Selasa, Disember 15, 2009

"SAYA TIDAK PUNYA MASA UNTUK MELAYAN MEREKA,"

Rosmah Tidak Risau Dengan Tuduhan Liar

Oleh Zakaria Abdul Wahab

SINGAPURA, 15 Dis (Bernama) - Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau.

Rosmah berkata sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

"Saya tidak punya masa untuk melayan mereka," katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di sini hari ini bila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.

Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah oleh dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja.

Rosmah berkata bila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang.

"Jadi, isu ini adalah budaya universal, datang dari orang-orang yang tidak senang dengan kerajaan," kata Rosmah, dan menambah tuduhan itu lebih hebat bila pilihan raya semakin hampir.

Rosmah berada di sini untuk menghadiri Forum Pemimpin Wanita Asean di mana beliau menyampaikan ucaptama mengenai kepimpinan wanita dalam era baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan