Ahad, Julai 19, 2009

CHUA JUI MENG SERTAI PKR

Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng mengumumkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar daripada MCA.

image "... Tapi sebelum dan selepas pemilihan parti MCA tahun lalu saya sudah keluarkan manifesto saya dengan idealisme dengan visi...saya bagi MCA. Manifesto PKR saya nampak banyak isu yang kita ada fikiran sama. Itu mustahak bagi saya. Kalau kita ada idea yang memang bercanggah saya takkan masuk PKR.”

"Itulah yang menyebabkan saya sebenarnya terdesak menyertai PKR. PKR merupakan saluran betul untuk saya menyertainya,"

Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng

----

image Ditanya siapa yang memainkan peranan untuk menarik Chua menyertai PKR, Anwar berkata: "beberapa sahabat...kita bertemu beberapa kali."

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim

---

image Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sedih dengan keputusan bekas naib presiden parti itu Datuk Chua Jui Meng keluar daripada MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 Bekas Menteri Kesihatan itu, kata Ong, adalah seorang yang berpengalaman dan adalah diharapkan keputusan politik yang diambilnya itu adalah bagi kebaikan rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat

---

image Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang turut bersedih dengan tindakan Chua itu berkata bekas Menteri Kesihatan tersebut telah memilih hala tujunya sendiri.

Beliau berkata tindakan Chua itu tidak harus menggugat MCA sebaliknya anggota parti perlulah bersatupadu dan bekerjasama untuk mengukuhkan parti.

Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai

---

image "Itu hak dia, beliau tidak ada tempat dalam parti MCA dan meluahkan kata-kata tertentu sebelum ini sebelum keluar daripada parti. Saya rasa bukan ganjil kerana ada bekas menteri sebelum ini juga pernah keluar dari BN dan masuk ke PKR,"

"Bagi saya ia tidak menjejaskan parti kerana perjuangan BN tidak berkisar kepada individu. Perjuangan itu lebih penting daripada individu dan puak tertentu,"

 Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Tiada ulasan:

Catat Ulasan