya. Yang pasti, diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan penuh diplomatik.
BalasPadam