Selasa, Disember 15, 2009

"KITA MASIH SIASAT, TAK KIRA SAMA ADA NAK LETUP DI KUALA LUMPUR, TERENGGANU, JOHOR, SINGAPURA ATAU THAILAND, NYAWA TETAP NYAWA…

Semua Pihak Perlu Beri Perhatian Serius Tentang Penemuan Bom

Penemuan sejumlah bom buatan sendiri di sebuah rumah di kawasan terpencil di kawasan jajahan Pasir Mas Isnin, harus dipandang serius oleh semua pihak termasuk parti politik pembangkang.

Kejadian itu menunjukkan Malaysia juga tidak terlepas dari ancaman keganasan dan meminta supaya pihak yang berkenaan tidak menganggapnya sebagai kejadian yang sengaja dibuat-buat.

"...jadi orang yang main politik kena faham dengan hal sedemikian, bahawa ancaman keselamatan bukan satu perkara yang dibuat-buat.

"Hari ini kita lihat sendiri di Pasir Mas wujud hal-hal sedemikian rupa. Jangan sampai kita ghairah sangat nak dapatkan kepentingan politik untuk jadi popular,"

"Hubungan antara Cawangan Khas kita dengan Thailand cukup dekat dan rapat, kita nak memerangi hal ini dengan serius dan arahan yang saya turunkan beberapa bulan sebelum ini berkisar pada keganasan, penyeludupan dadah dan juga perdagangan manusia.

"Jadi itu dalam hal ini kita akan buat apa sahaja untuk mempastikan bahawa kalau ada maklumat, tindakan akan diambil tanpa bimbang kepada risiko ini,"

"Kita masih siasat, tak kira sama ada nak letup di Kuala Lumpur, Terengganu, Johor, Singapura atau Thailand, nyawa tetap nyawa. Kita percaya perkara ini merupakan agenda yang perlu dikongsi bersama sebagai agenda antarabangsa,"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Tiada ulasan:

Catat Ulasan