Bung Moktar Dakwa Syarikat Swasta Diutamakan Dalam Pemberian Geran Tanah
KINABATANGAN, 15 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin mendakwa Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mengutamakan syarikat swasta dalam pemberian geran tanah di Kampung Sukau dan menidakkan permohonan penduduk kampung yang sudah lama menduduki tanah tersebut.
Menurut beliau seramai 28 penduduk kampung telah menduduki tanah tersebut sejak 1989 dan sudah memohon kepada jabatan itu untuk mendapatkan geran.
"Malangnya pula, syarikat swasta mendapat kelulusan memperolehi geran tanah dan kemudian mengarahkan penduduk kampung yang menduduki tanah itu meninggalkan kawasan itu.
"Seharusnya keutamaan diberikan kepada penduduk kampung yang telah menduduki dan memohon sejak sekian lama,"
katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Zon Bukit Garam di sini Khamis.
Beliau berkata jabatan itu tidak sepatutnya melayan permohonan baru bagi mana-mana tanah yang sudah dipohon oleh penduduk kampung dan telah tinggal lama di kawasan tersebut.
"Ada penduduk kampung ini tinggal dan lahir di tanah itu, tiba-tiba tampil syarikat swasta mendakwa mereka memiliki geran tanah tersebut.
"Saya tidak senang hati dengan keadaan sebegini kerana ia melibatkan rakyat di kawasan saya dan menyusahkan mereka termasuk ada yang ditahan reman oleh polis apabila melakukan bantahan," kata Bung Moktar yang kesal dengan perkara itu.
Orang asli perlulah diberikan keutamaan.
BalasPadamWell, I don't think this is so weird.
BalasPadampenduduk yang harus diberi keutamaan, mereka lebih berhak.
BalasPadamLebih megutamakan syarikat swasta? Ini sungguh tidak adil. Jadi, penduduk yang sudah lama tinggal di sana mahu tinggal di mana. Tidak bertimbang rasa dorang ni tau.
BalasPadam...ya bah....kalau begini...tidak parti keadilan ini.....
PadamMemang tidak patut la tindakan mereka ni. Jadi Bung, apa tindakan selanjutnya. Takkan la kasi keluar statement saja tapi no action.
BalasPadamKesian. Daripada ada tanah ada tempat tinggal tiba2 jadi orang yang merempat. Keadilan perlu bagi orang2 yang teraniaya.
BalasPadamMugkin pihak swasta memang cepat dan menepati masa maka mereka mendapat banyak manfaat.
BalasPadamharap penyelesaian terbaik akan dapat dicari dan kepentingan semua pihak perlu dijaga.
BalasPadamWell, then come up with your proposals then.
BalasPadamLakukan sesuatu untuk menebus segala kepincangan.
BalasPadammurah berkata...
BalasPadamLakukan sesuatu untuk menebus segala kepincangan.
Sabtu, September 17, 2011 11:15:00 AM
Well, what will you suggest?
Betul kata Bung, baru sekarang Bung pandai berfikir sebegini. Alangkah bagus dari dulu kan selamat penduduk kampung.
BalasPadamKenapa perkara ini berlaku kepada Jabatan Tanah dan Ukur? Dimana-mana kawasan pun menghadapi perkara yang sama. Keutamaan kepada Syarikat swasta untuk mengusahakannya. Bagaimana dengan penduduk yang telah mengusahakan bertahun-tahun lamanya?
BalasPadamkeutamaan haruslah diberikan kepada penduduk asal..
BalasPadamkemungkinan kerajaan negeri harus campur tangan dan memberikan geran komunal kepada penduduk kampung tersebut.
BalasPadamsemuanya tidak mustahil dengan syarikat2 besar. ada wang, semuanya jadi.
BalasPadampenduduk asal layak untuk mendapatkan pengadilan.
BalasPadamHak penduduk-penduduk sering diancam, adakah sebab mereka tidak berkeupayan untuk menindas? Seharus kerajaan negeri lebih prihati dengan penduduk tersebut sebab mereak anak orang Sabah.
