Kerajaan Diminta Haramkan Pornografi Dan Laman Web Lucah Di Internet
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diminta mengharamkan pornografi dan laman-laman web berunsur seks dan lucah di internet bagi menyelamatkan akidah, pemikiran dan perilaku belia-belia di negara ini.
Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor Badrul Hisham Badrudin berkata kerajaan perlu mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang penapisan isi kandungan internet khususnya yang berunsur lucah dan pornografi.
Katanya pendedahan meluas seumpamanya turut menyumbang kepada gejala sosial lain seperti perlakuan seks bebas di kalangan remaja yang akhirnya menyebabkan berlakunya jenayah pembuangan bayi semakin berleluasa di negara ini.
"Saya rasa akta ini patut dipinda supaya ia dapat memberhentikan dan mengharamkan laman-laman web yang lucah atau berunsur pornografi.
"Beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati remaja mempunyai satu perasaan ingin mencuba dan apabila menonton laman-laman lucah mereka mungkin akan melangkah ke tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Badrul Hisham ditemui selepas menyerahkan memorandum pengharaman pornografi dan bahan-bahan lucah di internet di pejabat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di Bangunan Sultan Abdul Samad.
Beliau bersama 15 anggota Gerakan Belia 4B Malaysia kawasan Petaling Jaya Selatan menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri, Abdul Rauf Puteh yang mengandungi tujuh resolusi berhubung pengharaman pornografi dan lucah di internet.
Kandungan memorandum itu antara lain menggesa agar kerajaan mengharamkan pornografi dan laman web seks dan lucah di internet secara keseluruhan kerana ia tidak berfaedah melainkan merosakkan minda generasi muda, mengkaji laman-laman sosial seperti MySpace, Friendster, Facebook dan lain-lain kerana ia juga disalahgunakan bagi tujuan tidak bermoral.
Selain itu, kementerian itu diminta mengambil tindakan segera memberhentikan akses kepada laman web berunsur pornografi, seks dan lucah; menolak apa jua sebab mengapa pornografi dan laman web yang berunsur pornografi, seks dan lucah tidak boleh diharamkan.
Majlis itu juga mengutuk pelaku yang membuang bayi apatah lagi membunuh bayi yang tidak bersalah ini kerana ia bertentangan dengan ajaran dan hukum mana-mana agama serta tidak berperikemanusiaan.
Saya rasa tidak berguna mengharamkan pornografi dan laman web lucah. Jika mereka betul-betul mahu menonton, pasti ada caranya.
BalasPadamlaman2 web dan apa sahaja yang berunsur pornografi mmg perlu disekat dan diharamkan, ia hnya memberikan kesan buruk kepada akhlak, moral masyarakat kita.
BalasPadamcadangan ini perlu dipertimbangkan. laman web berunsur lucah memang memberikan kesan buruk kepada remaja.
BalasPadamPorno is one of the main factor that cause many baby dumping case. Therefore, I highly agree that the government ban any porno dvds and filter any porn websites.
BalasPadamhal ini seharusnya dilakukan sejak dahulu lagi. segala laman web atau apa2 saja bahan yang berunsur lucah mmg perlu disekat dan diharamkan di Malaysia. bahan2 ini tak sesuai dgn budaya kita.
BalasPadamini memang sukar, kerana internet ini adalah penggunaan tanpa batasan dan dunia. jadi mungkin sukar untuk menutupnya, tapi kerajaan akan cubalah yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini.
BalasPadamsudah terlambat untuk kerajaan melakukannya. Tapi apa pun, cari cara lain untuk menyelesaikan perkara ini dan permintaan pengharaman web lucah itu boleh dilakukan juga untuk menggurangkannya.
BalasPadamlakukanlah apa yang sepatutnya. jika itu cara yang difikirkan terbaik, tidak salah untuk kita mencuba. yang penting kerajaan tidak menyekat perkembangan teknologi di Malaysia.
BalasPadamlaman web porno memang patut disekat. laman web seperti ini boleh memberi pengaruh yang tidak baik kepada golongan muda.
BalasPadamBagus juga lah idea ni tapi rasanya kesedaran individu lagi penting utk mengelakkan mereka terjebak dari kancah maksiat.
BalasPadamApapun saya tetap menyokong kuat setiap idea atau cadangan bernas utk mengatasi masalah2 yang timbul akibat keterlanjuran remaja.
BalasPadamMungkin boleh dipertimbangkan cadangan tersebut, dan jika ianya telah dikuatkuasakan kita lihat adakah ianya memberi kesan positif ataupun keadaan semakin teruk. Tidak salah mencuba yang penting ada usaha penyelesaian.
BalasPadamTapi apapun itu suara rakyat juga diperlukan bagi sama2 memberi pendapat dan cadangan demi untuk kebaikkan bersama. Memang menyedihkan bila melihat semakin hari semakin ramai bayi yang malang. Walauapapun penyelesaian itu, kita mesti berani mencuba untuk risiko baik dan buruk.
BalasPadamKerajaan bolehleh cuba pelan ini, mungkin ini dapat mengurangkan kes ini berulang lagi.
BalasPadamI don't think this can really prevent the people from doing what is wrong. Hope there's a better way to solve this.
BalasPadamPornography is polluting people's mind. Stop watching it if you who are reading this enjoy it...
BalasPadamTime for pornographic websites to be blocked immediately then. High time to curb this "obsession"..
BalasPadam