Akhir Tahun Yang Sedih Untuk Sabah
Oleh Nur Adika Bujang
KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- "Saya melihat anak perempuan saya mati di hadapan saya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Ia adalah kehendak Allah. Saya mesti redha," kata Yahya Othman, berusia 61 tahun.
Penderitaan Yahya, bekas wakil rakyat Banggi yang terselamat dalam tragedi bot karam di Kudat yang meragut 16 nyawa pada Hari Raya Aidiladha, 26 Nov lepas, tragedi malang yang membawa kesedihan di negeri ini pada penghujung tahun ini.
Infrastruktur, politik dan kapal selam pertama negara antara tajuk-tajuk utama akhbar yang dipaparkan tahun ini di "Negeri Di Bawah Bayu" yang mempunyai tiga juta penduduk.
Semasa kebimbangan yang semakin kritikal terhadap kekurangan bekalan elektrik di negeri ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lampu hijau kepada kerajaan negeri membina sebuah loji janakuasa di atas sebidang tanah besar di Senangkut, Felda Sahabat kira-kira 100 km dari Lahad Datu.
Masalah itu semakin meruncing apabila salah satu menara penghantaran elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tumbang di Sepanggar dekat sini 20 April tahun lepas, menyebabkan bekalan elektrik terputus hampir di seluruh Sabah dan tindakan segera harus dibuat untuk menyegerakan pembinaan loji janakuasa arang batu di kawasan Pantai Timur Sabah.
Tetapi cadangan pembinaan loji janakuasa 300 megawatt di Silam, dekat Lahad Datu ini telah dibatalkan dan tapak lain yang dicadangkan di Sungai Seguntor, Sandakan juga ditunda kerana bimbang ia akan membahayakan kawasan Pantai Timur itu yang kaya dengan biodiversitinya.
Perdana Menteri yang melahirkan konsep 1Malaysia, menghulurkan bantuan sekali lagi selepas menara utama Hospital Queen Elizabeth yang dibina setengah abad yang lepas didapati tidak selamat untuk diduduki pada November tahun lepas.
Bagi mengatasi masalah itu, Najib berkata kerajaan akan membeli hospital swasta Sabah Medical Centre (SMC) dengan harga RM245 juta kerana untuk membina hospital baru akan mengambil masa yang lama.
Dua lagi kemudahan asas yang menimbulkan perdebatan adalah cadangan pembinaan empangan di Kampung Kaiduan di Papar dan loji rawatan air di Kampung Maang di Penampang.
Bagaimanapun kedua-dua projek itu juga dibantah berikutan kesan-kesan ekologi yang boleh berlaku akibat pelaksanaan projek empangan itu di mana akan mengakibatkan 1,000 penduduk sekitar hilang tempat tinggal.
Empangan itu dijangka berupaya membekalkan 1,200 juta liter air tambahan sehari ke kawasan Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan, Penampang dan Papar sehingga tahun 2050.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, baru-baru ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri berkata projek empangan itu masih di peringkat kajian dan pandangan pemimpin dan penduduk kampung di kawasan terbabit akan diambil kira.
Kapasiti bekalan air yang dicadangkan di empangan Kaiduan juga akan dikecilkan daripada 1,600 juta liter ke 1,000 juta liter sehari.
Kerajaan negeri membatalkan cadangan pembinaan loji rawatan air di Penampang selepas projek itu diprotes.
Isu politik merupakan isu panas dengan pengumuman mengejutkan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada 28 Okt untuk meletakkan jawatan sebagai Nabi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dipercayai tidak berpuas hati dengan pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua perhubungan parti PKR yang baru di Sabah.
Masyarakat menganggap beliau sebagai jaguh PKR untuk pilihan raya akan datang dan mereka ternanti-nanti sama ada Jeffrey akan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan atau menubuhkan parti baru atau kekal bersama PKR.
Bekas Timbalan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang meletakkan jawatan bersama Ketua Pemuda Au Kam Wah selepas SAPP menarik diri daripada komponen Barisan Nasional (BN) pada September tahun lepas, menyertai parti Gerakan pada 5 Mei.
Ini membawa kepada rombakan kecil dalam kabinet Sabah seminggu selepas itu di mana Naib Presiden LDP, Datuk Peter Pang En Yin yang juga Menteri Belia dan Sukan negeri dilantik sebagai Timbalan ketua Menteri Sabah menggantikan Tan.
Tan dikekalkan dalam kabinet negeri dengan melantik beliau sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup bertanding semula dan memenangi kembali (?) kerusi Parlimen Pensiangan selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kemenangan calon BN itu pada pilihan raya lepas sebagai tidak sah dan batal ekoran pelanggaran peraturan pilihan raya oleh pegawai pengurus pilihan raya.
Sabah memberi sambutan hebat sempena ketibaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman (TAR) yang membawa 35 anak kapal selamat tiba di Teluk Sepanggar, pangkalan tentera laut kedua terbesar negara, pada 17 Sept selepas belayar dari pangkalan asalnya di Perancis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan