Peniaga Mahu Henti Jualan Barangan Kawalan 15 Jun
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia mahu menghentikan perniagaan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun ini.
Keputusan itu dinyatakan oleh persekutuan itu semasa sesi dialog dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Wisma MCA hari Isnin.
Dr Chua pada sidang akhbar kemudian berkata persekutuan itu menjelaskan bahawa keputusan mereka bukannya sebagai membantah pelaksanaan lesen barang kawalan oleh kerajaan tetapi kerana keuntungan yang tidak setimpal.
"Pada masa ini, keuntungan penjualan tepung gandum, gula dan minyak masak yang diperolehi oleh peruncit amatlah sedikit ditambah lagi dengan barang kawalan ini perlu memohon lesen dan mengakibatkan pendapatan peruncit terjejas.
"Keuntungan setiap satu kilogram gula yang diterima oleh peruncit adalah tiga sen, 20 sen bagi setiap lima kilogram minyak masak manakala tiga sen bagi setiap kilogram tepung gandum," katanya.
Turut hadir ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan dan penasihat persekutuan Yeo Chee Soong.
Dr hua berkata beliau difahamkan bahawa setiap kedai mempunyai sembilan hingga 11 lesen yang perlu dipohon antaranya lesen premis, lesen beras, lesen gas, lesen timbang, lesen papan tanda, lesen peralatan kebakaran dan lesen kawalan barangan sempena hari sambutan.
"Kami terkejut dengan beban peruncit kerana mereka perlu memohon dan membayar lesen RM1,107 setiap tahun," katanya.
Bagaimanapun Dr Chua merayu kepada persatuan ini agar memberi pertimbangan semula keputusan mereka kerana beliau yakin kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan lesen itu.
"(Timbalan presiden) Liow akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat Jemaah Menteri pada akan datang," katanya.
----
Lesen Runcit Tetap Dilaksana Walaupun Persatuan Ugut Henti Jualan
beban peruncit ini akan memberi kesan kepada rakyat. rakyat juga akan turut sama terbeban kerana menyukarkan mereka mendapatkan barangan tersebut. diharapkan kerajaan akan mempertimbangkan semula pelaksanaan lesen tersebut.
BalasPadamagak menghairan semua barang kawalan yang dijual di malaysia mempunyia lesen masing-masing yang berjumlah about rm1,107 /tahun. ia sebenarnya memberi tekanan kepada para peruncit kecil-kecilan. maka tidak hairanlah isu menyorokkan gula dan tepung selalu terpampang di kaca tv kerana untung tidak setimpal
BalasPadamkenaikan harga barang-barang terkawal seperti gula, tepung, beras dan minyak masak bakal menaikkan lagi harga makanan. dan kalau suatu ketika dahulu nasi 0.50 sen semangkuk dan sekarang sudah naik ke 1.00. dan kuih pun 0.50 sen sebiji sedangkan saiznya kecil. kerajaan wajar mengkaji isu menaikkan harga barangan terkawal ini kerana ia membebankan rakyat sebagai penerima produk akhir.
BalasPadamnanti kalau semua barang naik harga, makanan sepinggan dengan dua jenis lauk sahaja boleh mencecah rm10. dalam masa sama gaji pula tidak naik-naik dan penguatkuasaan gaji min rm1200 pula hanya tinggal janji kerana belum ada keputusan sehingga sekarang.
BalasPadamNampaknya peruncit boycott tapi kenaikan harga barang kawalan? itu bukan suda barangan kawalan sekiranya harga ditingkatkan..hurm..
BalasPadamOh my..Peruncit mogok dan ugut kerajaan..Perkara ini perlu dikaji secara mendalam dan mencari jalan agar tidak mebebankan peruncit dan juga rakyat..
BalasPadamYou can never please everybody.
BalasPadamAll these license that a grocery must apply for is indeed bringing more inconvenience and extra cost to the grocers. Perhaps the government can help simplify the process of application and lower the fees.
BalasPadamNo wonder they businessmen are not happy.
BalasPadamSeorang peruncit dikenakan bayaran memohon lesen sebanyak RM 1107 setiap tahun? Patutlah mereka mogok sekarang.
BalasPadamMungkin kerajaan boleh mencari suatu cara yang boleh membawa kebaikan kepada dua pihak?
BalasPadam