BalasPadamPasti ada sebab kenapa syarikat swasta diberik keutamaan dalam pemberian geran tanah? Jabatan Tanah & Ukur Sabah seharus memberi penjelasan sebab pilih kasih ini berlaku.
BalasPadamSiasat sebelum membuat kesimpulan. Semoga pihak Jabatan Tanah & Ukur memberi keterangan keatas tuduhan yang tidak adil kepada para penduduk.
BalasPadam"Ada penduduk kampung ini tinggal dan lahir di tanah itu, tiba-tiba tampil syarikat swasta mendakwa mereka memiliki geran tanah tersebut."
BalasPadamSaya kurang faham, adakah bermaksud jika penduduk dah tinggal berpuluh-puluh tanah ditempat tersebut, maka geran tanah seharus diberi kepada penduduk?
"Saya tidak senang hati dengan keadaan sebegini kerana ia melibatkan rakyat di kawasan saya dan menyusahkan mereka termasuk ada yang ditahan reman oleh polis apabila melakukan bantahan,"
BalasPadamHarap penduduk jangan bertindak keras dan ditahan polis. Setiap masalah seharus diselesai dengan cara yang baik.
a,kum jabatan tanah harus dibersihkan terutama rasuah ada pekerja jabatan tanah dan ukur memita duit kononya untuk mempercepatkan urusan permohonan tanah tapi semuanya tipu...dah bayar dah tu nanti macam-macam alasan akan diberikan...pernah berlaku di daerah ranau harap ada tindakan kerana yang ditipu hanya orang kampung..sekian
BalasPadamAdakah ini berkaitan dengan sindiket rasuah? Harap tidak dan cuma kesalahan teknikal. Perlua disiasat dan penjelasan harus diberi.
BalasPadamBetul kata Ameerul, semoga masalah dibincang dan diselesaikan dengan cara yang tenang. Tidak harus bertindak keras sehingga ditahan polis.
BalasPadamApakah syarat-syarat utama untuk memberi geran kepada penduduk? Sebab kegagalan memberi geran kepada penduduk yang lama tinggal dikawasan tersebut?
BalasPadamHairan juga geran diberi kepada syarikat swasta tetapi gagal untuk penduduk yang lama memohon. Harap pihak Jabatan Tanah & Ukur memberi penjelasan supaya penduduk terima hakikat untuk mengelakkan keadaan tidak menjadi tegang.
BalasPadam"Ada penduduk kampung ini tinggal dan lahir di tanah itu, tiba-tiba tampil syarikat swasta mendakwa mereka memiliki geran tanah tersebut."
BalasPadamJika syarikat swasta mendapat geran melalui saluran yang betul dari sisi undang-undang, seharus juga penduduk kampung memulangkan tanah kepada pemilik tanah.
good luck Datuk.. teruskan usaha mempertahankan hak penduduk di kawasan Datuk.. ini bukan kali pertama Jabatan Tanah merampas tanah penduduk kampung.. saya lebih suka jika pengarah serta pegawai2 jabatan tanah ini diberhentikan serta merta.. saya yakin mereka telah banyak membuat keuntungan hasil dari penyalahgunaan kuasa ini..
BalasPadamjgn risau lah bung .. kasih ja tu urang kampung rm500, ok lah tu .. tutup sudah mulut droang tu .. so bung boleh jadi hero, jadik wakil rakyat lagi penggal akan datang .. kacang bah tu bung ..
BalasPadamIsu tanah yang kena rampas ini sudah berleluasa bukan di sana sahaja , seluruh Sabah . Masalahnya kakitangan JTU Sabah makan gaji buta. Pergilah ke pejabat JT&U sebelah petang gerenti tak ada kakitangan.Kerajaan BN Sabah pula tidak akan masalah orang miskin.Lainlah kalau syarikat besar , dapat habuan besar ...
Padamisu rampas tanah berleluasa bukan saja di Sabah bro.. di semua negeri termasuk negeri2 Pakatan..
BalasPadam