Bekalan air bersih di Kg Gusi berada dalam tahap kritikal kerana sepanjang 2 minggu hujan tidak turun. Ini mengakibatkan tangki-tangki simpanan untuk keperluan minum dan memasak habis digunakan.
Para guru dan penduduk setempat terpaksa menggunakan air sungai Sugut untuk bekalan seharian. Menurut penduduk Kg Gusi, air sungai Sugut tidak elok untuk digunakan untuk tujuan memasak dan minum. Walaubagaimanapun, akibat kesimpitan hidup dan kekurangan sumber air bersih, penduduk setempat terpaksa mengambil air daripada sungai Sugut.
Untuk makluman para pembaca, kampung ini merupakan 100% penduduk Islam dan adalah warganegara Malaysia yang sah. Diharap para pemimpin dan juga NGO-NGO dapat membantu rakyat pendalaman yang sedang menderita ini. Penduduk kampung Gusi serta tenaga pengajar Sk Gusi amat berharap agar projek air bersih dapat disegerakan.
No Rain
For the past two weeks, clean water at Kampong Gusi has reached critical level. Most of the reserve water had been used for cooking and drinking.
With no choice at all, teacher and most of the people have taken water from the nearby river for everyday life. According to the local, Sungai Sugut isn't good for cooking and drinking because of the pollution and the taste is somewhat bitter. However, their have no choice but to use it.
For your information, most of the locals are 100% Muslim and 100% Malaysian. Hopefully, NGOs and local government can help these people to overcome this problem and to ease their misery.
Posted by DMKNF at 6:04 AM 0 comments
Labels: Penderitaan Kami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan