Selasa, Disember 15, 2009

SANGAT DHAIF.. KELAS-KELAS YANG KECIL, SEMPIT DAN KOTOR SEOLAH-OLAH SEPERTI BANGUNAN YANG TELAH LAMA DITINGGALKAN JIKA DI SEMENANJUNG..

Namanya Bibi dan Arih.. Bibi dan Arih yang tunjukkan jalan nak ke sekolah.. Melihat keadaan di sekolah, hampir menitis air mata musafir.. Sangat dhaif.. Kelas-kelas yang kecil, sempit dan kotor seolah-olah seperti bangunan yang telah lama ditinggalkan jika di semenanjung.. Betul-betul di hadapan kelas kelihatan kandang kambing yang menjadi sumber pendapatan beberapa orang kampung di sini.. Di hadapan sekolah pula terdapat anjing-anjing yang berkeliaran seperti kucing saja lagaknya.. sewaktu berjalan di sebelah anjing, Arih dan Bibi tersenyum-senyum memandang musafir.. Mesti Bibi dan Arih ingat musafir nak lari kot.. Dalam hati takut juga tepi sebab kat sebelah ada anak murid, musafir berlagak cool.. Dengan bacaan Bismillahi Tawakaltu ‘ala Allah musafir lalu di sebelah anjing.. Alhamdulillah anjing tu tak serang… Masuk sahaja di pagar sekolah kelihatan satu pondok yang sangat using.. Pondok jaga agaknya.. Hati musafir terdetik.. Lalu pula di sepanjang kelas, musafir terfikir macamana nak cantikkan kelas anak-anak masilou ni.. Di sebelah kandang kambing pula kelihatan satu bilik yang juga agak usang..Bilik ini besar sedikit dari pondok jaga yang ada kat depan tu… Hmmm ini mesti kantin sekolah.. Bisik hati musafir lagi.. Tiba-tiba bibi naik di pondok jaga dan duduk di situ.. “Bibi, ni apa??” Musafir bertanya dengan loghat Sabah dengan mengarahkan tangan pada pondok jaga tersebut untuk mendapatkan kepastian.. “ini kantin sekolah..” Jawab Bibi dengan senyumannya tidak lekang di bibir.. “yang ini pula apa???” Musafir bertanya lagi sambil mengarahkan tangan ke bilik yang musafir sangkakan kantin sekolah tadi.. “Yang itu ka?? Itu bilik guruk…” Jawab Bibi dengan loghatnya.. Agak terkejut musafir dengan jawapan Bibi..

Pengalaman di Ranau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan