Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mewujudkan pangkalan data untuk dijadikan rujukan perancangan dan keberkesanan pelaksanaan projek-projek fokus di bawah kementerian itu.
"Pangkalan data ini amat penting bagi kita untuk mengenal pasti mana projek yang manfaatnya dan kesannya agak besar kepada masyarakat dan dari segi pelaksanaannya tidak akan terbantut,"
pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk Angggota Parlimen dan wakil-wakil kerajaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan bagi memastikan maklumat yang diperolehi lebih komprehensif.
"Saya telah meminta mereka supaya mengemukakan senarai projek yang perlu dilaksanakan di bawah NKRA yang berpaksikan keperluan rakyat. Kita ingin tahu jumlah rakyat yang akan dapat manfaat dan supaya kita dapat mempercepatkan pelaksanaannya.
"Saya telah meminta mereka supaya mengemukakannya selewat-lewatnya bulan September tahun ini,"
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan